Seruan Al-Aqsa, kehancuran Gaza: Seruan untuk bertindak
Hati hati kami amat berdukacita dan sedih ke atas kekejaman Zionis terhadap saudara-saudara kami di Gaza. Tatkala mereka menderita, kami memperingati penderitaan yang mereka alami pada tahun tahun 2008, 2012, 2014, and 2021 dan sehingga sekarang. Masanya untuk bertanya – sampai bila? Sampai bila kita akan melihat saudara muslim kita di Gaza perlu menderita dan sampai bila kita perlu melihat penjajahan Masjid Al-Aqsa?
Kita mesti jelas berkenaan dengan fakta ini – entiti Zionis adalah negara apartheid yang disokong oleh negara kolonial seperti Britain dan Amerika. Entiti tersebut tidak ada hak untuk menjajah wilayah umat Islam. Ianya adalah entiti haram yang dibentuk oleh British dan dikuatkan oleh Amerika untuk mengawal politik rantau Timur Tengah. Entiti tersebut dipertahankan oleh pengkianat rejim Arab yang bertindak seperti IDF.
Sejak 1948, bumi Palestin telah dikepung oleh Entiti Zionis. Mereka tidak menunjukkan sebarang pengurangkan dalam tindakan keganasan mereka, mengambil nyawa tanpa berfikir panjang. Tanpa mengambil kira kehormatan atau kemanusiaan, mereka menghujani peluru berpandu tanpa pandang bulu ke atas orang awam, tidak menunjukkan belas kasihan kepada orang tua mahupun membezakan antara pejuang dan bukan pejuang. Pasukan yang sama telah memotong keperluan asas seperti elektrik, air dan bahan api, menyebabkan saudara kita di Gaza menderita lebih teruk.
Negara Zionis berada di dalam posisi yang lemah. Kedudukan mereka menjadi goyang disebabkan ketakutan mereka. Askar mereka mempunyai ketakutan ketika mendengar kanak-kanak muslimin melaungkan Allahu Akbar. Entiti ini selalu melakukan tipu daya dan propaganda. Penubuhan entiti ini berasaskan kepada pembunuhan rakyat Palestin, menghalau rakyat Palestin dari wilayah mereka dan kezaliman dan kekejaman terhadap rakyat Palestin. Kewujudannya adalah berasaskan kepada kebencian terhadap umat Islam. Realiti ini terbongkar apabila saudara-saudara kita memecahkan benteng musuh pada 7 Oktober 2023.
Wahai umat Rasulullah (ﷺ)…darah umat Islam ditumpahkan, apakah tindakan kalian sekarang? Demi Allah, apakah yang diperintahkan oleh Rasulullah (ﷺ) kepada anda sekalian?
Kita mesti melakukan yang demikian:
- Kita mesti menolak narratif yang sedia ada: Kita mesti mencabar narratif terhadap Palestin. Adalah penting untuk memahami dan menyokong tindakbalas rakyat Palestin terhadap penjajahan, kezaliman dan kekejaman yang berterusan. Narratif terhadap umat Islam adalah pelampau adalah salah, dan realitinya adalah umat Islam Plaestin adalah mangsa kekejaman entiti
- Memahami Tahap Penjajahan: Penjajahan Palestin bermula pada tahun 1917 apabila British mengambil alih kawalan. Dengan bantuan PBB, entiti Zionis telah ditubuhkan, yang kemuncaknya dengan penjajahan yang lebih lama di tanah diberkati Masjid Al-Aqsa daripada penjajahan tentera Salib. Kepentingan kuasa Barat secara berterusan menyokong penjajahan ini.
- Tolak Penyelesaian Dua-Negara: Setiap inci tanah Palestin berhak dibebaskan, dan entiti Zionis, yang dibina atas penindasan rakyat Palestin, tidak mempunyai hak yang sah untuk wujud.
- Gunakan Suara Anda: Kami menyeru tentera Islam dari Maghribi hingga ke Indonesia untuk bergerak, meruntuhkan sempadan-sempadan nasionalis, lalu membebaskan Palestin. Umat Islam harus menghubungi pihak kedutaan dengan tuntutan agar mereka menggerakkan tentera Islam untuk membebaskan Palestin.
- Menyebarkan naratif yang betul kepada umat Islam: Menggalakkan masjid-masjid tempatan dan pimpinan kita membincangkan peristiwa di Palestin dengan cara yang diredhai Allah SWT. Bercakap hanya tentang penyelesaian Islam yang menuntut pembebasan Masjid Al-Aqsa dan menyelamatkan saudara-saudara kita daripada terus dihina dan pembunuhan beramai-ramai.
- Menyatukan Umat: Penyelesaian Islam yang menjamin keredaan Allah SWT ialah penyatuan Umat di bawah satu panji dengan menegakkan semula Khilafah untuk melaksanakan hukum-hukum Allah SWT di seluruh pelusuk bumi. Untuk mencapai matlamat ini, adalah penting untuk menuntut penyingkiran pemerintah Islam semasa – sama ada Erdogan, MBS, MBZ, Sisi, atau lain-lain. Pemimpin ini tidak benar-benar mewakili umat. Sebaliknya, mereka secara aktif melemahkan penentangan Umat dan berusaha untuk menormalisasikan hubungan dengan entiti Zionis.
Ini adalah satu-satunya solusi Islam untuk membebaskan Palestin dan mana-mana wilayah umat Islam yang dijajah. Ini adalah solusi yang akan mempertahankan umat Islam, sebagaimana sabda Rasulullah (ﷺ)
“Sesungguhnya Imam (Khalifah) adalah perasai di mana umat berperang dibelakangnya dan menjadikannya pelindung.” [Sahih Muslim]
Di bawah Khilafah, perjuangan Palestin akan menjadi keutamaan, dan kita akan menggerakkan tentera dengan segera. Ia akan menyediakan platform bagi umat Islam untuk bersatu, memecahkan sempadan nasionalis, dan secara kolektif menyokong pembebasan Palestin. Ini akan membawa perpaduan, kebahagiaan, keamanan, dan keamanan kepada Umat. Ia akhirnya akan membawa keadilan dengan pelaksanaan Islam.
وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ مِنكُمْ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِى ٱلْأَرْضِ كَمَا ٱسْتَخْلَفَ ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ ٱلَّذِى ٱرْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّنۢ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًۭا ۚ يَعْبُدُونَنِى لَا يُشْرِكُونَ بِى شَيْـًۭٔا ۚ وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلْفَـٰسِقُونَ
“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentiasa. Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.” [TMQ Surah An-Nur : 55]
Hizb ut-Tahrir Amerika
Rabi’ Al-Awal 28, 1445 AH
Oktober 13, 2023