Wahai tentera kaum Muslimin! Saudara-saudara kalian di Gaza masih merayu meminta pertolongan, bilakah kalian akan bergerak?

Hujan lebat yang turun di Gaza telah menambah satu lagi lembaran penderitaan ke atas kehidupan penduduk Gaza yang telah lelah dek peperangan, kepungan dan pengusiran. Kem-kem pelarian telah bertukar menjadi kolam takungan air dan lumpur, dan puluhan ribu khemah telah ditenggelami air.
Anak-anak kebasahan dan kesejukan, namun terpaksa menyelimuti diri dengan selimut yang juga basah. Kaum ibu berusaha menyelamatkan sisa-sisa harta benda mereka yang masih tinggal. Manakala kaum bapa pula kelihatan sudah tidak bermaya dan hanya mampu melihat tempat berlindung sementara mereka itu ditenggelami air, setelah mereka kehilangan rumah kediaman dan sumber mata pencarian.
Pengeboman masih belum berhenti, kepungan pula sudah bertahun terjadi, dan kini terpaksa pula mengharungi banjir, penduduk Gaza sedang berhadapan dengan semua tragedi berganda ini tanpa bantuan daripada dunia, khususnya para penguasa kaum Muslimin. Bayangkan bertahun-tahun hidup tanpa tempat berlindung, tanpa jaminan hari esok, tanpa keselamatan untuk meredakan sedikit ketakutan, bahkan tanpa peluang pun untuk menarik nafas lega. Demikianlah nasib penduduk Gaza.
Berpuluh tahun sudah mereka menjerit dan merayu pertolongan kepada penguasa kaum Muslimin, kepada tentera kaum Muslimin, bahkan kepada sesiapa sahaja yang dapat menolong mereka, yang dapat menyelamatkan nyawa mereka dan dapat memberi mereka secebis roti dan segelas air. Mereka terus menjerit dan merayu walaupun dengan suara dan badan yang telah semakin lesu akibat kelaparan, ketakutan dan pengusiran.
Dalam keputusasaan, mereka tetap merayu dan terus merayu tanpa henti walaupun harapan mereka hanya kepada Allah. Kini, khemah-khemah mereka ditenggelami air, anak-anak kecil menggigil kesejukan, bapa-bapa sudah tidak punya apa-apa untuk melindungi anak-anak mereka, dan ibu-ibu pula hanya mampu melihat dan berdoa. Di bumi itu, terbentang sebuah tragedi keimanan dan kemanusiaan yang menuntut tindakan segera, namun penguasa dan tentera kaum Muslimin terus senyap.
Penduduk Gaza bukanlah meminta sesuatu yang mustahil. Mereka bukan meminta rumah mewah, pakaian yang mahal atau makanan yang lazat. Mereka juga juga meminta wang berjuta-juta. Mereka hanya merayu dan menuntut hak mereka untuk mendapatkan keselamatan, bumbung yang melindungi mereka daripada hujan, dan malam yang berlalu tanpa ketakutan atau pembunuhan.
Mereka menuntut agar umat Islam membela mereka, dan ini adalah hak mereka sebagai saudara Muslim. Mereka menuntut agar pasukan tentera kaum Muslimin datang menyelamatkan mereka dan melawan serta mengusir Yahudi yang telah menyebabkan malapetaka dahsyat ini. Malangnya jeritan dan seruan mereka tidak didengari, bahkan hak mereka diingkari oleh saudara sendiri.
Bukannya para penguasa Muslim tidak tahu, bukannya tentera Muslim tidak mengerti bahawa mereka wajib bergerak serta-merta bagi membela saudara-saudara mereka di Gaza. Bukannya mereka jahil akan kejahatan dan kebiadaban Yahudi la’natullah. Bukannya mereka tidak nampak bahawa penduduk Gaza tidak punya rumah untuk berteduh, tidak punya tanah untuk didiami, tidak punya senjata untuk membela diri, bahkan tidak punya makanan yang mencukupi untuk menyambung hidup. Bukannya para penguasa dan tentera Muslim tidak tahu semua itu. Malangnya mereka tetap tidak bergerak walau pun selangkah. Bahkan perkataan “simpati” pun tidak kedengaran dari mulut-mulut mereka.
Bukanlah para penguasa dan tentera ini tidak membaca Al-Quran dan Al-Hadis, sehingga tidak mengetahui akan kewajipan membantu saudara-saudara mereka yang meminta tolong kerana agama dan kewajipan jihad untuk memerangi musuh. Bukan juga para penguasa dan tentera ini tidak mengetahui akan kewajipan untuk membebaskan Masjidil Aqsa dan keseluruhan Tanah Palestin Yang Diberkati daripada cengkaman Yahudi la’natullah. Mereka tahu semua itu, namun mereka tetap juga tidak bergerak.
Padahal jika mereka tidak bergerak, Allah telah mengancam mereka dengan azab-Nya; padahal jika mereka melancarkan jihad memerangi Yahudi dan menyelamatkan penduduk Gaza serta membebaskan keseluruhan Tanah Palestin Yang Diberkati, Allah akan mengganjari mereka dengan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi; padahal jika mereka menolong penduduk Gaza, Allah (swt) akan menolong mereka di dunia dan akhirat sebagaimana sabda kekasih-Nya (saw):
»مَنْ خَذَلَ مُسْلِماً فِي مَوْضِعٍ تُنْتَهَكُ فِيهِ حُرْمَتُهُ، وَيُنْتَقَصُ فِيهِ مِنْ عِرْضِهِ، خَذَلَهُ اللَّهُ فِي مَوْطِنٍ يُحِبُّ فِيهِ نُصْرَتَهُ، وَمَا مِنِ امْرِئٍ يَنْصُرُ مُسْلِماً فِي مَوْضِعٍ يُنْتَقَصُ فِيهِ مِنْ عِرْضِهِ، وَيُنْتَهَكُ فِيهِ مِنْ حُرْمَتِهِ، إِلَّا نَصَرَهُ اللَّهُ فِي مَوْطِنٍ يُحِبُّ نُصْرَتَهُ«
“Sesiapa yang membiarkan (tidak menolong) seorang Muslim di suatu tempat yang dicabuli kehormatannya dan direndahkan maruahnya, maka Allah akan membiarkannya (tidak menolongnya) di suatu tempat yang dia amat mengharapkan pertolongan-Nya. Dan tiada seorang pun yang menolong seorang Muslim di suatu tempat yang direndahkan maruahnya dan dicabuli kehormatannya, melainkan Allah akan menolongnya di suatu tempat yang dia amat mengharapkan pertolongan-Nya” [HR Abu Daud dan Ahmad].
Sesungguhnya pengkhianatan para penguasa kaum Muslimin terhadap Gaza sudah disaksikan oleh seluruh penduduk bumi dan penduduk langit. Hanya kematian sahaja yang memisahkan mereka dari azab Allah, dan sungguh maut itu akan menjemput mereka pada bila-bila masa sahaja apabila Allah menghendaki. Namun, mereka tetap tidak peduli dengan semua itu.
Persoalan sekarang berada di tangan tentera kaum Muslimin, sama ada untuk terus mentaati para penguasa tersebut yang turut mengundang murka Allah terhadap mereka, atau berlepas diri daripada para pengkhianat itu, dan seterusnya bergerak ke Gaza, bumi di mana mereka akan meraih kemuliaan, kemenangan dan kesyahidan.
Sungguh, umat ini memerlukan seorang Khalifah yang telah dinyatakan oleh lisan mulia Muhammad (saw) sebagai perisai, di mana umat Islam berlindung dan berperang di belakangnya, dan sungguh Khalifah ini tidak akan muncul tiba-tiba, tetapi wajib bagi setiap Muslim mengusahakan kewujudannya.
Wallahu a’lam.