Iran Akan Menang ke atas Amerika Melalui Khilafah di atas Jalan Kenabian, Bukannya dengan Mengitar Semula Sistem Republik!
Kenyataan Akhbar
Iran Akan Menang ke atas Amerika Melalui Khilafah di atas Jalan Kenabian, Bukannya dengan Mengitar Semula Sistem Republik!
(Terjemahan)
Majlis kepimpinan sementara Iran telah melantik Mojtaba Khamenei, anak kepada Pemimpin Tertinggi Ali Khamenei, sebagai Pemimpin Tertinggi yang baharu melalui undian majoriti ahli Majlis Pakar (مجلس الخبراء / Assembly of Experts). Ini berlaku selepas pembunuhan bapanya pada 28 Februari. Pengawal Revolusi (The Revolutionary Guard) dan angkatan tentera telah mengisytiharkan kesetiaan mereka kepada pemimpin baru itu, manakala Presiden Amerika, Trump, menolak pemilihannya dan mengancam untuk campur tangan. Trump berkata, pada hari Khamis 6 Mac, bahawa dia mahu mengambil bahagian secara peribadi dalam memilih Pemimpin Tertinggi Iran yang berikutnya, menganggap kemungkinan pemilihan Mojtaba Khamenei untuk menggantikan bapanya sebagai satu hasil yang tidak boleh diterima.
Sesungguhnya kedegilan Iran untuk mengekalkan sistem Republik dan mengekalkan pemerintahan Mullah tidak akan mengeluarkan Iran daripada krisisnya, dan tidak akan membolehkannya menang ke atas ketua kekufuran, Amerika. Sebaliknya, sekiranya Iran melaksanakan sistem Khilafah, nescaya ia akan mampu mencapai kemenangan ke atas Amerika, atas beberapa sebab, antaranya:
- Sistem Khilafah adalah satu-satunya sistem pemerintahan dalam Islam. Melaluinya, hukum-hakam diterapkan menurut apa yang telah diturunkan oleh Allah. Ia adalah kewajipan yang memelihara kewajipan-kewajipan lain (al-fardhu al-haafidz li al-furuudh), dan sebuah sistem Islam yang akan dimenangkan oleh Allah (swt) ke atas musuh-musuh-Nya. Telah diriwayatkan daripada Abu Hazim yang berkata:
قاعدتُ أبا هريرة خمس سنين، فسمعته يُحدّث عن النبي ﷺ قال: «كَانَتْ بَنُو إِسْرَائِيلَ تَسُوسُهُمْ الْأَنْبِيَاءُ كُلَّمَا هَلَكَ نَبِيٌّ خَلَفَهُ نَبِيٌّ، وَإِنَّهُ لَا نَبِيَّ بَعْدِي، وَسَتَكُونُ خُلَفَاءُ تَكْثُرُ». قَالُوا فَمَا تَأْمُرُنَا قَالَ: «فُوا بِبَيْعَةِ الْأَوَّلِ فَالْأَوَّلِ، وَأَعْطُوهُمْ حَقَّهُمْ، فَإِنَّ اللَّهَ سَائِلُهُمْ عَمَّا اسْتَرْعَاهُمْ»
“Aku duduk bersama Abu Hurairah selama lima tahun, lalu aku mendengarnya menceritakan daripada Nabi (saw) yang bersabda: “Adalah Bani Israel itu urusan mereka dipimpin oleh para Nabi; setiap kali wafatnya seorang Nabi, maka digantikan (oleh Allah) dengan Nabi yang lain. Sesungguhnya tidak ada Nabi sesudahku, tetapi akan ada para Khalifah yang ramai jumlahnya.” Mereka bertanya: “Apakah yang engkau perintahkan kepada kami?” Baginda menjawab: “Penuhilah baiah kepada yang pertama, kemudian yang pertama (berikutnya), dan berikanlah hak mereka, kerana sesungguhnya Allah akan menyoal mereka tentang apa yang diamanahkan untuk mereka menjaganya” [HR Muslim].
- Sistem Republik bukanlah sistem Islam, sekalipun diterajui oleh seorang alim, faqih, atau penghafaz Al-Quran, dan sekalipun ia dinamakan “Islam”. Sesungguhnya ukuran bagi sesuatu sistem itu terletak pada hukum-hakam, undang-undang dan perlembagaannya. Jika ia bersumberkan Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya (saw), maka ia adalah sistem Islam; jika tidak, maka ia langsung bukan sebahagian daripada perintah Allah. Sistem Republik adalah salah satu bentuk sistem pemerintahan sekular yang memisahkan agama daripada negara, dan bersandar kepada prinsip “pemerintahan dari rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat”, dengan pengasingan kuasa eksekutif (Presiden atau Kabinet), Legislatif (Parlimen) dan Kehakiman, di mana perlembagaan menentukan bidang kuasa setiap organ dan tempoh jawatannya.
- Sesungguhnya telah pun berlaku naiknya golongan penghafaz Al-Quran, yang berjanggut dan yang berserban ke jawatan-jawatan pemerintahan dalam sistem sekular di Iran, Mesir, Turki dan Pakistan, namun Islam tetap tidak sampai ke tampuk pemerintahan bersama mereka, dan firman Allah ini tetap tidak dilaksanakan:
﴿وَأَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ مُصَدِّقاً لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ الْكِتَابِ وَمُهَيْمِناً عَلَيْهِ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ﴾
“Dan Kami telah turunkan kepadamu Al-Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, iaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan” [Al-Ma’idah (5): 48].
Walaupun naiknya Erdogan, dan sebelum beliau, Necmettin Erbakan ke tampuk kuasa – di mana kedua-duanya adalah penghafaz Al-Quran, malah Erdogan sangat terkenal dengan bacaan Al-Qurannya – namun Turki tetap kekal sebagai sebuah Republik sekular Turanis, Kemalis, dan menjadi anggota utama dalam pakatan Salib antarabangsa “NATO”.
Naiknya Al-Julani, si pemilik janggut dan penghafaz Al-Quran, ke tampuk kuasa juga tidak mengubah sistem pemerintahan Republik di Syria; malah nama sistem tersebut tidak pun berubah daripada Republik kepada Islam sebagai contoh, dan dia tidak juga mengusung (dalam pemerintahannya) panji al-Uqab serta bendera Nabi (saw) yang pernah diusungnya sebelum sampai ke tampuk kekuasaan.
Demikian juga Morsi, penghafaz Al-Quran, yang naik ke kerusi pemerintahan di Mesir, namun tindakan awalnya adalah mengangkat sumpah yang berat (يميناً مغلظة) di hadapan jutaan manusia untuk memelihara sistem Republik sekular dan perlembagaan buatan manusia Mesir yang digubal pada tahun 1973, kemudian dia mula melaksanakan apa yang telah diangkat-sumpahnya; maka si penghafaz Al-Quran naik ke tampuk kuasa, tetapi Al-Quran tidak naik bersamanya.
Hal yang sama berlaku kepada Jeneral Asim Munir, komander tentera terkuat di negeri-negeri Islam, iaitu tentera nuklear Pakistan, yang digelar “Al-Hafiz” bermaksud penghafaz Al-Quran. Namun hafazannya terhadap Al-Quran tidak mendorongnya untuk mengamalkan satu pun daripada ayat-ayat jihad di dalamnya. Dia tidak menolong umat Islam mahupun agama Islam, sebaliknya dia telah mengecewakan golongan yang lemah yang meminta pertolongannya di Gaza, sebagaimana dia mengecewakan penduduk Kashmir yang dijajah oleh penganut Hindu sejak berdekad-dekad lamanya, serta dia melaksanakan arahan Amerika untuk memburu para Mujahidin dan membunuh para Mujahidin tersebut di mana sahaja mereka berada atau bersembunyi.
- Peperangan yang sedang berlangsung antara Iran, Amerika dan entiti Yahudi telah membuktikan bahawa barisan Amerika dan Yahudi adalah lebih lemah daripada apa yang disangka oleh ramai orang. Perang yang disangka oleh Amerika tidak akan melebihi operasi ketenteraan untuk menjatuhkan ketua rejim dan melantik pengganti sebagaimana yang dilakukannya di Venezuela, ternyata merupakan perang yang tidak kelihatan akan berakhir dalam masa terdekat, tidak juga mengikut apa yang dirancang atau diingini oleh Amerika.
Namun sebaliknya, aspirasi tertinggi rejim Iran tidak lebih daripada sekadar menghentikan peperangan dan kembali ke titik asal, iaitu ke arah rundingan baru serta melucutkan elemen kekuatan negara iaitu program nuklear dan senjata strategik. Amerika akan terus menghendapnya dan berusaha melemahkannya sehingga ia jatuh ke dalam perangkap ketundukan sepenuhnya, dan dengan itu Amerika akan mencapai di meja rundingan apa yang sentiasa gagal dicapainya di medan perang.
- Sesungguhnya menukar sistem Republik di Iran kepada sistem Khilafah adalah satu-satunya jalan keluar untuk kemenangan umat Islam, termasuklah kemenangan Iran ke atas Amerika. Ini kerana, Khilafah akan memerintah dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, meruntuhkan semua sempadan negeri-negeri kaum Muslimin dan mempersatukannya, serta menggerakkan jihad di jalan Allah melawan Amerika dan entiti Yahudi.
Dengan itu, umat Islam, melalui Khilafahnya akan menjadi kuasa yang disegani, yang mampu dengan mudah menenggelamkan armada Amerika di lautan dan memaksanya untuk tinggal terasing di seberang lautan, terutamanya setelah ia ditinggalkan oleh sekutu Eropahnya dalam pakatan Salib Barat. Ketika itu, Daulah Khilafah akan menjadi kuasa tunggal dalam posisi antarabangsa, dan mendominasi seluruh dunia dengan kebenaran. Tanpa mengambil pilihan ini, Iran tidak akan mampu keluar daripada peperangan ini sebagai pemenang. Allah (swt) berfirman:
﴿قَاتِلُوهُم يُعَذِّبْهُمُ اللَّهُ بِأَيْدِيكُمْ وَيُخْزِهِمْ وَيَنصُرْكُمْ عَلَيْهِمْ وَيَشْفِ صُدُورَ قَوْمٍ مُؤْمِنِينَ﴾
“Perangilah mereka, nescaya Allah akan menghancurkan mereka dengan (perantaraan) tangan-tangan kalian dan Allah akan menghinakan mereka dan menolong kalian terhadap mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman” [At-Taubah (9): 14].
Pejabat Media Pusat
Hizbut Tahrir