Anggota Hizbut Tahrir Yang Terlibat Dalam Demonstrasi di Lubnan Ditangkap

altDua hari yang lalu (19/4/2011), Jabatan Keselamatan Lubnan telah menangkap tujuh anggota Hizbut Tahrir di bandar Tripoli, utara Lubnan, kerana dikatakan terlibat dalam demonstrasi dalam menentang rejim Syria.

Salah seorang pimpinan Hizbut Tahrir, Ahmad Al-Qashash mengatakan bahawa tentera Lubnan telah menangkap tiga orang anggota Hizbut Tahrir di kota Saida, selatan Lubnan. “Mereka berada di situ untuk membuat seruan bagi melakukan demonstrasi di Tripoli,” ujarnya, sebagaimana yang dipetik daripada laman web Al-Quds.

Tambahnya lagi, penangkapan anggota Hizbut Tahrir di Saida dan empat lagi anggota Hizbut Tahrir di Tripoli dilakukan pada masa yang sama. Kesemuanya  disabitkan dengan kesalahan yang sama iaitu membuat seruan untuk mengadakan demonstrasi.

“Mereka ditangkap ketika sedang berada di dalam kereta di bandar Akkar. Pada waktu itu mereka memberi seruan menggunakan pembesar suara untuk menyampaikan mesej agar bergabung dan menyertai demonstrasi di Tripoli,” kata Qashash.

Hizbut Tahrir Lubnan menyeru para kakitangan pemerintah untuk berkumpul selepas solat Jumaat berhampiran Masjid Besar Mansuri di Tripoli, iaitu bandar terbesar di utara Lubnan, untuk memulakan apa yang mereka gelar sebagai “Revolusi Syam”. “Demonstrasi ini akan tetap diteruskan, walaupun ratusan orang telah ditangkap,” tegas Qashash.

 Sumber : Syabab.com