Pandangan Para Ulama Sunni Tentang Wajibnya Melantik Seorang Imam / Khalifah (Siri 2)

Imam al-Hafidz Abu Muhammad Ali bin Hazm al-Andalusi adz-Dzahiri mendokumentasikan kesepakatan para ulama’ bahawa kewujudan Imamah itu fardhu:

… واتفقوا أن الامامة فرض وانه لا بد من امام حاشا النجدات وأراهم قد حادوا الاجماع وقد تقدمهم واتفقوا انه لا يجوز أن يكون على المسلمين في وقت واحد في جميع الدنيا امامان لا متفقان ولا مفترقان ولا في مكانين ولا في مكان واحد …

…mereka (para ulama’) sepakat bahawa Imamah (Khilafah) itu fardhu dan adanya Imam (Khalifah) itu merupakan suatu kewajipan, kecuali an-Najdat (dari golongan Khawarij). Pendapat mereka ini (an-Najdat) menyalahi ijma’ dan pembahasan tentang mereka telah berlalu. Mereka (para ulama’) sepakat bahawa tidak boleh pada satu waktu di seluruh dunia adanya dua Imam bagi kaum Muslimin baik keduanya sepakat atau tidak, baik keduanya berada di satu tempat atau di dua tempat…[Imam al-Hafidz Abu Muhammad, Ali bin Hazm al-Andalusi adz-Dzahiri, Maratibul Ijma’, Juz 1 hal 124].

Berkata Imam ‘Alauddin al-Kasani al-Hanafi:

… وَلِأَنَّ نَصْبَ الْإِمَامِ الْأَعْظَمِ فَرْضٌ ، بِلَا خِلَافٍ بَيْنَ أَهْلِ الْحَقِّ ، وَلَا عِبْرَةَ – بِخِلَافِ بَعْضِ الْقَدَرِيَّةِ – ؛ لِإِجْمَاعِ الصَّحَابَةِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ عَلَى ذَلِكَ ، وَلِمِسَاسِ الْحَاجَةِ إلَيْهِ ؛ لِتَقَيُّدِ الْأَحْكَامِ ، وَإِنْصَافِ الْمَظْلُومِ مِنْ الظَّالِمِ ، وَقَطْعِ الْمُنَازَعَاتِ الَّتِي هِيَ مَادَّةُ الْفَسَادِ ، وَغَيْرِ ذَلِكَ مِنْ الْمَصَالِحِ الَّتِي لَا تَقُومُ إلَّا بِإِمَام…

…dan kerana mengangkat Imam yang agung (Khalifah) itu adalah fardhu tanpa perbezaan pendapat di kalangan ahlul haq, dan ini tidak mengambil kira perbezaan dengan sebahagian golongan Qadariyyah – kerana ijma’ sahabat (ra) atas hal tersebut, serta keperluan mendesak terhadap wujudnya Imam yang agung. Ini adalah perlu agar berlaku keterikatan atas hukum syarak, menyelamatkan orang yang dizalimi dari orang yang menzalimi, memutuskan perselisihan yang membawa kerosakan dan mewujudkan kemaslahatan yang lain yang memang tidak akan terhasil kecuali dengan adanya Imam…[Imam ‘Alauddin al-Kassani al-hanafi, Bada’i ash-Shanai’ fi Tartib asy-Syarai’, Juz 14 hal. 406].

Imam al-Hafidz Abu al-Fida’ Ismail Ibn Katsir ketika menjelaskan firman Allah (swt) Surah al-Baqarah ayat 30, berkata:

…وقد استدل القرطبي وغيره بهذه الآية على وجوب نصب الخليفة ليفصل بين الناس فيما يختلفون فيه، ويقطع تنازعهم، وينتصر لمظلومهم من ظالمهم، ويقيم الحدود، ويزجر عن تعاطي الفواحش، إلى غير ذلك من الأمور المهمة التي لا يمكن إقامتها إلا بالإمام، وما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب.

…dan al-Qurthubi serta yang lain berdalil berdasarkan ayat ini atas wajibnya mengangkat seorang Khalifah untuk menyelesaikan perselisihan yang terjadi di antara manusia, memutuskan perselisihan antara mereka, menolong orang yang dizalimi dari yang menzalimi, menegakkan hudud, menghapuskan kerosakan dan sebagainya. yang merupakan hal-hal penting yang memang tidak mungkin dapat dilakukan kecuali dengan Imam – suatu kewajipan tidak akan sempurna kecuali dengan suatu perkara, maka sesuatu perkara tersebut menjadi wajib [Imam al-Hafidz Abu al-Fida’ Ismail Ibn Katsir, Tafsirul Qur’anil Adzim, juz 1 hal 221].

Imam al-Qurthubi ketika menafsirkan Surah al-Baqarah ayat 30 berkata:

… هذه الآية أصل في نصب إمام وخليفة يسمع له ويطاع، لتجتمع به الكلمة، وتنفذ به أحكام الخليفة. ولا خلاف في وجوب ذلك بين الامة ولا بين الائمة إلا ما روي عن الاصم …

ثم قال القرطبي: فلو كان فرض الامامة غير واجب لا في قريش ولا في غيرهم لما ساغت هذه المناظرة والمحاورة عليها، ولقال قائل: إنها ليست بواجبة لا في قريش ولا في غيرهم، فما لتنازعكم وجه ولا فائدة في أمر ليس بواجب …

وقال, اي القرطبي, وإذا كان كذلك ثبت أنها واجبة من جهة الشرع لا من جهة العقل، وهذا واضح.

…ayat ini merupakan pokok yang menegaskan bahawa mengangkat Imam dan Khalifah untuk didengari dan ditaati, untuk menyatukan melaluinya (Khalifah tersebut) pendapat serta melaksanakan, hukum-hakam tentang Khalifah. Tidak ada perbezaan tentang wajibnya hal tersebut di kalangan umat, tidak pula di kalangan para Imam kecuali apa yang diriwayatkan dari Al-Asham …

 

Kemudian Qurthubi berkata: …Maka kalau seandainya kefardhuan adanya Imam itu tidak wajib baik untuk golongan Quraisy mahupun untuk yang lain, lalu mengapa terjadi diskusi dan perdebatan tentang Imamah? Maka sungguh orang akan berkata bahawa sesungguhnya Imamah itu bukanlah suatu yang diwajibkan baik untuk golongan Quraisy mahupun yang lain, lalu untuk apa kalian semua berselisih atas suatu hal yang tidak ada faedahnya, atas suatu hal yang tidak wajib? Kemudian beliau (Qurthubi) menegaskan: …Dengan demikian maka (telah) menjadi ketetapan bahawa Imamah itu wajib berdasarkan syarak bukannya akal, dan ini merupakan suatu yang sangat jelas [Al-Imam Muhammad bin Ahmad bin Abu Bakar bin Farah al-Qurthubi, al-Jami’ li ahkam al-Qur’an, juz 1 hal 264-265].

Imam Umar bin Ali bin Adil al-Hambali ad-Dimasyqi, yang dikenal dengan gelaran Ibnu Adil, ketika menjelaskan firman Allah (swt) Surah al-Baqarah ayat 30, berkata:

…وقال « ابن الخطيب » : الخليفة : اسم يصلح للواحد والجمع كما يصلح للذكر والأنثى … ثم قال: هذه الآية دليلٌ على وجوب نصب إمام وخليفة يسمع له ويُطَاع ، لتجتمع به الكلمة ، وتنفذ به أحكام الخليفة ، ولا خلاف في وجوب ذلك بَيْنَ الأئمة إلاّ ما روي عن الأصَمّ ، وأتباعه …

…dan berkata – Ibn al-Khatib – Khalifah itu nama yang sesuai baik untuk yang tunggal mahupun banyak sebagaimana ia juga sesuai untuk lelaki dan wanita. Kemudian beliau berkata: Ayat ini adalah dalil wajibnya mengangkat Imam dan Khalifah (yang perintahnya) didengari dan ditaati, untuk menyatukan pendapat, serta untuk melaksanakan hukum-hakam tentang Khalifah. Tidak ada perbezaan tentang wajibnya hal tersebut di kalangan para imam kecuali apa yang diriwayatkan dari al-Asham dan orang yang mengikutinya…[Imam Umar bin Ali bin Adil al-Hambali ad-Dimasyqi, Tafsir al-Lubab fi ‘Ulum al-Kitab, Juz 1 hal 204].

Berkata Imam Abu al-Hasan al-Mirdawi al-Hambali dalam kitab al-Inshaf:

…بَابُ قِتَالِ أَهْلِ الْبَغْيِ فَائِدَتَانِ إحْدَاهُمَا : نَصْبُ الْإِمَامِ : فَرْضُ كِفَايَةٍ . قَالَ فِي الْفُرُوعِ : فَرْضُ كِفَايَةٍ عَلَى الْأَصَحِّ …

…bab memerangi orang yang memberontak (bughat), terdapat dua faedah. Pertama, mengangkat Imam itu adalah fardhu kifayah. Dia berkata di dalam al-Furu’: fardhu kifayahlah yang paling tepat….[Imam Abul Hasan Ali bin Sulaiman al-Mardawi al-Hambali, al-Inshaf fi Ma’rifah ar-Rajih min al-Khilaf ala Madzhab al-Imam Ahmad bin Hambal, Juz 16 hal. 60 dan 459]

Imam al-Bahuti al-Hanafi berkata:

نَصْبُ الْإِمَامِ الْأَعْظَمِ عَلَى الْمُسْلِمِينَ ( فَرْضُ كِفَايَةٍ ) لِأَنَّ بِالنَّاسِ حَاجَةٌ إلَى ذَلِكَ لِحِمَايَةِ الْبَيْضَةِ وَالذَّبِّ عَنْ الْحَوْزَةِ وَإِقَامَةِ الْحُدُودِ وَاسْتِيفَاءِ الْحُقُوقِ وَالْأَمْرِ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّهْيِ عَنْ الْمُنْكَر…

Mengangkat Imam yang agung itu (adalah fardhu kifayah) atas kaum Muslimin. Ini kerana manusia memerlukan hal tersebut untuk menjaga kemurnian (agama), menjaga konsistensi (agama), menjalankan hudud, menunaikan hak serta amar ma’ruf dan nahi munkar….[Imam Mansur bin Yunus bin Idris al-Bahuti al-Hanafi, Kasyful Qina’ an Matnil Iqna’, Juz 21 hal. 61].

Dalam kitab Hasyiyyatul Jumal disebutkan:

…فِي شُرُوطِ الْإِمَامِ الْأَعْظَمِ ، وَفِي بَيَانِ طُرُقِ انْعِقَادِ الْإِمَامَةِ وَهِيَ فَرْضُ كِفَايَةٍ كَالْقَضَاءِ ( شَرْطُ الْإِمَامِ كَوْنُهُ أَهْلًا لِلْقَضَاءِ ) بِأَنْ يَكُونَ مُسْلِمًا حُرًّا مُكَلَّفًا عَدْلًا ذَكَرًا مُجْتَهِدًا ذَا رَأَى وَسَمْعٍ وَبَصَرٍ وَنُطْقٍ لِمَا يَأْتِي فِي بَابِ الْقَضَاءِ…

…dalam syarat Imam yang agung (Khalifah) dan tentang penjelasan metode pelantikan Imamah, mewujudkan Imamah itu adalah fardhu kifayah, sebagaimana pengadilan (syarat Imam mestilah ahli dalam pengadilan). Maka hendaknya dia seorang Muslim, merdeka, mukallaf, adil, lelaki, mujtahid, cerdas, boleh mendengar, melihat dan bijak berbicara, sebagaimana yang terdapat dalam pembahasan tentang pengadilan…[Hasyiyyatul Jumal, Juz 21 hal 42].

Di dalam kitab Mathalibu Ulin Nuha fi Syarhi Ghayatil Muntaha dinyatakan:

وَنَصْبُ الْإِمَامِ فَرْضُ كِفَايَةٍ  ؛ لِأَنَّ بِالنَّاسِ حَاجَةً لِذَلِكَ لِحِمَايَةِ الْبَيْضَةِ ، وَالذَّبِّ عَنْ الْحَوْزَةِ ، وَإِقَامَةِ الْحُدُودِ ، وَابْتِغَاءِ الْحُقُوقِ ، وَالْأَمْرِ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّهْيِ عَنْ الْمُنْكَرِ …

Dan mengangkat Imam (Khalifah) itu adalah fardhu kifayah kerana manusia memang memerlukan hal tersebut untuk menjaga kemurnian (agama), memelihara konsistensi (agama), menjalankan hudud, menunaikan hak-hak, dan amar makruf serta nahi mungkar… [Al-Allamah asy-Syeikh Musthafa bin Sa’ad bin Abduh as-Suyuthi ad-Dimasyqi al-Hambali, Mathalibu Ulin Nuha fi Syarhi Ghayatil Muntaha, Juz 18 hal. 381].

Berkata pemilik al-Husun al-Hamidiyyah, Syeikh Sayyid Husain Afandi:

اعلم انه يجب على المسلمين شرعا نصب امام يقوم باقامة الحدود وسد الثغور وتجهيز الجيش …

Ketahuilah bahawa melantik Imam (Khalifah) yang menjalankan hudud, memelihara perbatasan (negara), menyiapkan pasukan tentera, adalah wajib atas kaum Muslimin secara syarie…” [Sayyid Husain Afandi, al-Husun al-Hamidiyyah, li al-Muhafadzah ala al-Aqa’id al-Islamiyyah, hal 189].

Kesimpulannya, para ulama’ mu’tabar dari pelbagai mazhab menegaskan bahawa hukum melantik al-Imam atau al-Khalifah adalah wajib. Dalam keadaannya sebagai fardhu kifayah atau ‘ain Imam al-Hafidz an-Nawawi, antara lain menjelaskan bahawa kewajipan tersebut termasuk dalam kategori fardhu kifayah – yang mana selagi tidak tertunai fardhu ini seluruh kaum Muslimin berdosa, kecuali yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menunaikannya.

…bersambung