Adakah Dunia Sudah Terbalik??

Lelaki pun kena gangguan seksual
Oleh MAZLINA ABDUL MAJID

SERDANG – Lazimnya golongan wanita sering dikaitkan sebagai mangsa gangguan seksual kaum lelaki di tempat kerja.

Bagaimanapun, satu kajian membuktikan sebaliknya apabila kini golongan lelaki juga tidak terlepas daripada menjadi sasaran kepada tingkah laku bersifat seksual yang dilakukan oleh kaum hawa.

Menurut Ketua Laboratari Perubahan Sosial, Ekonomi dan Keamanan, Institut Pengajian Sains Sosial Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Jamilah Othman (gambar), meskipun fenomena itu agak janggal tetapi ia kerap terjadi di tempat-tempat kerja sejak kebelakangan ini.

Kajian kualitatif yang bertajuk Penyelesaian Konflik Gangguan Seksual di Agensi-Agensi Kerajaan di Semenanjung Malaysia yang menemu bual sekumpulan responden pihak atasan mendedahkan fenomena itu memang berlaku.

Saya telah menemu bual lelaki yang bertaraf bos dan mereka sendiri memaklumkan sindrom berkenaan. Kebanyakan pekerja bawahan wanita didapati suka mengganggu mereka,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Jamilah memberitahu, perlakuan itu berlaku ekoran sikap wanita kini yang lebih terbuka, berani dan tujuan mereka sememangnya bermotif jahat.

Wanita-wanita dalam kumpulan ini sanggup berbuat begitu kerana rakus untuk segera dinaikkan pangkat tanpa perlu bekerja keras,” ujarnya.

Sumber:  Kosmo Online 19/12/2010


Adakah Dunia Sudah Terbalik??
Pendedahan yang di luar kebiasaan.  Namun tidaklah menghairankan kerana ianya berlaku dalam sebuah sistem kehidupan yang serba bebas.  Lelaki bebas mengurat dan menganggu wanita, begitulah sebaliknya wanita juga dilihat tidak mahu ketinggalan.  Inilah gaya hidup masakini yang memakai baju kapitalisma dengan corak liberalismanya.  Dengan erti kata lain gaya hidup liberalisma atau kebebasan ini mengiktiraf seseorang untuk berfikir, berpendapat, bertingkahlaku termasuk dalam hal berpakaian dan bergaul bebas setiap masa dan di mana jua.

Ini ternyata berbeza dengan sistem hidup yang ditunjangi aqidah Islam. Islam dari awal lagi telah menyediakan satu pakej lengkap untuk digunapakai oleh manusia sebagai panduan dalam mengharungi kehidupan termasuklah dalam aspek pengaturan hubungan lelaki dan wanita.  Sebagai hamba Allah, setiap dari kita wajib mengambil pakej lengkap ini yang berupa peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dalam syariahNya baik dalam kehidupan peribadi mahupun di  tengah masyarakat.  Maka dengan itu, seorang Muslim harus menjaga pergaulan dengan lawan jenisnya sesuai dengan syariat Islam.  Secara asasnya dalam masyarakat Islam, kehidupan lelaki terpisah dari wanita.  Oleh itu, pergaulan bebas antara keduanya serta aktiviti bercampur-baur (ikhthilath) di antara keduanya tidak dibolehkan. [Sila lihat http://www.mykhilafah.com/fikih-muslimah/1164-hukum-syara-berkaitan-ikhtilath-percampuran-antara-lawan-jenis]

Walaupun Islam jelas mengatur hubungan lelaki dan wanita mengikut panduan wahyu namun idea kebebasan buatan manusia yang diterimapakai masyarakat.  Hakikatnya walaupun undang-undang berkaitan gangguan seksual di tempat kerja diwujudkan namun gangguan seksual tidak terhad berlaku di tempat kerja malah juga kerap berlaku di tepi jalan, dalam kenderaan umum, di pasar-pasar, sekolah malah di rumah sendiri sekalipun.  Ini kerana nilai kebebasan telah menetapkan setiap individu itu tidak berhak dihalang naluri dan kehendaknya walaupun tidak disenangi pihak lain.  Ditambah pula dengan keadaan masyarakat kini tidak ambil peduli kemungkaran yang berlaku di sekitarnya jauh sekali untuk menghalang kemungkaran tadi.  Malah pihak berkuasa yang diharap-harapkan peranannya untuk menjalankan fungsi memelihara urusan umat hanya bersikap reaktif dan tidak menghukumi setiap bentuk kemungkaran dan perlanggaran syariat sesuai perintahNya.

Wahai umat Islam, sistem Khilafah hanya menunggu masa untuk menerapkan sistem kehidupan Islam termasuklah sistem pergaulan Islam.  Kerana hanya dengan penerapan sistem Islam sahajalah akan menjamin terbentuknya masyarakat yang mulia dan beradab.  Dengan ini setiap individu lelaki dan wanitanya terdorong untuk melaksanakan aktiviti kehidupan sehari-hari dengan cara yang terhormat. Maka akan terbentuklah sebuah masyarakat yang pemikiran dan gaya hidupnya dilindungi dari perkara yang merosakkan dan hidupnya diarahkan oleh cara hidup yang baik sesuai ketentuan syariat.  Sebuah masyarakat yang hidup dalam linkungan yang sentiasa dibatasi syariat akan memenuhi dorongan naluriahnya dalam batas-batas yang dibenarkan syariat.  Jika Khilafah telah menciptakan keadaaan yang sangat baik itu, dan masih ada yang melakukan pelanggaran, misalnya melakukan gangguan dan perlanggaran yang ditetapkan syariat, maka akan dihukumi sesuai dengan ketentuan Allah. Firman Allah:

Barangsiapa tidak memutuskan dengan apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang yang kafir, zalim dan fasik.” [TMQ al-Maidah (5): 44,45 dan 47].

Masih adakah keraguan di hati anda untuk memperjuangkan Khilafah?  Wallahu’alam bisshawab.