Al-Quran dihina, pemerintah Muslim tetap bacul

Belanda sekadar beri amaran – Projek filem kritik al-Quran tidak akan dihentikan

AMSTERDAM 1 Mac – Perdana Menteri Belanda, Jan Peter Balkenende memberi amaran kepada seorang Ahli Parlimennya supaya tidak menyebabkan kepentingan negara itu berdepan dengan berisiko berikutan usahanya meneruskan projek filem yang mengkritik al-Quran.

Balkenende merayu kepada Geert Wilders semalam mengenai risiko yang bakal dihadapi tetapi tidak menuntut supaya filem yang berada pada peringkat akhir penyuntingan dihentikan edarannya.

“Kami perlu mengambil kira ancaman serius terhadap rakyat Belanda,” kata Balkenende dalam temu ramah dengan sebuah stesen televisyen.

“Apa anda melihat reaksi di luar dan dalam negeri, apa risiko yang dibawa oleh filem ini, maka jawapannya perlu ditanya kepada Wilders sendiri,” tegasnya.

Wilders mendakwa, filem pendek itu bertujuan memaparkan al-Quran sebagai “buku fasis”.

Katanya, setakat ini tiada pihak yang mahu menyiarkan filem itu dan terdapat kemungkinan, ia disiarkan melalui Internet.

Dalam kenyataan susulan selepas amaran Balkenende, Wilders mendakwa Kabinet “tunduk kepada ketakutan terhadap pengganas dan ketakutan terhadap Islam” dan menolak desakan supaya projek filem itu dibatalkan.

Sumber: Utusan Malaysia 01/03/08

Ulasan
 
Sekali lagi Islam dihinakan. Jika sebelum ini, si kuffar laknatullah selalunya menghina Rasulullah, kini Al-Quran pula yang dihina oleh si kufar celaka ini. Sekali lagi juga, kita menyaksikan pemerintah kaum Muslimin yang begitu ramai hanya mengambil jalan selesa untuk berdiam diri. Jika ada pun ketidaksetujuan, ia hanya dinyatakan dalam bentuk kecaman lisan melalui siaran televisyen dan akhbar oleh pemimpin-pemimpin bacul ini. Tidak akan ada tentera yang dihantar, tidak akan ada seruan jihad dilaungkan dan tidak akan ada walau ‘satu ugutan’ untuk perang pun yang datang dari pemerintah-pemerintah yang pengecut ini. Yang ada hanyalah umat Islam yang biasanya keluar berdemonstrasi sebagai membantah dan mengutuk tindakan biadab sang kuffar laknatullah ini. Oleh pemimpin pengecut ini, umat Islam yang berdemonstrasi pula yang biasanya dipersalahkan dan dihambat dengan peluru dan gas pemedih mata dan pelbagai bentuk keganasan lagi.

Sebahagian umat Islam pula, walaupun bersungguh-sungguh membantah, namun setelah peristiwa ini berlalu, kemarahan mereka pun terus reda. Kemudian mereka kembali berpeluk tubuh dan melakukan tugas harian seperti biasa. Apabila diajak untuk istiqamah berjuang untuk mendirikan Daulah Islam bagi mengembalikan semula kemuliaan dan kekuatan Islam, mereka tetap membisu, malah ada yang menentang. Mereka bangkit hanya kerana ‘emosi’ yang membuak-buak yang bersifat sementara. Bila di ajak untuk istiqamah berjuang dengan Islam, maka rasa cinta dunia dan takut mati terus menyelubungi mereka.
 
Sesungguhnya golongan kuffar laknatullah ini tidak akan berani mencabuli kesucian Islam jika Negara Khilafah sudah wujud, sebagaimana ketakutan mereka dahulu kepada Daulah Khilafah. Lihat sahaja bagaimana pengajaran yang diberikan oleh Rasulullah saw terhadap Yahudi Bani Qainuqa akibat dari penghinaan mereka terhadap seorang Muslimat, di mana Rasulullah terus mengisytiharkan jihad ke atas golongan kuffar tersebut. Begitu juga dengan peristiwa pembukaan kota Amuriyah oleh Khalifah Mu’tasim hanya kerana puak Rom menghina seorang Muslimah. Jika ‘pengajaran’ yang keras diberikan oleh Rasulullah hanya akibat menghina seorang wanita Islam, apatah lagi penghinaan yang dilakukan oleh puak celaka ini terhadap Kitab suci umat Islam, Al-Quran.

Namun, oleh sebab kaum kuffar ini tahu bahawa semua pemerintah dunia Islam yang ada adalah bacul dan hanya mementingkan diri sendiri atau negara sendiri sahaja, maka segala tindakan jahat mereka dapat diteruskan dengan mudah. Pemimpin kaum Muslimin hanya lebih berminat untuk berdialog mencari titik temu dengan agama kuffar, walaupun di saat darah-darah umat Islam ditumpahkan dengan sewenang-wenangnya oleh golongan kuffar di depan mata mereka sendiri. Nampaknya adalah suatu kepastian bahawa kesucian Islam akan tetap dicabuli berulang-ulang kali sehinggalah umat Islam kembali mengambil sikap politik yang tepat dan benar iaitu dengan mendirikan institusi politik tertinggi Islam – Daulah Khilafah ala minhaj nubuwwah.