Ahli Politik Indonesia Desak Laman Sesawang Islam Ditutup

Ahli politik daripada Parti Politik PDIP (Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan), Eva Kusuma Sundari telah mengambil satu tindakan yang pelik apabila ia mendesak Menteri Komunikasi dan Informasi Indonesia, Tifatul Sembiring agar menutup laman sesawang yang mempunyai ciri-ciri Islam radikal dan kekerasan. Antara beberapa laman sesawang yang disenaraikannya adalah AlBusroh.com, millahibrahim.wordpress.com, Millahibrahim.com, Arrahmah.com, VOI-voice of islam, jihat.com, dan tauhid wal jihat. Adalah sangat menghairankan apabila seseorang yang mengaku beragama Islam tetapi mempunyai sikap prejudis dan tidak cermat dalam menilai sesuatu perkara khususnya yang berkaitan dengan agama Islam itu sendiri.  Malah kekhuatiran Eva ekoran daripada peristiwa pengeboman yang terjadi di Mapolsek Rajapolah, Tasikmalaya, Jawa Barat itu tidak boleh dijadikan ukuran untuk menuding jari ke arah sesiapa memandangkan ia masih belum jelas kaitan dengan orang yang terlibat. Insiden sebegini tidak mustahil untuk berlaku hasil daripada perbuatan sabotaj dan propaganda daripada pihak yang mempunyai kepentingan tertentu. Akibatnya, Islam jugalah yang menjadi mangsa dan diletakkan sebagai pihak yang tertuduh.

Daripada siasatan dan penelitian yang telah dilakukan, didapati senarai laman-laman sesawang yang disebutkan oleh Eva seperti albusroh.com, millaibrahim.wordpress.com dan void an jihat.com sebenarnya tida wujud sama sekali. Manakala laman berita arrahmah.com pula adalah merupakan laman sesawang yang banyak memberi informasi tentang berita-berita dan kejadian yang berlaku di seluruh dunia Islam. Laman tersebut langsung tidak ada kaitannya sama sekali dengan mana-mana kelompok radikal mahu kekerasan. Ia hanyalah sekadar laman sesawang berita sepertimana laman-laman sesawang berita yang lain yang hanya memaparkan berita-berita dunia Islam khususnya di Timur Tengah yang berkaitan dengan peperangan dan para mujahidin yang berjuang. Walaupun begitu, ia tetap terikat dengan etika pemberitaan.

Lebih menyedihkan lagi adalah apabila Eva menyatakan bahawa laman-laman sesawang tersebut adalah lebih berbahaya berbanding pornografi. Kenyataan jelek sebegini telah menzahirkan lagi apa yang terpendam di hati iaitu sikap anti Islam yang sememangnya sinonim dengan apa yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam melalui perbuatan menyebarkan kebencian dan juga menabur fitnah ke atas umat Islam. Indonesia sebagai sebahagian daripada negeri umat Islam yang mempunyai penduduk Muslim yang terbesar di dunia sewajarnya menyokong dan membela segala perkara yang berkaitan dengan Islam dan bukannya bertindak di sebaliknya.

Sumber: globalmuslim.web.id, voa-islam.com, arrahmah.com