SN178 – WAHAI TENTERA KAUM MUSLIMN, GAZA MEMERLUKANMU!

PDF

SN Keluaran 23 Januari 2009

alt
 

WAHAI TENTERA KAUM MUSLIMN, GAZA MEMERLUKANMU!
 

[SN178] Pada 9 Januari lepas, Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Jalan Padang Tembak gempar dengan acara penyerahan memorandum dan juga laungan jihad oleh sejumlah aktivis Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) bersama umat Islam. HTM mendesak ATM untuk bertindak segera menyelamatkan Gaza daripada keganasan rejim Israel. Selesai solat Jumaat di Masjid Khalid Al-Walid, yang terletak berhampiran Markas ATM tersebut , Hizbut Tahrir telah menyeru dan mengajak umat Islam untuk bersama-sama mendesak ATM bagi melancarkan jihad ke Israel. Jihad yang diserukan adalah jihad yang sebenar iaitu jihad fi sabilillah, dengan ATM menggerakkan seluruh tentera udara, darat dan laut bagi menyelamatkan umat Islam yang sedang dibunuh dengan kejam oleh Israel di Palestin. Sebagai salah sebuah angkatan bersenjata kaum Muslimin, adalah wajib bagi ATM menghantar tentera ke Gaza tanpa berlengah sedikit pun.

Alhamdulillah, proses penyerahan memorandum berjalan agak lancar walaupun terdapat kelewatan bagi pihak ATM menerima memorandum tersebut. HTM mengharapkan agar memorandum tersebut benar-benar akan sampai kepada Panglima ATM ataupun kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri selaku Menteri Pertahanan. Demonstrasi aman dan penyerahan memorandum tersebut bersurai dengan bacaan doa, memohon bantuan dari Allah SWT supaya menyedarkan tentera Malaysia dan memohon agar Allah SWT membantu tentera Malaysia dan tentera kaum Muslimin lainnya bagi menghancurkan Israel sekiranya mereka berjihad ke Palestin. Sekiranya mereka tidak bergerak, HTM memohon doa kepada Allah agar menggantikan kerajaan yang ada dengan sebuah negara Khilafah, yang akan memerintah dengan Kitabullah dan Sunah RasulNya dan yang akan menghantar tentera untuk berjihad mengalahkan musuh-musuh Allah dan membebaskan kaum Muslimin di seluruh dunia dari cengkaman musuh.

Namun ternyata, sehingga berlakunya gencatan senjata tidak ada satu pasukan tentera pun yang dihantar. Berikut adalah kandungan memorandum, yang HTM harapkan dapat disebarkan oleh pembaca-pembaca yang ikhlas kepada semua pihak, khususnya kepada saudara-mara dan sahabat handai yang berada di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Semoga Allah SWT memberi ganjaran yang sewajarnya terhadap usaha kalian.

 
Menggerakkan Tentera Untuk Memerangi Penyembelih Gaza Adalah Satu-Satunya Yang Wajib Dilakukan Oleh Para Penguasa Dan Sekiranya Mereka Tidak Berbuat Demikian Maka Sesungguhnya Mereka Telah Mengkhianati Allah, RasulNya Dan Kaum Mukminin
Sejak tengahari Sabtu 27/12/2008, rejim Yahudi telah melakukan pengeboman kejam yang berterusan dengan menggunakan jet-jet pejuangnya ke atas beberapa kawasan di Semenanjung Gaza. Pengeboman ini dihadapi oleh penduduk Gaza dengan ketabahan hati dan keberanian yang tiada tolok bandingnya, mereka memikul yang gugur di atas tangan-tangan dan bahu-bahu mereka. Beratus-ratus telah syahid dan mengalami kecederaan ketika jet-jet pejuang musuh berlegar memuntahkan bom di ruang udara dengan bebas tanpa mendapat penentangan dan tanpa sedikit pun kebimbangan akan ditembak jatuh. Ini adalah kerana para penguasa kaum Muslimin telah melarang dan menghalang tentera dan jet-jet pejuang kaum Muslimin dari melibatkan diri dalam sebarang tindak balas. Para penguasa ini hanya menjadikan jet-jet dan tentera yang ada di negeri mereka sebagai perhiasan dan pertunjukan semata-mata. Beginilah pihak Yahudi melakukan kehancuran, mengebom bangunan dan manusia, aman dari sebarang tindak balas dan mara bahaya.

Sesungguhnya para penguasa ini telah melakukan jenayah besar dengan menjadikan masalah Palestin ini sebagai masalah orang Arab dan bukan masalah kaum Muslimin dan Islam. Mereka, sejak dari itu hanya menjadi pemerhati ‘neutral’ yang lebih condong untuk menyebelahi pihak musuh sehingga apa yang mereka lakukan adalah sesuai dengan apa yang diinginkan oleh pihak musuh, sepertimana yang sedang berlaku di Gaza sekarang. Mereka hanya memerhatikan sebuah demi sebuah jet musuh melakukan pengeboman, menghitung jumlah mereka yang cedera dan terkorban serta mengeluarkan kenyataan sekadar meluahkan ‘kesedihan’ dan ‘kutukan’ – tidak kira sama ada mereka ini terlibat secara langsung atau tidak dalam pemboikotan Gaza – kesemua mereka meluahkan ‘kesedihan’ dan ‘kutukan’ yang sama. Malah penguasa Mesir (Mubarak) yang pada saat-saat sebelum bermulanya serangan, dari istananya, telah diugut oleh Livni dan pada hari berikutnya, tatkala berlaku serangan ke atas Gaza, Mubarak turut meluahkan ‘kesedihan’ dan ‘kutukan’!

Sungguh, para penguasa ini tidak merasa malu sedikit pun di hadapan Allah, RasulNya dan di hadapan kaum Mukminin. Mereka telah memboikot Semenanjung Gaza jauh sebelum pihak musuh memboikotnya. Mereka nampaknya hanya mahu melihat kematian dan bukannya kehidupan di Gaza dan hanya bersetuju untuk membuka Gaza setelah darah umat Islam tertumpah ke atas pakaian mereka.

Hari ini mereka menyeru pula agar diadakan pertemuan bagi ‘mengkaji’ apakah tindakan yang sebaiknya atas penyembelihan di Gaza, seolah-olah tindakan yang sepatutnya dilakukan merupakan sesuatu yang tidak maklum (oleh mereka). Ada yang menyeru diadakan pertemuan, ada yang menyeru kepada pertemuan menteri-menteri luar dan ada yang menyeru kepada Majlis Liga Arab – dan semua ini, seperti biasa, akan diikuti dengan perjumpaan, makan dan minum bersama, kemudian berakhir dengan (mengeluarkan) kenyataan dan bagi para pengikut syaitan, inilah ‘penentangan yang terbaik’!

Tidak cukup dengan itu, mereka mengalihkan pandangan mereka dan meminta tanpa malu kepada Majlis Keselamatan PBB, yang terdiri dari negara-negara yang pada hakikatnya bertanggungjawab membangunkan rejim Yahudi dan menyokongnya dalam menghancurkan Palestin, tanah yang penuh berkat. Mereka mempercayai dan mengharapkan tindakan dari negara-negara kuffar ini untuk membantu Palestin dan penduduknya!!! Amat buruklah apa yang mereka hukumkan!

Sesungguhnya tindak balas yang sewajarnya ke atas penyembelihan Gaza adalah suatu yang sudah maklum dan jelas. Keputusan untuk bertindak balas ini tidak memerlukan sebarang pertemuan atau perjumpaan bagi membahaskannya. Ia juga tidak akan datang dari keputusan negara-negara pembina dan penyokong rejim Yahudi – tidak sama sekali – sebaliknya ia hanya akan dapat dicapai dengan menggerakkan bala tentera kaum Muslimin dan mengumpulkan mereka yang berkemampuan untuk memikul persenjataan bagi memerangi rejim yang hina ini. Tidak ada penyelesaian selain dari ini dan para penguasa mengetahui hakikat ini, namun mereka (penguasa) ini hanya ibarat kepingan kayu yang hanyut dan mereka begitu hebat dalam penipuan dan penyesatan. Dilaknati Allah-lah mereka, bagaimana mereka sampai berpaling?

Wahai tentera kaum Muslimin!

Bukankah saat ini jantung-jantung kalian sepatutnya berdegup kencang, dan darah-darah kesatria kalian mendidih menyaksikan saudara-saudara kalian di Palestin dan Lebanon dibedil dan dibom oleh tentera Yahudi laknatullah? Adakah kalian sanggup hanya menjadi penonton, membiarkan saudara-saudara kalian, wanita dan anak-anak kecil di tembusi peluru-peluru tentera Israel? Bukankah kalian diasuh dan diajar dengan segala ilmu perang untuk menghadapi musuh-musuh Allah dan musuh-musuh kalian? Siapakah musuh Allah dan musuh kalian jika bukan Yahudi laknatullah?

Wahai tentera kaum Muslimin!

Tidakkah kalian terdorong walau sedikit pun untuk memberikan pertolongan kepada Muslim Palestin, padahal dengan itu kalian akan memperolehi satu di antara dua kemuliaan, kemenangan atau mati syahid? Bukankah itu janji Rasulullah kepada kalian? Bahkan, sebagai tentera Muslim, bukankah kalian lebih wajib dan lebih layak membela saudara-saudara kalian yang Muslim, yang sedang menderita diperangi dan dibunuh Yahudi Israel, daripada mendukung para pemimpin kalian yang pengecut dan telah mengkhianati kaum Muslimin?

Wahai para tentera!

Saksikanlah, bahawa para pemimpin kalian tidak pernah memiliki rasa malu atas tindakan mereka selama ini membiarkan rakyat Palestin berjuang sendirian; bahawa mereka sama sekali tidak mahu bergerak untuk menyerang musuh-musuh Allah dan musuh-musuh mereka demi menyelamatkan kaum Muslimin. Saksikanlah oleh kalian bahawa pemimpin kalian tidak pernah merasa bersalah tidak memerangi kaum kuffar yang memerangi Islam, walhal Allah SWT berfirman,

Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak beragama dengan agama yang benar, iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka membayar jizyah dengan keadaan taat dan merendah diri.” [TMQ at-Taubah (9):29]

Wahai tentera kaum Muslimin!

Sesungguhnya penyelesaian kepada masalah Palestin tiada lain melainkan jihad. Inilah penyelesaian yang diperuntukkan oleh Islam dan inilah satu-satunya jalan penyelesaian. Malangnya jalan inilah yang tidak diambil dan tidak pernah diambil oleh pemerintah kalian. Dalam keadaan di mana umat Islam sedang diperangi oleh musuh-musuh Allah, maka wajib bagi para pemerintah umat Islam menggerakkan para tentera mereka yang ada untuk berjihad memerangi musuh Allah ini. Jika pemerintah tidak bertindak, mereka sesungguhnya telah mengkhianati Allah, RasulNya dan seluruh kaum Mukminin. Jika mereka tidak bertindak, maka kalian sudah tidak perlu taat dan patuh kepada mereka lagi, kerana mereka sesungguhnya telah memaksiati Allah dan RasulNya. Sesungguhnya kewajipan dan kemuliaan kini terbeban di bahu-bahu kalian wahai tentera Allah. Bergeraklah kalian ke medan jihad kerana kalianlah golongan yang sebenar-benarnya mempunyai kekuasaan dan kekuatan.

Wahai tentera Allah!

Kalian seharusnya menyedari akan tanggungjawab dan kewajipan kalian untuk berjihad fi sabilillah. Kalian perlu sedar bahawa kalian sebenarnya wajib melancarkan perang terhadap musuh-musuh Allah. Kalian perlu bertanya untuk apa kalian menjadi tentera jika tidak untuk mengejar dan mengecapi kenikmatan syahid di jalan Allah dan meraih syurga Allah di akhirat kelak. Kalian perlu sedar bahawa inilah peranan dan tugas mulia kalian. Kalian perlu sedar bahawa kalian sebenarnya kuat, hanya pemimpin yang ada sahajalah yang telah memenjarakan kekuatan kalian. Sesungguhnya kalian adalah tentera kaum Muslimin dan tentera-tentera Allah, yang apabila kalian berjuang, Allah dan para malaikat akan bersama dengan kalian dan membantu kalian sama ada mencapai kemenangan atau kesyahidan.

Tidakkah kalian sedar wahai para tentera!

Bahawa bumi Al-Quds (Palestin), tanah yang diberkati itu telah berjaya dikuasai oleh umat Islam semasa Khilafah menaungi dunia. Khalifah Umar Al-Khattab telah menghantar tenteranya untuk membebaskan kota suci itu dari tangan kaum kuffar. Begitu juga dengan Panglima Islam yang terkenal, Salahuddin Al-Ayyubi yang juga telah berjaya menawan semula bumi yang penuh berkat itu dari tangan tentera Salib. Sesungguhnya umat Islam sekarang tidak lagi mempunyai seorang Khalifah yang akan menyelamatkan umat ini dari malapetaka. Darah umat Islam tertumpah tanpa sebarang pembelaan. Negeri umat Islam diceroboh tanpa sebarang pembelaan. Tidakkah kalian inginkan kemuliaan dari Allah untuk menjadi pembebas Baitul Muqaddis yang ketiga setelah Umar Al-Khattab dan Salahuddin Al-Ayubi? Alangkah mulianya kalian jika kalian menjadi pembebas bumi yang penuh berkat itu.

Ingatlah wahai para tentera!

Anak-anak di Palestin akan bangkit pada hari kiamat dan menceritakan kisah mereka di hadapan Allah. Mereka akan bangkit dari kubur-kubur mereka dan menceritakan bahawa mereka mati dahulu kerana dibunuh dengan kejam oleh askar-askar Yahudi. Mereka akan menyatakan bahawa tidak ada seorang pun dari kalangan pemimpin dan tentera kaum Muslimin yang menjaga darah mereka. Mereka akan menyatakan bahawa pemimpin umat Islam telah mengkhianati mereka. Mereka akan bersaksi bahawa terdapat sebahagian dari umat Islam dan tentera umat Islam yang hanya membiarkan mereka dibunuh tanpa apa-apa pembelaan. Kepada para pemimpin – apakah jawapan kalian di waktu itu? Allah akan bertanya kalian untuk apakah kalian mempunyai tentera jika tidak untuk berjihad di jalanNya? Kepada para tentera – apakah pula jawapan kalian di waktu itu? Allah akan bertanya kepada kalian, kenapakah kalian tidak bergerak untuk membela saudara-saudara kalian dan anak-anak yang tidak berdosa yang dibunuh dengan kejamnya di hadapan mata kalian? Kenapakah kalian membiarkan darah anak-anak Palestin gugur ke bumi sedangkan kalian menyaksikannya? Apakah jawapan kalian di waktu itu?

Ya Allah! Ya Allah! Wahai Para Tentera!

Hizbut Tahrir menyeru kalian agar menuju kepada kemuliaan dunia dan akhirat! Pertolongan adalah dari Allah dan kemenangan yang hampir atau syurga yang keluasannya seluas langit dan bumi disediakan untuk mereka yang bertakwa.

Hizbut Tahrir ingin bertanya kalian sekali lagi wahai para tentera kaum Muslimin! Tidakkah kalian rindu kepada salah satu dari dua kemuliaan, syahid atau kemenangan? Sesungguhnya syurga menanti kalian di bumi Palestin wahai saudaraku!

Wahai para tentera!

“Perangilah mereka dan Allah akan mengazab mereka dengan tangan-tangan kalian dan menghinakan mereka serta membantu kalian mengalahkan mereka dan Allah akan melegakan hati-hati kaum Mukminin[TMQ at-Taubah (9):14].

“Sesungguhnya (apa yang disebutkan) dalam (surat) ini benar-benar menjadi peringatan bagi kaum yang menyembah Allah” [TMQ al-Anbiya’ (21):106].

Ya Allah! saksikanlah bahawa sesungguhnya kami telah menyampaikan.