Analisis : Persaingan antara China dan Amerika

altPada bulan Oktober 2009 yang lalu, China telah memperingati ulangtahun Revolusi yang ke-60 di mana ia merdeka dari China serta mengalahkan golongan Nasionalis dan terbentuknya Republik Sosialis China. Sejak awal abad ke-21, para analisis memandang bahawa kebangkitan China adalah sebagai suatu tentangan terbesar terhadap Amerika Syarikat (AS) dan ramai yang beranggapan bahawa China akan berkembang menjadi negara kuasa besar. Kepesatan China menjadikannya negara yang diambilkira dalam peta politik dunia, membuatkan banyak golongan merasa kagum serta menjangkakan wujudnya pertembungan kekuatan global dari Barat ke Timur. China tidak pernah menjadi kuasa politik dan sejarah silamnya yang kelam akibat penjajahan kejam oleh Jepun telah menjadi memori bagi China selepas Perang Dunia Kedua. Revolusi enam puluh tahun bagi negara besar dunia ini merupakan satu realiti baru dan buat pertama kalinya ia dianggap sebagai negara kuasa besar.
Kunjungan Obama ke negera-negera Asia Tenggara dan kemudian diikuti lawatannya ke Korea Selatan, Jepun, Singapura dan China merupakan kunjungan kali pertama bagi Obama semenjak dipilih menjadi Presiden. Daripada semua lawatan ini, kunjungannya ke China adalah merupakan aspek yang terpenting di sepanjang lawatannya.

China mula membangun semenjak tahun 1978 melalui pengkembangan sains dan teknologinya yang didorong oleh kepentingan ketenteraan. Pembangunan ini bermula sejak zaman pemerintahan Mao. Mao menginginkan pembangunan ketenteraan yang kuat mengatasi segala-galanya. Projek ketenteraan inilah yang menjadi tulang belakang dasar Deng Xiao Ping. Tujuan Deng adalah untuk mempelbagaikan ekonomi China yang bukan hanya tertumpu pada sektor pertahanan, tetapi juga merangsang pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat umum. Konsep Deng yang mengandungi 16 garis panduan pada  awal 1980-an dengan jelas menegaskan, iaitu untuk mengintergrasikan pertumbuhan sektor ketenteraan dan rakyat awam dengan memastikan keperluan ketenteraan dipenuhi, mempertahankan kemampuan ketenteraan, dan menggunakan ekonomi awam dalam usaha memodenkan ketenteraan.”[1]

Sebelum ini, China telah menerapkan sistem ekonomi terpimpin ala Soviet (Rusia) yang terbukti gagal. Kemudian Deng menggunakan pula sistem ekonomi yang berorientasikan pasaran, terutamanya pada Zon Ekonomi Khas yang terletak di bandar Guangdong, Fujian, dan Hainan. Hasilnya sungguh luar biasa. China telah berubah ekonominya secara radikal daripada pengeksport komoditi bermutu rendah menjadi komoditi berteknologi tinggi. Negara ini berubah daripada ekonomi yang terkebelakang menjadi pusat pengekspot kelas dunia. Eksport China meningkat sepuluh kali ganda (bernilai sekitar USD436 trilion antara tahun 1990-2003.)[2]. Kini nilai ekspot China melebihi 1 trilion dolar dan merupakan ekonomi terbesar di dunia selepas AS dan Jerman.

Sejak tahun 1978, China telah mengubah ekonominya daripada model ekonomi terpimpin ala Soviet menuju ekonomi yang berorientasikan  pasaran yang dikuasai oleh Parti Komunis China. Sistem ini disebut sebagai ‘Sosialisme Bersifat China’ dan ia merupakan sistem ekonomi campuran. Reformasi yang bermula sejak tahun 1978 ini telah mengangkat status  jutaan manusia daripada paras kemiskinan, dengan menurunkan kadar kemiskinan sehingga 53% daripada populasi negara tersebut pada tahun 1981 dan 8% pada tahun 2001.

Dasar luar negara China juga mencerminkan perubahan yang penting jika dibandingkan  pendekatan Beijing yang sempit dan reaktif pada masa lalu. China sudah meninggalkan pemikiran yang memandang dirinya sebagai korban (victim mentality) akibat daripada penderitaan selama 150 tahun, sebaliknya telah menerapkan pemikiran kuasa besar (great power mentality – daguo xintai). Hasilnya, China telah mula mengambil peranan yang aktif dalam isu global, di mana generasi penggeraknya yang lahir selepas revolusi China tidak lagi memandang China dari perspektif sejarah China. Pemimpin baru seperti Hu Jintao yang lahir beberapa tahun sebelum revolusi adalah pemimpin China pertama yang tidak ikut serta dalam perjalanan yang panjang (long march), iaitu perjalanan yang terkenal kerana berjaya mengalahkan kaum Nasionalis dan menaikkan parti komunis ke tahap kekuasaan pada tahun 1949. Pemimpin yang menanggalkan ‘victim mentality’ dan mengambil pemikiran kuasa besar adalah jenis pemimpin yang kini sedang memimpin China dan memiliki visi sebagai negara kuasa besar.
Hubungan AS dan China

Pembuat dasar AS telah membuat strategi bagi menghadapi China di dalam dokumennya bertajuk “Garis Panduan Perancangan Pertahanan” (1994-99) yang merupakan bentuk kenyataan rasmi AS selepas runtuhnya Kesatuan Rusia (Soviet Union), “Kita perlu sekuat mungkin mencegah mana-mana kuasa asing yang boleh mendominasi sesuatu wilayah di mana  sumber alamnya jika dikawal secara kukuh akan mampu mendukung terbentuknya kekuatan global.”[3]

Ketika George Bush menjadi Presiden AS, hanya China yang memiliki kapasiti ekonomi dan ketenteraan yang mampu mengimbangi AS sebagai negara kuasa besar. AS telah membuat dasar yang memencilkan China supaya tetap pada sempadannya agar tidak berdepan secara langsung kerana itu hanya akan menghabiskan tenaga AS.

Dasar memencilkan China ini tersirat di dalam tulisan Condoleezza Rice ketika ia menjadi penasihat dasar luar negara George W Bush, yang pada waktu itu masih lagi menjadi Gabenur Texas, ketika pilihanraya presiden tahun 2000 dalam artikel majalah Foreign Affairs,” China adalah kekuatan besar yang memiliki masalah yang belum selesai terutamanya dengan Taiwan. China juga tidak menyukai peranan AS di wilayah benua Asia Pasifik.” Oleh kerana itu, Rice mengatakan, “China bukanlah kuasa ‘status quo’, tetapi ia adalah kekuatan yang berkeinginan untuk mengubah keseimbangan kuasa di Asia yang sesuai dengan kepentingannya. Kenyataan ini menjadikan China sebagai pesaing, bukan sebagai ‘sahabat strategik’ sebagaimana yang diuar-uarkan oleh Clinton. AS perlu memperkuatkan hubungan dengan Jepun dan Korea Selatan serta mempertahankan komitmen untuk meletakkan pasukan AS di wilayah benua tersebut. “Washington juga perlu memperhatikan secara teliti terhadap peranan India dalam keseimbangan politik dan membawanya ke dalam lingkaran persekutuan yang anti-China.” [4]

Namun begitu, sepuluh tahun kemudian, AS dan China kini berada di dalam posisi yang saling memerlukan. Ketika AS mendominasi beberapa wilayah pada awal abad ini, iaitu perang Afghanistan dan Iraq, krisis ekonomi global telah membuatkan AS tidak mampu untuk mendominasi China. Ini dapat dilihat melalui fakta berikut: AS merupakan pengguna terbesar dunia di mana majoriti barangan yang mereka gunakan adalah berasal dari dan dikeluarkan oleh China. Akibatnya, AS memiliki defisit perdagangan dengan China bernilai USD268 trilion. Dengan itu, sekitar USD1 juta trilion matawang dolar telah dikuasai oleh China.

Simpanan dolar yang sangat besar yang dimiliki oleh China membuatkan China memiliki kemampuan untuk membeli saham kewangan AS, di mana saham kewangan ini digunakan oleh AS untuk membiayai defisit perdagangannya. Hal ini adalah disebabkan oleh pengembangan perindustrian China di mana industri tersebut memerlukan bekalan minyak dan tenaga yang lebih besar. Ditambah pula dengan pengangguran dalam sektor industri AS yang meningkat kerana kalah dalam bersaing dengan kualiti keluaran barangan China yang lebih baik.

Dasar AS terhadap China dilihat bercanggah. Puak kanan AS, yang dipimpin oleh golongan koporat melihat China dari aspek perdagangan kerana populasi China yang besar merupakan suatu pasaran yang menjanjikan keuntungan sehinggakan golongan ini melobi pemerintah AS untuk menarik China ke dalam pasaran bebas global serta memaksa China supaya membuka pasaran domestiknya. Puak kiri AS pula, yang sejak dahulu lagi memandang China sebagai ancaman, selalu menghentam China dengan isu hak asasi manusia, menapis internet dan melaga-lagakan China dengan Taiwan. Dari segi komersial, perusahaan seperti Google, Yahoo, Microsoft dan industri perbankan AS meraih keuntungan dari hubungan perdagangan AS dan China.

Bagi mereka yang memandang China sebagai ancaman telah memaksa pemerintah AS untuk terus memencilkan China. AS meningkatkan kerjasama keselamatannya dengan Jepun dan mendukung hasrat Jepun untuk mengembangkan nuklearnya, yang bertujuan supaya Jepun meninggalkan sikapnya terhadap dasar defensif yang diamalkan selama ini. Bagi AS, perkembangan di Jepun merupakan pengimbang kekuatan China di wilayah Timur. Di wilayah Barat pula, AS mendekati India melalui pelbagai kerjasama ekonomi, permindahan teknologi nuklear dan berusaha unutk memberinya status tetap dalam Dewan Keselamatan PBB. Lebih jauh lagi, AS telah memulihkan hubungannya dengan Vietnam, menguburkan dendam masa lalu dan membangunkan kerjasama dua hala. AS berjaya menarik Vietnam dari pengaruh China sehingga memutuskan perikatan tradisional China di wilayah pasifik ini. Sehingga kini, Vietnam mempunyai konflik sempadan dengan China di sebelah utara .

AS juga menggunakan konfliknya dengan Korea Utara untuk memencilkan China. AS tidak banyak menunjukkan reaksi terhadap program nuklear Pyongyang berbanding program sebegitu di Iran ketika China berusaha keras untuk mengatur perundingan dengan 6 buah negara dalam usaha menghindari krisis yang lebih meluas di seberang sempadannya sendiri. Kenyataan daripada perundingan yang berlangsung telah menampakkan percanggahan.

Ketika China menyatakan sikap pesimisnya, AS sebaliknya menyatakan hal yang optimis dalam proses perundingan. Malah AS memberikan justifikasi untuk tetap mempertahankan keberadaan tenteranya di Korea Selatan. AS juga memgumumkan pada bulan September 2009 yang lalu untuk meninggalkan dasar sangsi terhadap rejim Myanmar dan memulakan hubungan langsung dengan rejim tentera Myanmar. Myanmar memainkan peranan penting dalam strategi luar negara China terhadap sumber tenaga. Wujudnya kerjasama langsung antara AS dan Myanmar merupakan satu bentuk untuk menyekat pengaruh China di Asia.
Kebangkitan palsu

Sepanjang 5000 tahun sejarah China, China tidak pernah menjadi kuasa besar dan tidak pernah mempengaruhi politik antarabangsa. Bahkan ketika China menerapkan Komunisme, ia tidak mampu untuk mengembangkannya luar dari sempadan negeranya sendiri, apatah lagi untuk mempengaruhi negara lain. Selama 5000 tahun, China lebih cenderung untuk berperang sesama sendiri dan sibuk untuk menyatukan wilayah-wilayahnya.

Dasar politik luar negara China juga berpusat pada pembangunan ekonomi domestik dan menguasai sumber daya alam untuk memenuhi keperluannya. China sememangnya menentang strategi AS untuk memencilkan dirinya dengan melemahkan negeri-negeri yang dirancang AS sebagai alatnya. Misalnya, China juga menawarkan kerjasama dua hala dengan Australia, India, Jepun dan Korea Selatan supaya hubungan negara-negara ini dengan AS menjadi lebih lemah.

Realiti ini membuatkan China terlalu fokus pada wilayah benuanya dan tidak memiliki cita-cita untuk lebih daripada itu. Hal ini akan berubah apabila China merubah cita-cita benuanya menuju kepada cita-cita global. Tanpa perubahan cita-cita, maka China tidak akan menjadi kuasa global. Melalui pandangan benua yang sempit, China tidak akan mampu menandingi AS. Apa yang dilakukan China di Afrika sebenarnya bukan untuk menentang AS, tetapi sekadar usaha mendapatkan akses kepada sumber minyak, di mana China akan semakin bergantung kepadanya. Di sinilah China menghadapi isu penting yang akan menentukan status masa depannya.

China juga menghadapi pelbagai masalah yang memerlukan penyelesaian. Tanpa ideologi yang jelas maka China tidak akan menyelesaikan masalahnya secara konsisten. Tanpa ideologi juga, China akan teus bermain isu akibat tidak dapat diselesaikan isu yang lain. Pembangunan ekonomi China yang semakin bergantung kepada bekalan minyak membuatkan China perlu membangunkan kerjasama koheren dengan negara-negara yang memiliki minyak. Tanpa ideologi, China menghadapi masalah untuk menyatukan Tibet dan Xinjiang. Persoalannya, tanpa ideologi, bagaimanakah  China dapat menyatukan Tibet dan Xinjiang dan dengan ideologi apakah penduduk tersebut akan disatukan?

Secara domestiknya, China memang diperintah oleh sistem Komunis kerana China masih dipimpin oleh sistem satu parti. Akan tetapi, China sudah mula beranjak kepada sistem pasaran bebas. Pada masa yang sama, China juga bersikap nasionalistik dalam memancing seruan perpecahan terhadap beberapa wilayah di mana AS berperanan dalam memberikan dukungan secara senyap yang konsisten, sehinggalah pada satu tahap di mana China akan membuat keputusan terhadap apa jua jati dirinya dan negeri-negeri ini akan terus bermain tarik tali ke arah yang berbeza-beza serta China tidak akan mampu bangkit untuk menandingi mana-mana kuasa besar sekalipun.
Kesimpulan

China pada waktu ini setanding dengan AS di dalam ekonomi yang menyebabkan timbulnya pertengkaran perdagangan di antara mereka. AS telah menetapkan batasan terhadap barangan import dari China dan kini China berada dalam kedudukan sebagai objek dari kejadian WTO (World Trade Organisation) melalui amalan anti-persaingan.

Bagi AS, China merupakan ancaman di Asia Tenggara. Oleh itu, AS ingin menghadkan cita-cita politik China. Pada masa yang sama, AS ingin menguasai pasaran dalaman China yang bernilai 1.4 trilion dolar. Model pembangunan China membuktikan bahawa negara manapun akan mampu untuk berkembang ke arah mana yang dikehendakinya.

Sesuatu pembangunan pada hakikatnya adalah kemampuan untuk memiliki pandangan hidup (worldview) yang khas yang berperanan sebagai asas terhadap semua aspek dalam sesuatu negara, baik dari segi ekonomi, undang-undang, politik luar negeri, sumber tenaga, penyatuan, pemerintahan serta hubungan lelaki dan wanita. Dengan pandangan hidup yang khas, maka sesuatu negara akan dapat menyelesaikan semua isu secara konsisten, terarah dan membawa kepada kemajuan. Tanpa ideologi, sesuatu negara mungkin akan maju, tetapi akan mendapati dirinya berada di dalam suatu dilema yang tidak boleh ia selesaikan. (Adnan Khan, www.khilafah.com)

[1] Scobell A, 2003, China’s use of military force, Cambridge university press
[2] Hassan R, (2005) ‘China: pretender or contender,’ new civilisation magazine, http://www.newcivilsation.com
[3] L C, Douglas  and Young, Thomas-Durell, (Sep 2005) ‘US Department Of Defense Strategic Planning: The Missing Nexus,’ http://www.strategicstudiesinstitute.army.mil/pdffiles/pub329.pdf
[4] Condoleezza Rice, Campaign 2000: Promoting the National Interest, Foreign Affairs, January/February 2000,
http://www.foreignaffairs.org/20000101faessay5/condoleezza-rice/campaign-2000-promoting-the-national-interest.html

terjemah dari Hizbut Tahrir Indonesia