Amerika dan Britain Sedang Menentukan Masa Depan Yaman

altKini telah tersebar luas berita berkenaan satu perundingan rahsia yang diadakan di bangunan kedutaan besar AS di Sana’a dan juga di rumah wakil Presiden Yaman, Abdrabbo Mansur Hadi di Sana’a, ibu negara Yaman. Perjumpaan tersebut melibatkan Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh dengan saudara tirinya, Mejar Jeneral Ali Muhsin al-Ahmar dan juga para pemimpin daripada parti-parti pembangkang yang lain di bawah pengawasan Amerika Syarikat dan Britain.

Akhbar Al-Quds Al-Arabi melaporkan, “Presiden Ali Abdullah Saleh pada prinsipnya bersetuju untuk turun daripada kekuasaan dalam masa terdekat dengan menyerahkan kekuasaan kepada Dewan Kepimpinan Umum. Namun sebaliknya ia dengan tegas menolak untuk menyerahkan kekuasaan kepada Dewan Ketenteraan.”

Akhbar tersebut turut memetik sumber berita yang mengatakan bahawa, “Pelbagai perundingan telah mencapai hasil-hasil positif yang meyakinkan Saleh untuk turun daripada kekuasaan dalam beberapa hari lagi. Pelbagai indikasi kuat menghala ke arah penyempurnaan prosedur dalam merealisasikan perjanjian ini.”

Saudara tiri Presiden, Mejar Jeneral Ali Muhsin al-Ahmar,  Komandan Daerah Tentera Timur Laut, yang juga dikenali sebagai Division Lapis Baja I yang menjaga ibukota Sana’a, kini dilihat telah bergabung bersama barisan kumpulan pemberontak, di samping bergabungnya kumpulan-kumpulan tentera yang lain. Ini merupakan antara faktor penting yang memaksa Saleh menerima cadangan untuk berundur daripada kekuasaan serta mencari jalan keluar yang selamat, sehingga ia terpaksa pergi ke Amerika agar mereka membantunya dalam mewujudkan semua ini setelah ia merasa dikecewakan oleh tuannya iaitu Britain.

Amerika pula sedang berusaha untuk menunda proses penggulingan Presiden Yaman dengan alasan sedang meningkatnya kebimbangan tentang dominasi al-Qaeda ke atas Yaman. Robert Gibbs, Menteri Pertahanan AS, dalam memberikan kenyataannya terhadap Presiden Ali Abdullah Saleh tentang memerangi terorisme, ia mengatakan dalam sebuah wawancara dengan stesen tv Amerika Syarikat (ABC) bahawa, “Saya yakin ada kebimbangan yang jelas bahawa aktiviti (penentangan) yang paling besar sekarang berasal daripada cabang al-Qaeda di Yaman, yang paling banyak melakukan serangan.”

Katanya lagi, “Kami memiliki banyak kerjasama dalam perang melawan terorisme dengan Presiden Saleh dan pasukan keselamatan Yaman.” Dan ia memperingatkan bahawa, “Jika pemerintahan itu tumbang, atau terjadi pergantian oleh pemerintahan yang lebih terdedah (kepada bahaya), maka saya yakin, kita akan menghadapi beberapa tentangan tambahan yang datangnya dari Yaman. Tidak ada keraguan tentang hal ini bahawa ini akan menjadi masalah yang cukup nyata.”

Begitulah persaingan antara AS dan Britain di Yaman. Pihak pertama ingin memanjangkan umur regim Ali Abdullah Saleh kerana wujudnya pengaruh mereka dalam dirinya. Manakala pihak kedua ingin segera mungkin menjatuhkan regim Ali Abdullah Saleh demi untuk melebarkan pengaruh kekuasaannya bersendirian di Yaman tanpa ada mana-mana pihak lain yang berpengaruh di Yaman.

Sumber : Syabab.com