Misi Sumud tidak akan wujud jika misi jihad dijalankan

Di sebalik kehangatan kontroversi mengenai misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0, terdapat satu soalan penting dan mendasar yang perlu dipertanyakan iaitu, kenapakah boleh wujudnya misi kemanusiaan seperti ini in the first place?

Mungkin pelbagai jawapan valid boleh diberikan kepada persoalan tersebut, antaranya ialah kerana wujudnya insan-insan yang prihatin terhadap nasib warga Gaza yang terkepung tanpa makanan dan tanpa akses kepada dunia luar. Mereka benar-benar ikhlas ingin membantu atas dasar akidah dan ukhuwwah Islamiyyah. Lalu, mereka menyertai misi ini atas niat dan tujuan tersebut.

Mungkin bagi sesetengah Muslim yang lain, mereka melihat isu Gaza ini sebagai peluang untuk meraih nama, publisiti dan populariti, khususnya di zaman sosmed ini apabila ramai orang berlumba-lumba untuk membuat content, menjadi pempengaruh dan meraih manfaat dengannya. Dengan kata lain, mereka cuba mengambil kesempatan atas penderitaan orang lain untuk mendapat keuntungan duniawi. Mungkin mereka ada sifat prihatin atau ingin membantu, namun itu bukanlah menjadi pendorong utama untuk mereka menyertai misi, tetapi pendorong utama ialah manfaat duniawi yang dilihat dan diharapkan dapat diraih dengannya. Lalu, mereka menyertai misi ini atas niat dan tujuan tersebut.

Bagi pemerintah pula, yang nampaknya cuba “hijack” GSF 2.0 ini dengan melantik dirinya sendiri sebagai ketua, dan menggunakan segala jentera kerajaan untuk menjayakannya, sudah tentu ada tujuan tertentu yang ingin diraih. Mustahil tidak ada tujuan! Kenapa perlu sebuah kerajaan campur tangan dan mengetuai sebuah misi kemanusiaan yang sudah sedia maklum “diterajui” oleh badan-badan bukan kerajaan atau individu-individu yang prihatin? Apakah kerajaan, sebagai sebuah kerajaan, sudah ketandusan saluran untuk menghulurkan bantuan sehingga perlu “menumpang” ke-glamour-an sebuah misi kemanusiaan?

Sudah tentu tujuan kerajaan tidak lain ialah untuk mencantikkan atau memulihkan imejnya, apatah lagi di saat imejnya sedang tercalar teruk oleh kegagalannya mentadbir negara dan kezaliman yang dilakukannya ke atas rakyat.

Kerajaan juga nampaknya ingin menunjukkan bahawa “we have done something for Gaza”. Jika demikian, persoalan yang ingin kita lontarkan ialah, “have you done something right for Gaza?”.

Di sinilah sebenarnya terletak jawapan kepada persoalan penting dan mendasar yang dipertanyakan di awal, iaitu kenapakah boleh wujud misi kemanusiaan ke Gaza in the first place? Jawapannya tidak lain ialah kerana kerajaan gagal menjalankan kewajipannya ke atas Gaza!!!

Apakah kewajipan kerajaan ke atas Gaza? Kewajipannya tidak lain tidak bukan ialah jihad fi sabilillah! Sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai kekuatan ketenteraan – dan sudah tentu kita bukan hanya membincangkan mengenai kerajaan Malaysia di sini, tetapi setiap kerajaan yang mengaku Islam di seluruh dunia – kewajipan utama mereka ke atas Gaza ialah membebaskan Gaza, bahkan keseluruhan Tanah Palestin Yang Diberkati, daripada penjajahan Yahudi.

Kewajipan pemerintah Muslim ialah membantu menyelamatkan warga Gaza daripada pembantaian Yahudi, dan ini sudah semestinya melalui misi jihad fi sabilillah, bukannya misi kemanusiaan. Kewajipan pemerintah Muslim ialah mengambil balik setiap inci tanah Palestin daripada penjajah (Yahudi), dan ini sudah semestinya melalui misi jihad fi sabilillah, bukannya misi kemanusiaan. Kewajipan pemerintah Muslim ialah memerangi dan mengusir penjajah, serta memulangkan semula tanah Palestin kepada pemiliknya yang sah (umat Islam), dan ini sudah semestinya melalui misi jihad fi sabilillah, bukannya misi kemanusiaan.

Lebih daripada itu, kewajipan pemerintah Muslim ialah untuk turut menghapuskan kekuatan yang ada di belakang entiti Yahudi iaitu Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya (jika ia masih mempunyai sekutu), dan ini sudah semestinya melalui misi jihad fi sabilillah, bukannya misi kemanusiaan.

Misi kemanusiaan ialah untuk membantu mangsa (warga Palestin), manakala misi jihad fi sabilillah ialah untuk menghapuskan pemangsa (entiti Yahudi). Kewajipan pemerintah ialah untuk melaksanakan misi jihad fi sabilillah, bukannya misi kemanusiaan. Wujudnya mangsa ialah kerana wujudnya pemangsa. Kita tidak menafikan bahawa mangsa wajib dibantu. Namun perlu difahami bahawa formula tuntas untuk membantu mangsa ialah dengan menghapuskan pemangsa. Apabila pemangsa sudah dihapuskan, maka insya Allah tidak akan ada lagi mangsa, dan tidak ada apa-apa lagi yang perlu diselamatkan melalui misi kemanusiaan.

Sungguh, wujudnya misi kemanusiaan seperti GSF ini tidak lain ialah kerana kerajaan tidak menjalankan kewajipannya iaitu misi jihad fi sabilillah. Tanpa mengira apakah niat penganjur dan peserta misi GSF, sama ada baik atau buruk, kita perlu faham bahawa masalah Gaza, dan keseluruhan Tanah Palestin Yang Diberkati, tidak pernah selesai sejak berdekad lamanya, ialah kerana kegagalan dan pengkhianatan kerajaan dalam menjalankan misi jihad fi sabilillah.

Maka, sudah masanya untuk penganjur dan peserta Sumud memahami hal ini, dan tidak mengambil pendekatan untuk bersekongkol dengan pemerintah dalam memulihkan atau menaikkan imej pemerintah yang hakikatnya telah sekian lama mengkhianati Palestin, mengkhianati Allah dan Rasul-Nya, dan mengkhianati seluruh kaum Mukminin. Sesungguhnya mereka telah lama membiarkan Gaza terlantar dan dibantai tanpa mengirim sebarang misi jihad untuk menghapuskan si pembantai dan penjajah.

Sudah tiba masanya juga untuk umat Islam memahami bahawa kebanyakan penguasa Muslim yang ada pada hari ini ialah mereka yang bersetuju dengan two-state solution, yang dengan kata lain, mereka ialah golongan yang bersetuju dengan kewujudan entiti Yahudi di Tanah Palestin Yang Diberkati, yang memustahilkan mereka untuk membebaskan Palestin atau menghapuskan entiti Yahudi.

Satu-satunya harapan yang tinggal sekarang ialah dengan kembalinya Khilafah, sebuah pemerintahan Islam yang sedang diusahakan oleh Hizbut Tahrir di seluruh dunia, yang kemunculannya sudah semakin terasa dari hari ke hari, yang apabila berdiri sedikit masa lagi insya Allah, Khilafah akan melancarkan misi jihad fi sabilillah dengan segera, tanpa ragu dan tanpa tangguh, dan akan menjadikan Palestin sebagai tanah perkuburan terbesar Yahudi sebagai realisasi daripada janji Rasulullah (saw):

لَتُقَاتِلُنَّ الْيَهُودَ فَلَتَقْتُلُنَّهُمْ

“Kalian pasti akan pasti memerangi Yahudi dan kalian pasti akan membunuh (mengalahkan) mereka…” [HR Muslim].

Wallahu a’lam.