Ejen-ejen Imperialis menggunakan peristiwa yang terpencil sebagai alasan untuk menyerang Hudud dan Syariah.
Beliau juga menekankan bahawa mengkritik Islam dengan menonjolkan beberapa peristiwa terasing yang terjadi adalah dari motif yang jahat. Beliau juga menyatakan bahawa Islam tidak pernah memberi kekuasaan kepada mana-mana individu untuk berbuat sewenang-wenangnya dan menghukum yang lain dibawah nama Fatwa. Sebenarnya, ketua Negara Islam, Khalifah, mempunyai tanggungjawab untuk melaksanakan hukuman atau Hudud Allah. Khalifah melaksanakan Islam keseluruhannya yang merangkumi sistem pemerintahan, ekonomi, pendidikan dan kehakiman Islam. Apabila Islam dilaksanakan secara keseluruhan dan komprehensif, sistem kehakiman dan kanun jenayah Islam akan melahirkan masyarakat yang adil dan bebas dari jenayah. Akhir kata, Fahmida Farhana Khanam menyeru umat Islam untuk berusaha bersungguh-sungguh kearah penubuhan semula Negara Khilafah bagi menerapkan Islam keseluruhannya dan memastikan satu masyarakat yang bebas dari penindasan.
Fahmida Farhana Khanam