Wahai Tentera Muslim, Apakah Tidak Ada Orang Yang Bijaksana Dalam Kalangan Kalian? Gaza, Al-Quds Bahkan Seluruh Palestin Sedang Terbakar Dengan Api Yahudi, Sedangkan Kalian Hanya Berdiam Diri?

بسم الله الرحمن الرحيم

Wahai Tentera Muslim, Apakah Tidak Ada Orang Yang Bijaksana Dalam Kalangan Kalian?

Gaza, Al-Quds Bahkan Seluruh Palestin Sedang Terbakar Dengan Api Yahudi, Sedangkan Kalian Hanya Berdiam Diri?

(Terjemahan)

Kaum Yahudi terlaknat sedang mengganas di seluruh bahagian di Palestin sekarang ini, khususnya di kawasan isra’nya Rasulullah (saw) dan Gaza, membakar bebatuan dan pepohonan, menumpahkan darah dan bilangan warga Palestin yang cedera semakin meningkat. Apa yang terbaik dilakukan oleh penguasa umat Islam sekarang ini ialah mengira bilangan warga Palestin yang syahid dan cedera! Mereka mengutuk dan mengecam dengan kata-kata yang mereka ucapkan dengan takut-takut, takut tidak memberi keselesaan kepada Yahudi…dan semua ini terjadi sedangkan tentera kaum Muslimin terus diam dalam ketaatan mereka kepada penguasa mereka. Mereka sudah lupa atau ingin melupakan firman Allah (swt):

وَقَالُوا رَبَّنَا إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءَنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلَا

“Dan mereka berkata: ‘Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar)’” [Al-Ahzab (33): 67].

Dan juga firman-Nya:

إِذْ تَبَرَّأَ الَّذِينَ اتُّبِعُوا مِنَ الَّذِينَ اتَّبَعُوا وَرَأَوُا الْعَذَابَ وَتَقَطَّعَتْ بِهِمُ الْأَسْبَابُ

“(Iaitu) ketika orang-orang yang diikuti (pemimpin) itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutinya, dan mereka melihat azab, dan (ketika) segala hubungan antara mereka terputus sama sekali” [Al-Baqarah (2): 166].

Wahai tentera Muslim! Apakah tidak ada orang yang bijaksana dalam kalangan kalian? Tidak mendidihkah darah yang ada dalam pembuluh darah kalian tatkala menyaksikan dan mendengar pencerobohan brutal kaum Yahudi di Tanah Yang Diberkati itu? Bagaimana mungkin kalian boleh berpihak kepada pemerintah yang zalim? Apakah kalian tidak mahu bergerak? Apakah kalian tidak membaca al-Quranul kareem dan sedar bahawa berpihak kepada kegelapan hanya akan membawa kepada azab yang bersangatan?

وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan” [Hud (11): 113].

Wahai tentera Muslim! Di manakah kalian dalam membela saudara-saudara kalian di Palestin, yang sedang terdedah kepada serangan Yahudi siang dan malam? Di manakah kalian?! Mengapakah kalian tidak memimpin pertempuran di Palestin sekali gus memberikan kekuatan kepada warga Palestin untuk menghapuskan entiti yang merampas Palestin, entiti yang menjadi punca kepada keganasan dan entiti yang menjadi penyebab kepada bencana? Bagaimana mungkin entiti ini dapat berdiri teguh di hadapan kalian, sedangkan mereka bukanlah daripada kalangan pahlawan pun?

لَنْ يَضُرُّوكُمْ إِلَّا أَذًى وَإِنْ يُقَاتِلُوكُمْ يُوَلُّوكُمُ الْأَدْبَارَ ثُمَّ لَا يُنْصَرُونَ

“Mereka sekali-kali tidak akan dapat membuat mudharat kepada kamu, selain daripada gangguan-gangguan celaan sahaja, dan jika mereka berperang dengan kamu, pastilah mereka berbalik melarikan diri ke belakang (kalah). Kemudian mereka tidak mendapat pertolongan” [Ali Imran (3): 111].

Kalian telah pun mendapat pengajaran daripada nenek moyang kalian yang beriman, yang tidak memberi peluang kepada kaum Yahudi yang terpecah itu sekiranya mereka menyerang wilayah dan kesucian Islam. Ini kerana kaum Yahudi itu adalah suatu kaum yang hina di sisi Allah dan di sisi hamba-Nya, untuk menetap di kiblat pertama umat Islam…Mereka adalah kaum yang hina di sisi Allah dan di sisi hamba-Nya untuk memiliki negara di Tanah Yang Diberkati. Mereka tidak akan dapat berbuat demikian jika kalian mendirikan pangkalan tentera kalian di sekitar Palestin, namun malangnya kalian hanya menonton tanpa bergerak (akan apa yang dilakukan oleh kaum Yahudi)!

Wahai tentera Muslim! Apakah tidak ada orang yang bijaksana dalam kalangan kalian yang tahu bahawa menyingkirkan entiti Yahudi yang merampas Palestin hanya boleh dilakukan dengan peperangan yang mana kalian menjadi pahlawannya? Penyingkiran Yahudi tidak akan berlaku dengan kalian bersetuju dengan ‘pengumuman takut-takut’ oleh para penguasa kalian terhadap pencerobohan Yahudi tersebut, manakala kalian terus berdiam diri dan berpeluk tubuh kerana kepatuhan kalian terhadap penguasa yang mementingkan kewujudan entiti Yahudi, lebih daripada orang-orang Yahudi itu sendiri! Dengarlah kenyataan para penguasa itu tatkala pesawat dan pengebom Yahudi menyerang Gaza dari kanan dan kiri, dan tentera mereka mengepung rumah-rumah kaum Muslimin di Sheikh Jarrah, dan kaum terlaknat itu menyerbu Al-Aqsa di bawah penjagaan tentera-tentera mereka…

Dengarlah kenyataan berterusan mereka untuk mengenali siapakah mereka yang sebenarnya:

Presiden Turki dan Raja Jordan menekankan pentingnya kerjasama untuk menghentikan serangan ‘Israel’…Presiden Turki melakukan percaturan diplomatik yang kuat untuk menekan ‘Israel’…

Arab Saudi mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan terhadap Masjid Al-Aqsa…

Putera Mahkota Abu Dhabi mengesahkan kecamannya terhadap semua bentuk keganasan dan kebencian di Al-Quds…

Mesir mengutuk sekeras-kerasnya serangan Al-Aqsa, sebagai sebuah pelanggaran undang-undang antarabangsa…Mesir menyeru Hamas dan Yahudi untuk melakukan gencatan senjata…

Pakistan mengecam serangan ‘Israel’…

Setiausaha Agung OIC memuji ketabahan mereka yang bertahan di Al-Aqsa dan Baitul Maqdis…

Jawad Zarif, Menteri Luar Iran, menyatakan bahawa satu-satunya jalan keluar yang adil bagi masalah Palestin adalah merujuk kepada kemahuan generasi terkini Tanah yang satu ini dan merujuk kepada referendum yang popular…

Amir Kuwait menyatakan kecamannya…

Menteri Luar Jordan telah menyeru masyarakat antarabangsa, termasuk Washington, supaya tidak memindahkan penduduk Sheikh Jarrah…Jordan mengutuk ‘Israel’ yang mengumumkan operasi ketenteraan di Gaza dan menyeru kerjasama dengan saudara-saudara kita untuk memantapkan tindakan antarabangsa…menyeru persidangan tergempar Liga Arab…menyeru persidangan tergempar OIC…

dan lain-lain kenyataan yang seumpamanya.

Inilah posisi mereka. Apakah ada orang yang waras yang tidak tahu bahawa tindak balas terhadap kejahatan orang-orang Yahudi hanyalah dengan menggerakkan tentera untuk menghapuskan entiti Yahudi dan mengembalikan seluruh Palestin ke wilayah Islam? Apakah ada orang yang mempunyai penglihatan yang tidak tahu bahawa mengakhiri pencerobohan Yahudi tidak akan berlaku hanya dengan kecaman kosong? Dan bukannya dengan menyeru badan antarabangsa yang berada di sebalik penubuhan negara yang jahat itu? Apakah isu Palestin merupakan suatu yang tidak diketahui dan penyelesaiannya perlu kepada referendum? Bukankah penghinaan dan keaiban ini, serta diamnya kalian di kem-kem kalian, akan menjadi penyebab kepada kehinaan di dunia dan seksa yang pedih di akhirat?

Wahai kaum Muslimin! Sesungguhnya anggota-anggota tentera itu terdiri daripada anak-anak dan saudara-mara kalian, terdiri daripada jiran-jiran dan rakan-rakan kalian, dan mereka adalah orang-orang yang tinggal di sekeliling kalian, dan kalian mempunyai pengaruh ke atas mereka…jadi bagaimana para tentera itu boleh berpangku tangan daripada membantu Tanah Yang Diberkati? Bagaimana mereka boleh berdiam diri daripada membantu tempat isra’nya Rasulullah (saw)? Di tangan para tentera ini terletaknya tanggungjawab untuk membuang aib di dunia ini dan seksaan yang pedih di akhirat, daripada kalian dan daripada mereka, dan itu adalah kemenangan yang besar (jika mereka menunaikannya)…Oleh itu wahai kaum Muslimin, desaklah mereka agar bergerak demi memberi kemenangan kepada saudara-saudara mereka di Palestin…dan demi meraih redha Tuhan mereka serta mengembalikan kemuliaan mereka… dan demi menobatkan kemenangan mereka dengan menyingkirkan penguasa yang zalim lalu menegakkan pemerintahan Islam, Khilafah Rashidah, yang akan mengembalikan status umat Islam ke posisinya sebagaimana firman-Nya:

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah” [Ali Imran (3): 110].

Dengan yang demikian, musuh-musuh Allah di hadapan kita akan dihinakan, bukan sahaja Yahudi, kerana mereka telah sedia hina, malah kesemua penzalim yang membuat kerosakan di muka bumi ini (akan dihinakan). Islam dan umatnya akan dimuliakan dan kebaikan akan tersebar ke seluruh alam, dan hal ini pasti terjadi dengan izin Allah. Sulaim bin Amir, dalam Musnad Ahmad menyatakan, bahawa al-Miqdad bin al-Aswad menuturkan, bahawa dia mendengar Rasulullah (saw) bersabda,

«لَا يَبْقَى عَلَى ظَهْرِ الْأَرْضِ بَيْتُ مَدَرٍ وَلَا وَبَرٍ إِلَّا أَدْخَلَهُ اللَّهُ كَلِمَةَ الْإِسْلَامِ بِعِزِّ عَزِيزٍ أَوْ ذُلِّ ذَلِيلٍ إِمَّا يُعِزُّهُمْ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ فَيَجْعَلُهُمْ مِنْ أَهْلِهَا أَوْ يُذِلُّهُمْ فَيَدِينُونَ لَهَا»

“Tidak akan tersisa di muka bumi ini satu rumah pun, baik di kota atau di desa, kecuali Allah memasukkan kalimah Islam dengan kemuliaan yang menjadikannya mulia, atau dengan kehinaan yang menjadikannya hina. Sama ada Allah memuliakan mereka, lalu mereka menjadi mulia; atau Allah menghinakan mereka, lalu mereka menjadi hina.”

الأقصى_يستصرخ_الجيوش#
#Aqsa_calls_armies
#AqsaCallsArmies

HIZBUT TAHRIR
29 Ramadhan 1442 H
11 Mei 2021 M