Amerika Musuh Umat Islam, Bukannya Sahabat
ANKARA 25 April – Turki melahirkan rasa ‘kekesalan amat mendalam’ terhadap kenyataan Presiden Barack Obama mengenai pembunuhan orang Armenia semasa Empayar Ottoman, yang disifatkan sebagai ‘berat sebelah’.
Kementerian Luar Turki berkata, kenyataan (Obama) menidakkan fakta-fakta sejarah.
”Oleh itu, kami merasakannya sangat bermasalah dan amat kesal… Kenyataan berat sebelah yang menafsir kejadian sejarah kontroversi oleh nilai keadilan berpilih menafikan pemahaman mengenai kebenaran,” katanya.
Menurutnya lagi, Turki mengharapkan Amerika Syarikat membantu melaksanakan proses perdamaian antara Turki dan Armenia, dan bukan tambah merumitkannya lagi.
Dalam mesej tahunan sempena memperingati Perang Dunia Pertama, Obama pada Sabtu lalu, merujuk pada Turki dalam kejadian ‘kejam tersebut’ walaupun tidak melabel negara itu terbabit dalam ‘pembunuhan beramai-ramai’.
Pada 24 April 1915, tentera Ottoman memberkas dan menghimpun lebih 200 pemimpin dan golongan intelek Armenia di Istanbul yang didakwa dibunuh dan diusir pulang.
Armenia mendakwa sehinga 1.5 juta kaum mereka lenyap pada 1917, dan mahu masyarakat antarabangsa melabelkan kejadian itu sebagai pembunuhan beramai-ramai.
Turki, yang muncul selepas kejatuhan empayar Ottoman, mendakwa bahawa sehingga 500,000 Armenia dan juga rakyat Turki terbunuh dalam kekacauan apabila kaum Armenia bangkit memberontak terhadap kerajaan Ottoman dan menyebelahi tentera Rusia.
Menteri Luar, Ahmet Davutoglu berkata, pihaknya berharap Presiden AS iaitu rakan Turki, berkongsi rasa sengsara yang dilalui orang Turki dan mengeluarkan kenyataan dalam perspektif segar. – AFP
Sumber : Utusan Malaysia 26/04/2011
Amerika Musuh Umat Islam, Bukannya Sahabat
Amerika memang terkenal dengan sikap pembelitnya dalam sesuatu perkara. Bukan sekadar peristiwa 9/11 sahaja yang menyaksikan Amerika menjadi badut dunia, malah banyak lagi peristiwa serta sejarah yang berlaku yang cuba diputar belitkan demi menjadikan sesuatu peristiwa tersebut menyebelahi kepentingan mereka. Sejak abad ke-15 masihi, Armenia merupakan sebahagian daripada Khilafah Uthmaniyyah. Kebanyakan mereka beragama Kristian, namun begitu, mereka hidup aman damai semasa pemerintahan Khilafah. Namun racun perpecahan yang tanam oleh golongan nasionalis tumbuh sehingga berlaku pemberontakan untuk memisahkan diri daripada Khilafah. Peluang ini terus disambut oleh Kuasa Besar ketika itu (British, Perancis dan Rusia). Ini adalah sejajar dengan matlamat mereka untuk melihat Khilafah berpecah belah menjadi negara-negara bangsa yang kecil dan lemah.
Ini dari fakta sejarah. Dari sisi yang lain pula, Turki yang suatu ketika dahulu pernah menjadi pusat Daulah Khilafah, sepatutnya tidak perlu berbaik dan mengambil sikap “sahabat” terhadap musuh umat Islam yang terbesar, Amerika. Malah, dengan sikap Amerika yang secara terang-terangan melancarkan perang ke atas umat Islam sepatutnya dibalas oleh Turki dengan seruan jihad akbar! Oleh itu, kenyataan Menteri Luar Turki agar Amerika sama- sama merasai kesengsaraan umat Islam adalah suatu yang tidak masuk akal. Tambah menyedihkan, mereka lebih berminat untuk bersatu dalam kesatuan kufur Eropah (EU) serta tidak pernah menyerukan penyatuan negeri- negeri umat Islam dalam satu kesatuan politik (Khilafah). Ini belum mengira sikap tak peduli pemimpin Turki terhadap pembunuhan yang dilakukan oleh Bashar al Assad terhadap kaum Muslimin di Syria!
Pemimpin-pemimpin seperti ini perlu diganti dengan seorang Khalifah yang ikhlas dalam melaksanakan segala syariat Islam serta menyatukan kembali negeri- negeri umat Islam yang sudah terpecah kepada lebih 50 buah negeri ini di bawah paying kekhilafahan. Semoga dengan tertegaknya Khilafah dalam sedikit masa lagi, akan menyatukan kembali Armenia serta negeri- negeri umat Islam yang lain agar bersatu semula di bawah bumbung Daulah Khilafah.