Adakah kilauan emas Sukan SEA lebih berharga daripada maruah seorang wanita Muslim?

Pada 22 Jun 2015, kecoh dibincangkan di dada-dada akhbar utama termasuk laman sesawang tentang gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi yang dikritik hebat melalui media sosial kerana sut sukan yang dipakainya dalam Sukan Sea di Singapura baru-baru ini. Sut ketat acara gimnastik yang dipakai Farah bukanlah satu sut yang baru, cuma menjadi polemik apabila dikatakan terlalu seksi dan menampakkan “lurah” kemaluan atlet tersebut.

Sisters in Islam (SIS) pula menekankan semula pendirian mereka mengenai hal aurat ini dengan mengatakan bahawa Al-Quran tidak menyebut secara khusus rambut sebagai sebahagian daripada “aurat” seorang wanita. Persepsi bahawa “aurat” seorang wanita yang meliputi seluruh badannya kecuali muka dan tangan datang dari hadis yang diriwayatkan oleh Asma Abu Bakar. Hadis adalah koleksi kata-kata dikaitkan dengan Nabi Muhammad.

“SIS is of the opinion that hair is not part of a woman’s ‘aurat’. In fact, the Quran has never mentioned hair as being specifically a woman’s ‘aurat’. “When reading Surah an-Nur (24:31) on covering one’s modesty, it is important to understand the context of when the verse was introduced,” the women’s rights group added. SIS said that the verse which states that women should “draw their khimar (head covering) over their bosoms” was made in reference to the culture of 7th century Arabia, in which women traditionally already wore the khimar.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin juga telah menegaskan dalam akaun twitternya bahawa siapa pun tidak layak menghakimi Farah yang telah menyumbang emas kepada negara itu. Perbuatan Farah hanya layak dihakimi oleh Yang Maha Kuasa semata-mata dan Khairy meminta agar atlet negara tersebut tidak diganggu.

Komen

Aurat bagi wanita di hadapan lelaki asing, yang bukan mahram-nya, adalah seluruh badannya kecuali muka dan tangan. Ini diambil dari nas al-Quran yang menyatakan:

Hendaknya wanita tidak menampakkan kecantikan (perhiasan)-nya kecuali yang boleh tampak dari dirinya” (QS an-Nur [24]: 31).

Frasa “yang boleh tampak dari dirinya” adalah wajah dan kedua telapak tangan. Inilah batasan aurat di hadapan lelaki asing (bukan mahram). Dalam ayat di atas, Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk diperlihatkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh kerana itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya. Misalnya sahabat besar Nabi SAW seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah: celak dan cincin. Sahabat Anas bin Malik juga berpendapat yang sama. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama tabiin seperti Said bin Jubair, ‘Atha’, Auza’i dan lain-lain. Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah.

Namun, tanpa kajian yang mendalam, SIS dengan lantangnya cuba menafsirkan ayat ini sendiri dan menafikan Hadis dari Rasulullah SAW. Bukan sahaja SIS, malah ribuan lagi penyokong Farah turut mengecam tindakan beberapa pihak yang mengutuk tindakan Farah. Bahkan Menteri Belia dan Sukan Khairi Jamaludin juga menyokong tindakan Farah yang telah menyumbangkan pingat emas kepada kontinjen negara.

Inilah bahan dan racun yang telah dibawa olej kapitalisme atas dasar kebebasan bertingkahlaku. Kapitalisme—yang saat ini diterapkan oleh Barat dan beberapa negeri Muslim—sesungguhnya berdiri di atas tiga asas utama.  Pertama: memisahkan urusan kehidupan dengan agama. Kedua: menjadikan manfaat sebagai tolok ukur perilaku dan segala sesuatu. Ketiga: mengukur kebahagiaan berdasarkan pemenuhan kemanfaatan yang bersifat material semata-mata. Ketiga hal inilah yang melahirkan peradaban Barat dengan Kapitalisme sebagai ideologinya. Maka, tidak hairanlah jika kilauan emas Sukan SEA lebih diutamanakan daripada penerapan Syariah Islam. Syariat Islam boleh dicampakkan bila-bila masa sahaja asalkan memenuhi segala tuntutan kapitalisme.

Perangkap inilah yang diciptakan oleh puak kapitalis atas nama kebebasan bagi wanita.  Wanita dipandang mulia jika dapat memberikan sumbangan kepada negara, tidak kira dari segi ekonomi, politik mahupun sosial. Maruah wanita sudah tidak bernilai lagi jika dibandingkan dengan nilai material yang diperolehi. Wanita dengan sewenang-wenangnya dieksploitasi untuk kemanfaatan materialistik.

Wahai kaum muslimin, sedarlah akan perangkap Barat dan syaitan ini. Mereka tidak akan pernah berhenti untuk menyesatkan umat islam. Marilah kita kembali kepada syariat Islam dan menolak sistem kufur yang diterapkan ke atas kita. Dalam Al-Quran dari firman Allah SWT maksudnya

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu” (QS al-Baqarah [2]: 120).

Sumayyah Ammar
Ahli Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir