Parti Pembebasan Menuntut Barat Akhiri Campur Tangan di Yaman

Gerakan Islam Hizbut Tahrir telah mengadakan satu sidang media di ibu kota Sanaa dengan mengutuk keras campur tangan Barat dan AS di negara ini dan menyeru semua parti-parti politik di Yaman untuk menamatkan segera semua hubungan dengan Barat.

Gerakan tersebut menegaskan bahawa AS sedang menggunakan ideologi kapitalisnya untuk menyebarluaskan korupsi di seluruh dunia dan untuk menjamin kepentingan peribadi mereka di negara-negara umat Islam.

Kumpulan itu juga menggesa Presiden Mansour Hadi supaya menghentikan serangan udara AS yang mana mereka percaya bahawa ia digunakan bertujuan sebagai satu strategi untuk mendalamkan lagi AS pengaruh dalam hal ehwal negara ini.

Parti Islam itu berkata bahawa AS telah berjaya menyusup masuk dalam revolusi Pemuda Yaman dan kini sedang menggunakan parti-parti politik tertentu untuk menyebarkan agenda mereka.

Ahli-ahli gerakan Houthi dan parti-parti politik yang lain turut hadir dalam sidang media tersebut.

Hizbut Tahrir adalah sebuah parti politik global yang memulakan seruan untuk menegakkan sebuah negara Islam sejak tahun 1953, di Jerusalam/Al-Quds, walaupun ramai di kalangan ahli-ahli kumpulan itu ditahan dan dianiaya oleh kebanyakan kerajaan di seluruh rantau ini, seruan mereka terhadap penegakkan sebuah negara Islam tidak diakui, tetapi mereka percaya bahawa mereka memperoleh momentum yang kuat semasa berlakunya Kebangkitan Arab (Arab Spring).

Hizbut Tahrir menyeru Presiden Mansour Hadi untuk menamatkan semua hubungan dengan AS dan menamatkan pembunuhan melalui serangan udara AS yang mereka katakan telah membunuh ramai rakyat Yaman. Mereka juga menyeru agar pendakwaan dibuat ke atas mana-mana pegawai kerajaan yang membenarkan operasi ketenteraan Amerika Syarikat untuk terus berada di negara tersebut.

Sumber: Press TV