Amerika Dalang Utama Konflik Di Somalia

Dalam satu kenyataan, PBB menyatakan bahawa minyak merupakan faktor utama yang memicu konflik di negara Somalia. “Jika tidak diatasi, keputusan yang tidak konsisten ini akan memicu konflik baru. Perselisihan akan muncul di antara penguasa dengan kelompok-kelompok yang ada di Somalia,” ujar laporan yang dikeluarkan oleh PBB yang dipetik oleh Reuters pada hari Rabu baru-baru ini (17/7/13).

Konflik yang dimaksudkan oleh PBB adalah konflik yang terjadi antara pemerintah daerah Somaliland dan Puntland. Kedua-dua pihak mengeluarkan lesen cari gali minyak untuk wilayah yang sama kepada dua syarikat asing yang berbeza. Somaliland memberi lesen kepada syarikat minyak DNO dari Norway manakala Puntland pula memberi lesen kepada syarikat Africa Oil dari Kanada.

Somalia, sepertimana negeri majoriti umat Islam yang lain, masih lagi dikuasai oleh penjajah sejak mendaratnya Napoleon di Mesir pada tahun 1799. Negara-negara penjajah tanpa segan dan malu sentiasa memiliki alasan untuk menguasai wilayah kaum Muslimin. Antaranya seperti ingin menyerang Khilafah Utsmaniyyah, untuk melakukan perdagangan, untuk menghentikan tindakan pemisahan sempadan Khilafah, untuk menjatuhkan pemerintahan boneka yang sudah tidak berguna lagi, untuk memusnahkan senjata merbahaya dan bermacam-macam lagi alasan lain yang penuh dengan kebohongan yang tidak akan pernah berakhir. Konflik yang melanda Somalia sekian lama tidak pernah lari daripada agenda jahat dan perancangan busuk kuffar barat khususnya Amerika Syarikat.

Kenyataan PBB di atas hanyalah retorik semata-mata untuk memberi gambaran buruk bahawa apa yang berlaku di Somalia hanyalah disebabkan oleh sikap tidak konsisten Somalia dalam memberi hak untuk mencari gali minyak. Padahal, jauh sebelum itu, Amerika telah pun menjadi dalang dalam beberapa konflik yang terjadi di negeri umat Islam tersebut.

Sejak 1991, Somalia telah menderita akibat konflik dalaman yang didalangi oleh negara-negara Barat khususnya selepas diktator Mohamed Siad Barre digulingkan. Konflik yang terjadi selama bertahun-tahun di Somalia itu telah membunuh puluhan ribu jiwa, mewujudkan jutaan pelarian dan mencipta suasana yang tidak aman khususnya di kawasan Teluk Aden yang dikatakan tempat terdapatnya banyak lanun dan rompakan.

Pada tahun 2010, dilaporkan hampir separuh penduduk Somalia dilanda krisis bekalan makanan. Pada masa yang sama, Amerika melarang PBB daripada membekalkan makanan yang sangat-sangat diperlukan oleh mereka. Bantuan-bantuan antarabangsa hanya dihadkan ke kawasan-kawasan yang dikendalikan oleh rejim yang memihak kepada Amerika seperti beberapa kawasan di ibukota Mogadishu. Apabila kedudukan ‘boneka Somalia’ kepunyaan Amerika ini tidak dapat lagi dipertahankan, Amerika pun menekan sistem pengiriman makanan PBB yang mana akibatnya menghukum seluruh penduduk Somalia.

Amerika Syarikat telah melancarkan perang secara berterusan  terhadap rakyat Somalia sehinggalah ke hari ini, baik secara langsung ataupun melalui rejim bonekanya dengan alasan basi yang sama yang dikemukakan kepada masyarakat dunia iaitu ‘perang melawan pengganas’.

Sumber: reuters