Tiga Tahun Taufan Al-Aqsa: Gaza Terus Dikhianati, Hanya Khilafah Satu-Satunya Solusi

Oktober tahun ini (2026) menandakan genapnya tiga tahun operasi Taufan Al-Aqsa, sebuah operasi yang telah membongkar kerapuhan entiti haram Yahudi dan meruntuhkan mitos kekuatan Yahudi. Selama tiga tahun dunia menyaksikan kekejaman tanpa batas sebuah bangsa yang dilaknat Allah (swt), yang mendakwa dirinya sebagai bangsa terbaik pilihan Tuhan.

Selama tiga tahun ini juga, warga Gaza berdiri teguh di atas timbunan runtuhan, mempersembahkan keimanan, ketakwaan, ketabahan dan kesabaran yang luar biasa kepada Allah (swt). Selama tiga tahun, darah para syuhada terus-menerus mengalir di bumi Palestin, dan bumi Anbiya’ itu menjadi kubur terbesar para Syuhada’ yang akan bangkit sebagai saksi yang adil di hadapan Allah (swt) kelak.

Namun, di sebalik keberanian luar biasa mujahidin dan rakyat Palestin, realiti paling pahit yang terpaksa ditelan oleh seluruh umat Islam bukanlah kekejaman luar biasa si Yahudi laknatullah, tetapi pengkhianatan berterusan oleh para penguasa mereka sendiri.

Tiga tahun Gaza dibantai tanpa sedikit pun peri kemanusiaan, dibom tanpa henti siang dan malam, dan penduduknya diusir dari tanah air mereka sendiri, namun apa yang dilakukan oleh lebih daripada 50 orang penguasa Muslim dari negara-negara Arab dan dunia Islam hanyalah berdiam diri. Mereka sekadar menjadi pemerhati dan jurukira jumlah korban, dan lebih buruk, sebahagian mereka menjadi rakan subahat kepada ‘Israel’ dalam jenayah genosid terkejam dalam sejarah kemanusiaan ini.

Selama tiga tahun, bahkan sebenarnya sudah lebih 70 tahun, jika ada antara para penguasa ini yang bersuara, ia tidak lebih daripada kecaman kosong dan retorik murahan untuk menutup mulut rakyat mereka daripada mengkritik mereka. Kadang-kadang suara mereka kelihatan keras dan ucapan mereka berapi-api, kerana masing-masing sedang berlumba-lumba untuk memenangi anugerah hero terbaik di pentas lakonan dunia.

Selama tiga tahun, bahkan sebenarnya sudah lebih 70 tahun, kita menyaksikan sidang kemuncak demi sidang kemuncak, baik oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), atau Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) atau Liga Arab dan lain-lain mesyuarat tergempar yang mereka adakan melalui pelbagai platform, semuanya kosong dari tindakan. Bahkan, itulah pun sebenarnya tujuan mereka, iaitu mengeluarkan resolusi tanpa aksi.

Puncak Pengkhianatan

Selama tiga tahun, bahkan sebenarnya sudah lebih 70 tahun, para penguasa Ruwaibidhah terus memenjarakan tentera-tentera yang mereka miliki di dalam berek-berek, mengunci jet-jet tempur dan merantai senjata-senjata canggih yang mereka beli dengan wang umat, dan menghalang bala tentera umat daripada menunaikan kewajipan syarie dan suci mereka iaitu Jihad Fi Sabilillah.

Bayangkan kematian dan kehancuran yang telah menimpa Gaza, namun sehingga kini tidak ada satu peluru pun yang dihantar oleh para penguasa ini ke entiti Yahudi, kecuali peluru daripada Iran yang dihantar dengan penuh ‘mesra’, itu pun sebagai tindak balas sesaat dan lemah setelah negaranya diserang berkali-kali dan para pemimpinnya dibunuh satu per satu oleh entiti Yahudi.

Sesungguhnya tidak ada pengkhianatan yang lebih besar daripada pengkhianatan yang dilakukan para penguasa Ruwaibidhah sekarang terhadap Palestin. Mereka membiarkan Tanah Isra’ dan Mi’raj itu terus dikuasai oleh Yahudi, bahkan membiarkan saudara-saudara mereka dibunuh sesuka hati oleh kaum yang terlaknat itu, tanpa pembelaan daripada mereka sedikit pun, kecuali kecaman-kecaman kosong yang dibisikkan syaitan kepada mereka.

Para penguasa Arab mempertahankan sempadan palsu Sykes-Picot ciptaan kafir penjajah, manakala para penguasa Muslim lainnya melakukan hal yang sama dengan mempertahankan sempadan negara masing-masing yang dilakar penjajah, melebihi daripada mereka mempertahankan nyawa mereka sendiri. Mereka sanggup mengorbankan nyawa saudara-saudara mereka asalkan sempadan negara mereka selamat. Pengkhianatan apakah lagi yang lebih besar daripada ini?

Manakala tentera kaum Muslimin pula, yang mempunyai kekuatan untuk berlepas diri daripada penguasa mereka, terus memilih untuk mentaati para penguasa Ruwaibidhah ini, padahal itulah yang menjadi punca kepada kehinaan mereka di dunia dan azab di akhirat, kerana meninggalkan Jihad Fi Sabilillah, lebih-lebih lagi di saat umat Islam sangat memerlukan mereka.

Dalam masa yang sama, umat Islam terus ditipu dengan apa yang dinamakan sebagai ‘penyelesaian antarabangsa’. Sebahagian umat Islam, bahkan gerakan Islam sendiri, masih bergantung kepada PBB, Majlis Keselamatan, atau Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) padahal semua itu merupakan ilusi penyelesaian yang membutakan, yang telah terbukti tidak pernah menyelesaikan masalah Palestin.

Institusi-institusi itu pada hakikatnya adalah alat hegemoni Amerika Syarikat dan sekutu Baratnya – kuasa yang sama yang membekalkan senjata, dana dan perlindungan veto untuk membolehkan entiti Yahudi terus membantai umat Islam di Gaza. Umat Islam seharusnya sedar bahawa mengharapkan keadilan atau penyelesaian dari Barat, institusi dan undang-undang antarabangsa ciptaan mereka umpama menyerahkan nasib kawanan biri-biri kepada serigala yang sedang kelaparan.

Penyelesaian Tunggal Yang Tinggal

Sudah lama kita menyaksikan sejak bermulanya masalah Palestin lebih 70 tahun yang lalu, pelbagai bantuan kemanusiaan telah dihantar, pelbagai persidangan telah diadakan, pelbagai resolusi telah diluluskan, pelbagai kenyataan dan kecaman telah dikeluarkan, banyak demonstrasi dilakukan di seluruh dunia, banyak solat hajat dan doa telah dipanjatkan, pelbagai kempen dan boikot telah digerakkan, dan berbilion  dana telah dikumpulkan, namun ternyata masalah Palestin tidak juga selesai. Kenapa?

Jawapannya ialah kerana kesemua penyelesaian tersebut hanya bertumpu kepada mangsa, sedangkan pemangsa terus dibiarkan. Satu-satunya penyelesaian yang belum diambil ialah menghapuskan pemangsa iaitu Yahudi laknatullah, dan satu-satunya cara ialah dengan Jihad Fi Sabilillah. Malangnya, penyelesaian ini tidak pernah diambil dan tidak ada tanda-tanda yang ia akan diambil oleh para penguasa yang khianat pada hari ini.

Atas dasar itu, satu-satunya harapan dan penyelesaian yang tinggal ialah dengan tegaknya Khilafah. Inilah yang sedang diusahakan oleh Hizbut Tahrir di seluruh dunia – berjuang untuk mengembalikan semula Daulah al-Khilafah ar-Rasyidah ala Minhaj Nubuwwah, sebuah institusi politik agung umat Islam yang akan mempersatukan kesemua negeri umat Islam, meruntuhkan sempadan-sempadan palsu nasionalisme, dan akan memobilisasi tentera-tentera umat Islam dari Mesir, Jordan, Turki, Pakistan, Indonesia, Malaysia dan lain-lain, di bawah satu bendera – bendera “La Ilaha Illallah Muhammad Rasulullah”, yang akan mengajar kebiadaban Yahudi sekali gus akan membebaskan Tanah Palestin Yang Diberkati dan mengembalikannya semula ke tangan umat Islam selaku pemiliknya yang sah. Rasulullah (saw) bersabda:

إِنَّمَا الْإِمَامُ جُنَّةٌ يُقَاتَلُ مِنْ وَرَائِهِ وَيُتَّقَى بِهِ

“Sesungguhnya al-Imam (Khalifah) itu adalah perisai, di mana (orang-orang) akan berperang di belakangnya dan berlindung (dari musuh) dengan (kekuasaan)nya” [HR Muslim].

Hari ini umat Islam sedang dibantai di Gaza, bahkan di seluruh dunia, kerana perisai ini telah hilang seiring runtuhnya Khilafah di Istanbul pada tahun 1924. Tanpa perisai, darah umat Islam begitu mudah ditumpahkan. Tanpa perisai, umat Islam hidup tanpa pembela. Tanpa perisai, umat Islam ibarat anak ayam kehilangan ibu. Tanpa perisai, sudah terbukti bahawa sangat mudah untuk musuh menyerang umat Islam dari pelbagai penjuru dengan pelbagai cara.

Sesungguhnya Yahudi merupakan sebuah bangsa yang tidak mengenal bahasa apa pun di dunia ini kecuali bahasa perang. Inilah satu-satunya bahasa yang hanya difahami oleh kaum penjajah dan perampas tanah orang lain. Malangnya bahasa ini tidak pernah diajar oleh penguasa khianat kepada Yahudi. Namun Insya Allah, bahasa inilah yang akan diajar oleh Khilafah kepada Yahudi apabila ia berdiri sedikit masa lagi.

Kita sedia maklum bahawa untuk menegakkan kembali Khilafah, ia bukanlah mudah dan memerlukan usaha dari setiap Muslim di seluruh dunia. Atas dasar itulah Hizbut Tahrir sentiasa menyeru umat Islam, tanpa jemu, tanpa penat dan tanpa putus asa untuk bergabung dengan barisannya bagi merealisasikan kewajipan ini, dan sekali gus merealisasikan mimpi ngeri Yahudi dan sekutunya.

Hizbut Tahrir juga sentiasa menyeru Ahlul Quwwah wal Man’ah (golongan yang memiliki kekuatan dan perlindungan) untuk memberikan Nusrah (pertolongan) bagi menegakkan kembali Khilafah, yang dengannya sahajalah, Gaza, Masjidil Aqsa bahkan keseluruhan Tanah Palestin Yang Diberkati akan dapat dibebaskan. Dengan izin Allah, Nusrah akan segera datang tidak lama lagi.

Kesimpulan

Sesungguhnya berdirinya kembali Daulah al-Khilafah ar-Rasyidah ala Minhaj Nubuwwah untuk kali yang kedua sudah pun dijanjikan oleh Allah (swt) melalui lisan Rasul-Nya (saw), dan janji ini akan pasti berlaku dengan izin-Nya. Pada waktu itu, musuh-musuh Allah daripada kalangan kaum Yahudi akan benar-benar dilanda Taufan yang akan melenyapkan mereka daripada muka bumi ini sehingga bumi akan kembali aman daripada kaum perosak tersebut, kembali adil dengan penerapan hukum Allah (swt) secara kaffah dan kembali bercahaya dengan Nur dan Rahmat-Nya yang datang mencurah-curah tanpa henti insya Allah.

Wallahu a’lam.