Perjuangan Sejuta Tandatangan di Masjid Ar-Rahman, Kuala Lumpur
Bertempat di Masjid Al-Rahman pada hari Jumaat 25 Julai lepas, Hizbut Tahrir Malaysia sekali lagi membuka kaunter tandatangan dan melaungkan seruan kepada para jemaah berhubung isu kenaikan harga minyak. Seruan dikumandangkan oleh Ust. Umar yang menyuarakan bantahan dari HTM terhadap kezaliman kerajaan menaikkan harga bahan bakar tersebut.