RM77 billion duit rakyat bakal dikaut oleh pemerintah!
Demikianlah banyaknya duit rakyat yang bakal dikaut oleh pemerintah! Cukai adalah salah satu sumber utama pendapatan negara Kapitalis. Tanpa pernah memikirkan sedikit pun bagaimana Islam menjana pendapatan negara, pemerintah yang rata-rata mengamalkan sistem ekonomi Kapitalis tetap rakus menghisap darah rakyat melalui cukai. Walhal Rasulullah SAW telah bersabda,
“Sesungguhnya tidak akan masuk syurga orang yang memungut cukai (mukus)” [HR Ahmad, Abu Daud & Hakim].
Dan dalam riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda,
“Sesungguhnya pemungut cukai itu berada dalam neraka” [HR Ahmad].
Hadis ini menunjukkan bahawa cukai bukan sahaja haram untuk dijadikan pendapatan negara, malah sesiapa sahaja (termasuk individu) yang memungut cukai, maka tempatnya adalah di neraka. Namun, kerajaan Kapitalis yang tidak pernah takutkan azab Allah langsung tidak mempedulikan hadis ini.
Kerajaan Kapitalis yang ada tidak pernah ingin mengkaji bahawa sumber pendapatan Negara Islam itu telah pun ditetapkan oleh Allah dan RasulNya, antaranya Ghanimah, Fai’, Kharaj, ‘Usyur, Khumus, Rikaz, Jizyah dan lain-lain. Sumber-sumber ini sumber yang diredhai oleh Alah dan langsung tidak menzalimi rakyat sebagaimana dalam sistem kufur Kapitalis yang bukan sahaja merampas harta rakyat, malah akan membawa pemerintah ke Neraka (berdasarkan hadis di atas). Itulah ‘hadiah’ dari Isebuah deologi Kapitalis, yang bukan sahaja akan membinasakan negara, malah diri pemimpin itu sendiri. Nah bukankah masanya untuk kita membuang segala hukum kufur ini dan menggantikannya dengan sistem Islam?