44 Muslim Nigeria Dibunuh Ketika Solat di Masjid

Sumber daripada pihak keselamatan melaporkan bahawa terdapat beberapa orang bersenjata telah menembak 44 orang Muslim yang sedang mengerjakan solat di salah sebuah masjid di Timur Laut Nigeria. Masjid tersebut terletak di Bandar Konduga, iaitu kira-kira 35 kilometer dari Maiduguri, ibukota negara bahagian Borno.

Anggota Keselamatan Negara bersama-sama Jawatankuasa Keselamatan Nasional yang bekerjasama dengan tentera telah melaporkan kepada The Associated Press bahawa mereka telah mengira jumlah mayat yang terkorban di masjid tersebut setelah serangan itu berlaku.

Utsman Musa yang merupakan salah seorang anggota Jawatankuasa Keselamatan Nasional melaporkan bahawa empat orang anggota jawatankuasa tersebut turut terkorban dalam pembunuhan keji tersebut ketika mereka datang untuk memberikan bantuan selepas dihubungi berkenaan insiden tersebut.

Sumber: islamtoday.net, 13/8/2013.