Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia (MHTM) Serah Memorandum Kepada Kementerian Pelajaran Malaysia
Memorandum tersebut diterima oleh wakil Menteri Pelajaran, Tuan Haji Ismail Bin Mohammed yang juga merupakan Setiausaha Menteri Pelajaran Malaysia, di perkarangan Kementerian Pelajaran di sini hari ini.
Memorandum itu turut disertakan dengan sesalinan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam (Edisi Cadangan Penambahbaikan) yang lengkap dengan asas pendidikan yang berteraskan akidah Islam.
“MHTM menggesa agar pihak kementerian mengkaji dan menerima pakai usulan yang diserahkan demi kebaikan generasi sekarang dan juga yang akan datang” ujar Fatihah semasa penyerahan tersebut.
Katanya lagi, “pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) telah diperkenalkan di peringkat sekolah-sekolah di Malaysia sejak tahun 1989 lagi. Sejak itu, pindaan demi pindaan telah dilakukan dalam rangka memastikan sistem pendidikan di Malaysia adalah yang terbaik untuk diterapkan, namun hakikatnya ia ibarat tampal sulam ke atas sistem sekular yang sedia ada, yang hanya merupakan tindakan sesaat, tetapi bukanlah penyelesaian yang tepat.”
Sementara itu, Tuan Haji Ismail, setelah melihat sepintas lalu menyifatkan cadangan silibus ini bagus untuk penambahbaikan dan berjanji akan menyemak serta memanjangkan kepada Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Hizbut Tahrir adalah sebuah parti politik Islam yang berjuang untuk mengembalikan kehidupan Islam secara kaffah dengan jalan menegakkan kembali Daulah Khilafah dan ia bergerak di lebih 40 buah negara di seluruh dunia.