Isu Transgender Seperti Barah Dalam Masyarakat

Mula dikenali menerusi drama Sutun 2, Isma sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila membuat pengakuan berani seorang transgender. Pengakuan dalam video yang dimuat naik menerusi laman Instagram menyebabkan Isma menjadi serangan netizen.

Berita penuh di link: ‘Saya tak mampu selindung lagi’ (bharian.com.my)

Sejak kebelakangan ini, ramai golongan transgender ataupun golongan LGBT semakin berani untuk membuat kenyataan terbuka di media sosial berkaitan status diri mereka. Fenomena ini dilihat seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Bahkan keadaan seperti ini menghasilkan satu keadaan yang sangat menyesakkan pemikiran masyarakat apabila budaya transgender serta pengaruh dari cara hidup mereka semakin berleluasa dan sukar dibendung.

Pengakuan terbuka golongan terbabit dengan menviralkannya dimedia sosial antara trend yang semakin dibimbangi kini. Malah semakin ramai individu dari golongan terbabit tanpa segan silu bersuara bagi membuat kenyataan terbuka berkaitan diri mereka sendiri.

Sistem Demokrasi Kapitalisme yang mengangkat idea-idea kebebasan bersuara dan kebebasan bertingkahlaku menjadikan ianya satu peluang kepada golongan ini menggunakan medium media sosial sebagai platform untuk meluahkan ataupun mengekspresi perbuatan mereka. Ini dilakukan dengan harapan masyarakat memahami keadaan dan seterusnya menerima golongan mereka sebagai sebahagian komuniti dalam masyarakat hari ini. Namun kita lihat situasi ini seperti sukar untuk dikawal dan telah meninggalkan kesan negatif kepada masyarakat jika tidak ditangani segera.

Idea-idea songsang yang menular dalam masyarakat pada hari ini seolah-olah ingin dinormalisasikan supaya golongan transgender boleh beraktiviti dalam kehidupan seharian tanpa sebarang diskriminasi dikenakan terhadap mereka. Malah inilah juga idea-idea kebebasan yang diamalkan dalam sistem Demokrasi Kapitalisme. Namun idea-idea menormalisasi golongan Transgender dan LGBT merupakan satu usaha yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Islam telah menetapkan bahawa seorang lelaki perlu berpakaian dan bertingkahlaku seperti lelaki, begitu juga kepada seorang perempuan.

Dari Ibnu Abbas (ra), bahawa Rasulullah (saw) bersabda;

لَعَنَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم الْمُخَنَّثِينَ مِنَ الرِّجَالِ، وَالْمُتَرَجِّلاَتِ مِنَ النِّسَاءِ

“Nabi (saw) telah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki” [HR Bukhari].

Oleh itu, setiap individu tersebut perlu faham dengan hukum syarak yang telah ditetapkan keatas mereka dan mereka sepatutnya tiada pilihan untuk mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian daripada hukum Islam tersebut.  Allah berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 36:

“Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata.”

Pemimpin juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan gologan transgender tidak tumbuh subur dan menjadi satu penyakit yang tidak dapat diubati. Pihak pemerintah sepatutnya berusaha mengembalikan golongan transgender dan LGBT ini kepada fitrah mereka dan menjatuhkan hukuman yang telah ditetapkan oleh syariat Islam. Elakkan daripada memberikan pengiktirafan kepada mereka sebagai satu golongan jantina yang baru. Malah ingatlah bahawa sebarang perkara yang berlaku melibatkan penyimpangan daripada ketentuan Allah bukan sahaja akan mengundang dosa, malah pasti akan mengundang bala dan kebinasaan kepada manusia itu sendiri, juga kepada masyarakat amnya.

Ayuhlah semua  kembalikan kehidupan kita mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Al Khaliq dan kita sebagai hambanya pastikan kehidupan seharian ini  diterapkan dengan Islam secara kaffah ataupun secara menyeluruh. Islam hanya dapat diterapkan secara keseluruhannya dengan penegakkan daulah Khilafah Islamiyah.

Oleh: Ainul Amali (Lajnah I’lamiyah MHTM)

#ReturnTheKhilafah
#TegakkanKhilafah