Di sebalik penghancuran Gaza, para penguasa khianat dan kaum Yahudi akan turut hancur
Ramadhan telah berlalu dengan berita duka terus menyelimuti umat Islam. Ramadhan tahun ini menyaksikan Gaza terus dibantai tanpa sedikit pun pembelaan daripada mana-mana penguasa umat Islam. Ternyata, ruhiyah para penguasa ini sudah “mati” apabila di bulan Ramadhan yang merupakan “bulan ruhiyah” umat Islam, para penguasa ini tetap sahaja seperti sebelum-sebelumnya tidak mempedulikan Gaza.
Selain bulan ruhiyah, tidak diragui bahawa Ramadan merupakan bulan kemenangan buat umat Islam. Tinta emas sejarah Islam selama lebih 13 abad telah mencatat hal ini. Cumanya, apa yang umat Islam perlu sedar ialah semua kemenangan ini sesungguhnya diraih tatkala umat Islam mempunyai Daulah Islam yang menaungi mereka.
Tahun ini, genap 100 tahun Masihi umat Islam menyambut Ramadhan dan Syawal tanpa Khilafah. Oleh kerana penaung dan penjaganya telah hilang, kerana itulah kita menyaksikan umat Islam terus menderita dan Gaza diratah dengan begitu lahap oleh Yahudi laknatullah tanpa apa-apa pembelaan.
Namun demikian, dengan izin Allah, sesungguhnya Yahudi itu tidak menang di Gaza. Walaupun mereka telah menghancurkan Gaza dengan kehancuran yang paling dahsyat pernah disaksikan oleh sejarah, hakikatnya mereka tidak akan dapat menghancurkan Islam dan umatnya. Warga Gaza masih tetap bertahan hingga sekarang, dan kaum terlaknat itu tidak mencapai matlamat mereka di Gaza.
Sesungguhnya Yahudi itu merupakan kaum yang lemah dan pengecut dan mereka tidak akan menang dengan izin Allah. Yahudi itu fikir bahawa dengan menghancurkan Gaza, maka mereka boleh menang dan mencapai matlamat mereka. Namun realitinya, mereka sedang mengalami kekalahan, dan kejahatan yang mereka timpakan ke atas Gaza bakal menghancurkan diri mereka sendiri sedikit masa lagi insya Allah.
Kaum Yahudi itu fikir bahawa dengan membunuh umat Islam di Gaza, mereka akan mendapat sokongan daripada negara kafir lainnya. Ya benar mereka mendapat sokongan beberapa kerat penguasa jahat seperti mereka, namun apa yang kita saksikan sejak lebih lima bulan lepas ialah ramai penguasa dan masyarakat non-Muslim di seluruh dunia yang telah menunjukkan penentangan mereka terhadap kaum terlaknat itu.
Malah penentangan yang ditunjukkan termasuklah datangnya daripada beberapa negara kafir yang selama ini mendukung entiti haram itu. Masyarakat dunia, termasuklah di negara-negara Barat sendiri mulai sedar dan bangkit menunjukkan protes mereka terhadap entiti Yahudi, dengan satu protes besar-besaran yang tidak pernah disaksikan sejarah.
Dalam masa yang sama, kita menyaksikan berapa ramai non-Muslim yang telah masuk Islam gara-gara menyaksikan keteguhan penduduk Gaza dengan Islam, dengan keteguhan yang luar biasa biar pun dibantai dengan begitu dahsyat. Benarlah firman Allah (swt):
وَيَمْكُرُونَ وَيَمْكُرُ اللَّهُ ۖ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
“Mereka merancang dan Allah juga merancang, dan Allah adalah sebaik-baik Perancang” [Al-Anfal (8): 30].
Sesungguhnya serangan entiti Yahudi ke atas Gaza ini telah mendedahkan lagi kepada kita akan kehinaan dan kekalahan kaum terlaknat tersebut. Sesungguhnya kita sedang menyaksikan kekalahan Yahudi di tangan penduduk Gaza.
Bayangkan dalam keadaan umat Islam di Gaza yang tidak bersenjata, terkepung dan tidak bermaya, berbanding dengan pihak musuh yang menyerang tanpa henti dengan menggunakan pelbagai senjata canggih, dibantu lagi oleh super power Amerika dengan pelbagai bentuk persenjataan, namun demikian, umat Islam di Gaza masih tetap bertahan dengan izin Allah. Subhanallah..bukankah ini bukti nyata bahawa Yahudi tidak menang di Gaza?
Malah telah banyak laporan yang mendedahkan bahawa ribuan tentera Yahudi kini sedang mengalami tekanan dan sakit mental yang sangat parah, gara-gara serangan yang mereka lakukan ke atas Gaza. Ribuan daripada mereka sedang menerima rawatan dan ramai yang mahu berhenti daripada tentera dan kembali menjadi orang awam. Ramai pula daripada mereka yang tidak dapat tidur lantaran tertekan dan mengalami gangguan akibat peperangan ini.
Sesungguhnya serangan mereka ke atas Gaza telah menjadi mimpi ngeri ke atas mereka sendiri. Betapa ajaibnya keadaan ini wahai kaum Muslimin, yang semuanya tidak akan terjadi jika bukan kerana bantuan daripada Allah. Sesungguhnya Allah membantu hamba-hamba-Nya dengan jalan yang tidak disangka-sangka.
Ada pun mengenai para penguasa khianat, yang sedang bersenang lenang di atas singgahsana, menikmati segala kemewahan dan kekayaan yang dimiliki sambil berpeluk tubuh menonton kehancuran Gaza dan pembunuhan besar-besaran yang dilakukan oleh Yahudi ke atas umat Islam, sesungguhnya para penguasa ini sedang “menghancurkan” diri mereka sendiri di hadapan Allah. Mereka tidak sedar bahawa Allah memberi tangguh kepada mereka sekejap sahaja untuk mengecapi semua itu sebelum Dia mendatangkan azab-Nya. Firman-Nya:
﴿وَلَا تَحْسَبَنَّ اللَّهَ غَافِلًا عَمَّا يَعْمَلُ الظَّالِمُونَ ۚ إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمْ لِيَوْمٍ تَشْخَصُ فِيهِ الْأَبْصَارُ﴾
“Dan janganlah sekali-kali kamu (Muhammad) mengira bahawa Allah lalai dari apa yang diperbuat oleh orang-orang yang zalim. Sesungguhnya Allah memberi tangguh kepada mereka sampai hari yang pada waktu itu mata (mereka) terbeliak” [TMQ Ibrahim (14): 42].
Sesungguhnya pembantaian di Gaza ini juga mendedahkan kepada kita betapa perlunya kita kepada seorang Khalifah bagi menggantikan para penguasa yang khianat ini. Inilah yang sedang diusahakan oleh Hizbut Tahrir siang dan malam sejak lebih 70 tahun yang lalu. Hizbut Tahrir berusaha mengembalikan semula Daulah Khilafah ar-Rasyidah ala minhaj nubiwwah, yang apabila berdirinya institusi pemersatu umat ini sedikit masa lagi dengan izin Allah, jihad akan pasti dilancarkan oleh Sang Khalifah bagi membebaskan Gaza dan keseluruhan Palestin.
Maka, kami berpesan kepada penduduk Gaza agar bersabar sedikit sahaja lagi, dengan terus teguh atas keimanan dan keyakinan kepada Allah, bahawa Allah tidak akan mensia-siakan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Insya Allah pertolongan Allah sudah semakin dekat, dan kemenangan hakiki berupa tegaknya Khilafah akan segera tiba, sebagaimana tibanya siang setelah menghilangnya malam.
Pada waktu itu, tentera kaum Muslimin akan bergerak di bawah arahan dan pimpinan Sang Khalifah, untuk membebaskan Gaza dan Tanah Palestin Yang Diberkati, sekali gus akan “menghukum” Yahudi dan menjadikan Palestin sebagai kubur terbesar kaum Yahudi di abad ini insya Allah.
﴿فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ الْآخِرَةِ لِيَسُوءُوا وُجُوهَكُمْ وَلِيَدْخُلُوا الْمَسْجِدَ كَمَا دَخَلُوهُ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَلِيُتَبِّرُوا مَا عَلَوْا تَتْبِيرًا﴾
“Dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang lain) untuk menyuramkan muka-muka kamu (Bani Israel) dan mereka akan masuk ke dalam masjid, sebagaimana musuh-musuhmu memasukinya pada kali pertama dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa saja yang mereka kuasai” [Al-Isra’ (17): 7].
Maka, di sebalik penghancuran Gaza, sesungguhnya amat jelas bahawa para penguasa yang khianat dan kaum Yahudi laknatullah sebenarnya sedang menghancurkan diri mereka sendiri tanpa mereka sedari.
Wallahu a’lam wa ahkam.