Perjuangan Sejuta Tandatangan di Kota Sarang Semut, Kedah
Perjuangan Sejuta Tandatangan membantah kenaikan harga minyak turut diadakan di utara Semenanjung di Kota Sarang Semut, Kedah pada 12 Julai 2008 sekitar 9.00 malam hingga 12.00 tengam malam. Aktiviti ini diadakan di sekitar tapak ceramah “100 Hari Kedah dibawah Pemerintahan BA”. Rata- rata pengunjung tanpa kira agama dan kaum telah menurunkan tandatangan sebagai tanda sokongan atas perjuangan yang diusahakan oleh para syabab Hizbut Tahrir di sini. Semoga dengan penjelasan sedikit sebanyak oleh para pendakwah Hizbut Tahrir Malaysia, dapat menyedarkan penduduk setempat, akan pentingnya pengurusan harta milik awam dilaksanakan menurut peraturan yang telah Allah perintahkan.