‘Syuhada Hijab’ – Pergimu Tanpa Pembelaan Para Syahid

Perhimpunan umum bagi memperingati ‘syuhada hijab’ bakal berlangsung di Kaherah

Perhimpunan bagi bantahan berterusan dijangkakan akan diadakan di Kaherah lanjutan dari kes seorang wanita Mesir yang dibunuh di dalam sebuah bilik sidang mahkamah di Jerman minggu lepas. Wanita itu di beri gelaran sebagai ‘Syuhada Hijab

Laporan mengatakan, Canselor Jerman, Angela Markel akan mengucapkan takziah di atas kematian Marwa Sherbini kepada pemimpin-pemimpin Mesir, pada Persidangan Kemuncak G-8 di Itali akan datang.

Marwa Sherbini telah ditikam sebanyak 18 kali di hadapan suami dan anaknya di dalam mahkamah itu oleh seorang lelaki yang disabitkan kesalahan jenayah membenci kaum.

Salah seorang wartawan BBC berkata, kemarahan semakin memuncak dan tapak-tapak perjumpaan sosial telah di gunakan untuk menganjurkan demonstrasi tunjuk perasaan.

Beribu-ribu hadirin yang amat marah dan meratapi kekejaman itu telah hadir ke upacara pengebumian Marwa Sherbini di Alexandria, pada Isnin lalu. Terdapat banyak lagi perhimpunan bantahan yang di lakukan selepas Solat Jumaat di ibukota Mesir.

Ibu hamil yang berusia 32 tahun dan mempunyai seorang anak kecil itu telah dibunuh dengan kejamnya di dalam mahkamah Jerman oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Alex W, seorang immigran Russia berketurunan Jerman. 

Lelaki itu sebelumnya telah didenda kerana memanggil Marwa sebagai “terroris” kerana menutup auratnya dengan pakaian Muslimah (Hijab) ataupun tudung kepala, dan beliau hadir ke mahkamah itu untuk membuat rayuan ke atas tuduhan terhadapnya.

Suami Marwa dilaporkan telah di tembak oleh seorang polis di mahkamah itu ketika beliau cuba menyelamatkan isterinya dari di tikam bertubi-tubi oleh penjenayah itu. Keadaan beliau di laporkan kritikal dan tenat di sebuah hospital.

Kebanyakkan dari para peserta demonstrasi menganggap kes ini sebagai satu contoh ekstrem Islamophobia bangsa Eropah, terutamanya kerana jenayah ini tidak diendahkan dari awal lagi oleh orang-orang Jerman dengan reaksi ‘membisu’ mereka.

Pada hari Selasa lalu, seorang jurucakap kerajaan Jerman, Thomas Steg telah mempertahankan reaksi itu dengan menyatakan bahawa kerajaan Jerman tidak “berdiam diri” dan reaksi spontan yang sepatutnya tidak dapat dilaksanakan kerana maklumat awal kes itu kurang jelas dan tidak mencukupi untuk mereka bertindak.
 “Ini adalah satu perbuatan keji, yang telah memberikan kami satu kesan yang mendalam dan amat memeranjatkan” tambah beliau.
Beliau mengatakan bahawa Canselor Merkel akan membincangkan mengenai insiden itu dengan Presiden Mesir, Hosni Mubarak pada Persidangan Kemuncak G-8 di Itali nanti.

Sumber: BBC News


Ulasan

Apakah perasaan kita apabila membaca kisah sebegini? SEDIH? MARAH? GERAM?  Kisah tragis dan kelakuan biadap sebegini yang dilakukan ke atas Muslimah bukanlah satu perkara baru yang dihidangkan di hadapan mata kita. Penyelesaian yang diambil oleh umat Islam dengan hanya memilih ‘jalan aman’ ini juga bukanlah satu penyelesaian yang asing bagi kita setiap kali saudara-saudara Muslimah kita diperlakukan dengan kejam sebegini. Malangnya, umat Islam tidak pernah sedar, walhal ‘jalan aman’ inilah yang menyebabkan golongan kuffar ini terus-terusan berani menghina wanita Islam.

Lupakah kita akan peringatan Allah Subhanahu wa Taala kepada kita tentang kedudukan golongan kafir yang akan membenci kita sehingga ke hari kiamat sebagaimana firmanNya “..telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu(mahu) memahaminya.” [TMQ Ali Imran(30:118]

Lupakah kita di zaman Khilafah Abbasiyyah di mana salah seorang Khalifahnya yang bernama Muktasim telah mengerah tentera Islam agar menyerang golongan kafir yang mengkhianati seorang perempuan Muslimah. Jeritan Ya Muktasimah! Ya Muktasimah! Ya Muktasimah! yang keluar daripada mulut seorang perempuan itu disahut oleh Khalifah Muktasim dengan penghantaran tentera untuk menghapuskan kekuatan kufur yang menghina umat Islam.

Adakah kita merasakan, belum tiba saatnya kita pada hari ini memerlukan seorang pemimpin (Khalifah) seperti Khalifah Muktasim yang berani mempertahankan Islam dan kaum Muslimah serta agama Allah ini dari dihina oleh musuh-musuh Islam??

Justeru, marilah kita melihat setiap isu yang berlaku terhadap Muslimah ini dengan pemikiran dan perasaan yang Islami dan bukannya hanya dengan perasaan semata-mata. Rasa marah dan sedih yang ada hendaklah disalurkan mengikut hukum syarak, bukan mengikut emosi semata-mata. Apakah hukum syarak terhadap orang yang menghina Islam, inilah yang perlu diambil oleh umat Islam. Jihad yang sewajibnya dilancarkan oleh negara adalah satu-satunya jalan untuk membela kekejaman dan penghinaan yang dilakukan keatas Marwa Sherbini ini.  Inilah perintah dari Allah Subhanahu wa Taala:

Wahai Nabi, berjihadlah menentang orang-orang kafir dan orang-orang munafik, dan bertindak keras terhadap mereka dan (sebenarnya) tempat mereka ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. Mereka bersumpah dengan nama Allah, bahawa mereka tidak mengatakan (sesuatu yang buruk terhadapmu), padahal sesungguhnya mereka telah mengatakan perkataan kufur, dan mereka pula menjadi kafir sesudah melahirkan Islam, serta mereka berazam untuk melakukan apa yang mereka tidak akan dapat mencapainya (iaitu membunuhmu), dan tidaklah mereka mencaci dan mencela (Islam) melainkan setelah Allah dan RasulNya memberi kesenangan kepada mereka dari limpah kurniaNya. Oleh itu, jika mereka bertaubat, mereka akan beroleh kebaikan; dan jika mereka berpaling (ingkar), Allah akan menyeksa mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan mereka tidak akan mendapat sesiapa pun di bumi ini, yang akan menjadi pelindung dan juga yang menjadi penolong” [TMQ at-Taubah (9):73-74].
Wallahu ‘alam bishawab