Amerika dan Khilafah (Bahagian 3)

Pada tahun 1862, perjanjian penting yang lain telah ditandatangani. Abraham Lincoln menandatangani Perjanjian Perdagangan dan Pelayaran dengan Khilafah Uthmaniyyah. Perjanjian itu berkaitan dengan masalah perniagaan, perdagangan dan pelayaran. Hal yang menarik tentang perjanjian ini adalah di dalamnya ada klausa-klausa yang menunjukkan bagaimana Amerika secara panjang lebar mengatakan bahawa ia bukanlah memusuhi Khilafah dengan apa cara sekalipun. Perkara 11 perjanjian itu menyebut:

“As the Government of the United States of America is not, in any sense, founded on the Christian religion; as it has in itself no character of enmity against the laws, religion, or tranquility, of Mussulmen; and, as the said States never entered into any war, or act of hostility against any Mahometan nation, it is declared by the parties, that no pretext arising from religious opinions, shall ever produce an interruption of the harmony existing between the two countries”

(Oleh kerana Kerajaan Amerika Syarikat tidak, dari segi apa pun, didirikan berdasarkan agama Kristian, kerana ia tidak memiliki karakter bermusuhan dengan hukum, agama, atau ketenteraman Mussulmen (kaum Muslimin), dan seperti yang dikatakan, negara Amerika yang tidak pernah terlibat dalam mana-mana perang, atau melakukan tindakan permusuhan terhadap bangsa yang beragama Islam, hal yang dinyatakan oleh pihak-pihak dalam perjanjian, sehingga tidak ada alasan yang timbul daripada pendapat keagamaan, yang akan menghasilkan gangguan keharmonian di antara kedua-dua negara)

Pada masa Sultan Abdul Hamid II (1876-1909), meskipun Khilafah telah menjadi lemah secara signifikan hasil kondisi masa sebelumnya, Khilafah masih tetap menjaga pengaruhnya terhadap politik antara bangsa. Khilafah saat itu tetap dikenali  sebagai sebuah kuasa terkemuka dalam bidang budaya, politik mahupun ketenteraan. Khalifah Abdul Hamid II terkenal kerana penolakannya untuk menjual tanah Palestin kepada Zionis dan dihormati tidak hanya dalam kalangan kaum Muslimin, tetapi juga dalam kalangan non-Muslim.

Ketika baru menjawat jabatan pemerintahan, pada tahun 1876, Sultan (Khalifah) mengambil perhatian seratus tahun kemerdekaan Amerika, dengan mengirimkan koleksi besar buku-buku Uthmani untuk dipamerkan di Philadelphia. Buku-buku itu kemudian disumbangkan kepada Universiti New York.

Pada tahun 1893,  pada kesempatan untuk memperingati ulang tahun keempat ratus penemuan benua Amerika, Khalifah Abdul Hamid merupakan ketua negara asing yang pertama yang menerima undangan untuk menghadiri Columbian Exposition yang diadakan di Chicago. Khalifah tidak hadir, walau bagaimanapun sekitar seribu orang dari Jerusalem mengunjungi ekspo itu.

Di Chicago, sekitar tahun yang sama, dalam acara sulung Parlimen Agama-Agama Dunia (World Parliament of Religions), delegasi Khilafah mempamerkan koleksi besar barang-barang Khilafah Uthmaniyyah, juga membina sebuah masjid kecil.

Sultan Abdul Hamid, ketika masih menjadi khalifah, pernah bertanya kepada duta Amerika di Istanbul, Samuel Sullivan Cox, dan penganjur moden US Census, untuk memperkenalkan perkembangan ilmu statistik kepada umat Islam.

Menariknya, pada saat salah seorang diplomat Amerika, A.M. Keiley diisytiharkan sebagai persona non grata (orang yang tidak dialu-alukan) oleh pihak berkuasa Austro-Hungarian hanya kerana dia berketurunan Yahudi, sedangkan Duta Amerika, Oscar S. Straus (seorang diplomat Yahudi) pula disambut oleh Khilafah.

Khilafah juga memiliki jangkauan dan pengaruh ke atas kaum Muslimin yang tinggal di luar wilayahnya, walaupun berada di kawasan yang jauh terpencil. Pada musim bunga tahun 1899, Amerika meminta bantuan daripada Khilafah dalam ekspedisinya melawan wilayah taklukan Sepanyol di Filipina. Setiausaha Negara Amerika, John Hay menulis kepada Oscar S. Straus dan bertanya, “Apakah Sultan dalam situasi yang mungkin boleh dipujuk untuk memerintahkan orang-orang Islam di Filipina, yang selalu menentang Sepanyol, untuk datang secara sukarela berada di bawah kendali kami.”

Straus kemudian secara rasmi mengunjungi Khalifah dan merujuk kepada perjanjian sebelumnya. Fasal 21 perjanjian antara Tripoli dan Amerika Syarikat sebagaimana tertera di atas.

Berdasarkan perjanjian itu, Sultan Abdul Hamid menjelaskan posisinya tentang masalah Filipina dengan mengatakan bahawa “orang-orang Islam yang bersangkutan mengakui dirinya sebagai Khalifah kaum Muslimin dan beliau merasa yakin bahawa mereka akan mengikuti saranannya.”

Setelah perintah ini, Duta Straus menulis:

“Sulu Mohammedans…refused to join the insurrectionists and had placed themselves under the control of our army, thereby recognizing American sovereignty.”

(“Orang-orang Islam Sulu…menolak untuk bergabung dengan para pemberontak dan telah menempatkan diri di bawah kendali tentera kita, dengan demikian mengakui kedaulatan Amerika.”)

Lt. Kolonel John P. Finley (yang pernah berkhidmat sebagai Gabenor Amerika di Wilayah Zamboanga di Filipina selama sepuluh tahun) menulis sebuah artikel yang diterbitkan pada April 1915 dalam edisi Journal of Race Development yang menyoroti peristiwa ini. Finley menulis:

“At the beginning of the war with Spain the United States Government was not aware of the existence of any Mohammedans in the Philippines. When this fact was discovered and communicated to our ambassador in Turkey, Oscar S. Straus, of New York, he at once saw the possibilities which lay before us of a holy war…[H]e sought and gained an audience with the Sultan, Abdul Hamid, and requested him as Caliph of the Moslem religion to act in behalf of the followers of Islam in the Philippines…The Sultan as Caliph caused a message to be sent to the Mohammedans of the Philippine Islands forbidding them to enter into any hostilities against the Americans, inasmuch as no interference with their religion would be allowed under American rule.”

(Pada awal perang dengan Sepanyol, kerajaan Amerika Syarikat tidak menyedari sebarang kewujudan orang Islam di Filipina. Ketika fakta ini ditemui dan disampaikan kepada Duta kami di Turki, Oscar S. Straus, dari New York, dia kemudian melihat kemungkinan yang terbentang di depan kita sebuah perang suci (jihad)…Dia kemudian membincangkannya dengan Sultan Abdul Hamid, dan meminta beliau selaku Khalifah dalam agama Islam untuk bertindak di atas nama para pengikut Islam di Filipina…Sultan selaku Khalifah mendatangkan pesanan untuk dikirim kepada orang-orang Islam di Kepulauan Filipina yang melarang mereka untuk masuk ke dalam mana-mana permusuhan terhadap Amerika, kerana gangguan atas agama mereka tidak dibenarkan di bawah kekuasaan Amerika.”)

Setelah konflik berakhir, Presiden McKinley mengirim surat peribadinya berupa ucapan terima kasih kepada Duta Straus kerana usahanya yang sangat bagus, menyatakan bahawa dia telah menyelamatkan Amerika Syarikat “sekurang-kurangnya dua puluh ribu tentera di medan perang.” Semua ini boleh terjadi kerana kedudukan politik Khalifah Abdul Hamid II.[]

[Bersambung] [Sharique Naeem]

Sharique Naeem adalah seorang jurutera, komentator politik dan penulis. Tulisan-tulisannya diterbitkan di surat khabar-surat khabar nasional Pakistan, Bangladesh, India, Yaman dan Iran.

[sumber: http://hizb-indonesia.info/2014/04/25/pengaruh-khilafah-utsmaniyah-terhadap-amerika-bagian-3/]

http://www.newcivilisation.com/home/islamic-civilisation/america-and-the-caliphate-past-and-present/