Seminar Fikih Daulah Siri 1
Pihak Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) mengucapkan terima kasih kepada semua Muslimin dan Muslimat yang hadir dan menjayakan Seminar Fikih Daulah (Siri 1) yang telah diadakan di Dewan Puri Pujangga UKM, Bangi, Selangor pada 25 November 2007 (Ahad). Kehadiran lebih kurang 300 orang peserta yang telah memenuhi tingkat atas dewan menyebabkan satu lagi dewan di bahagian bawah dibuka untuk keselesaan peserta, dengan pihak HTM menyediakan satu skrin besar untuk tontonan. Gambar-gambar di sekitar seminar boleh dilihat di bawah ini. Siri ke-2 seminar akan diadakan tidak lama lagi, Insya Allah.