Rohingya perlukan pembelaan dari seorang Khalifah

Rohingya: Myanmar salahkan Bangladesh

Yangon, Myanmar, 23 Jan, (AFP) -Myanmar hari ini menyalahkan Bangladesh kerana menangguhkan program penghantaran pulang besar-besaran pelarian Rohingya.

Hampir 690,000 Rohingya melarikan diri ke Bangladesh selepas operasi ketenteraan tentera Myanmar bermula sejak bulan Ogos lalu, manakala 100,000 lagi melarikan diri dari keganasan awal pada Oktober 2016.

Pegawai Bangladesh berkata, di sebalik program itu, masih berlaku kekacauan kerana terdapat rumah kediaman yang dibakar dan bunyi tembakan kedengaran di sebuah kampung di Rakhine. – AFP

Sumber: utusan.com.my


Komentar:

Seperti yang kita sedia maklum, umat Islam Rohingya telah mengalami penderitaan dan penindasan oleh Rejim Junta Myanmar sejak dari zaman pendudukan British, pasca kemerdekaan Myanmar sehingga kini. Hak untuk menjadi warganegara dinafikan walhal mereka telah mendiami kawasan Rakhine sejak beratus tahun dahulu. Malah, mereka ialah bangsa penindasan yang paling buruk di dunia setakat ini sebagaimana yang dilaporkan oleh PBB. Sebagai umat Islam, kita tidak boleh menafikan dan menolak bahawa penindasan dan kezaliman yang dilalui oleh umat Islam Rohingya ini kerana faktor agama Islam.

Dalam laporan yang berlainan, di pihak Myanmar mendakwa bahawa Dhaka menangguhkan proses penghantaran semula pelarian sehingga menerima jutaan dolar wang bantuan antarabangsa dan turut mengaku bahawa mereka melakukan kekejaman terhadap etnik Rohingya . Jelas di sini bahawa pihak Myanmar kelihatan tidak sabar untuk menanti ‘kepulangan’ pelarian Rohingya bagi meneruskan semula sesi pembantaian ke atas umat Islam yang lemah untuk melenyapkan entiti umat Islam dari bumi Myanmar.

Tindakan negara Bangladesh memulangkan semula pelarian Muslim Rohingya ke Myanmar merupakan satu tindakan yang keji. Sebagai negara penduduk majoriti Muslim, Bangladesh yang diharapkan untuk membela nasib Muslim Rohingya sebaliknya telah bersetuju untuk menyerahkan nyawa mereka ke tangan musuh Islam! Tindakan ini seolah-olah ingin menolak umat Islam jatuh semula ke jurang paling bahaya dan tinggi ataupun seperti menolak umat Islam untuk ‘dimakan’ semula oleh sang buaya yang sedang kelaparan menanti mangsanya jatuh ke dalam air.

Sesungguhnya kita perlukan sebuah institusi politik yang akan membela dan mengatur masalah hidup umat Islam dengan baik serta mengikut hukum syarak. Semua itu hanya dapat dilakukan dengan institusi politik Islam yang sebenar iaitu Khilafah. Negara Khilafah ini yang akan menjadi pelindung dan perisai kepada umat Islam.

Kepada penguasa umat Islam yang ada sekarang, anda semua turut sama bertanggungjawab untuk membela dan menyelamatkan nasib umat Islam Rohingya yang sedang diperlakukan seperti bola ketika ini. Ingatlah wahai penguasa, bahawa kelak kalian semua akan dipertanggungjawabkan atas tindakan kalian, adakah kalian telah membela nasib umat Islam sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh para Khalifah agung terdahulu? Jika tidak , tunggulah jawapan kepada kelalaian kalian di akhirat kelak.

Daripada Abu Sa’id ra, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ أَحَبَّ النَّاسِ إِلَى اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَأَدْنَاهُمْ مِنْهُ مَجْلِسًا إِمَامٌ عَادِلٌ وَأَبْغَضَ النَّاسِ إِلَى اللَّهِ وَأَبْعَدَهُمْ مِنْهُ مَجْلِسًا إِمَامٌ جَائِرٌ

“Sesungguhnya manusia yang paling dicintai oleh Allah pada hari kiamat dan paling dekat kedudukannya di sisi Allah ialah seorang pemimpin yang adil. Sedangkan orang yang paling dibenci oleh Allah dan paling jauh kedudukannya daripada Allah ialah seorang pemimpin yang zalim.” [HR. Tirmidzi]

Abu Syamil
Aktivis Hizbut Tahrir Malaysia