Apa Yang Perlu Difahami Di Sebalik Isu Dr Zakir Naik?

Isu Dr. Zakir Naik (DZN) telah mencetuskan kekecohan yang luar biasa di Malaysia sehingga kesemua pemimpin tertinggi negara dan pemimpin parti politik, baik Muslim mahupun non-Muslim, pihak polis, badan-badan bukan kerajaan (NGO), mufti, cendekiawan, golongan liberal dan rakyat jelata, semuanya terlibat membicarakan mengenai pendakwah tersohor itu. Ia susulan ucapan DZN dalam satu ceramah di Kelantan pada 10/08/2019 yang dikatakan menyinggung dan menyentuh sensitiviti kaum Cina dan India di Malaysia. Kerajaan Pakatan Harapan (PH) didesak oleh banyak pihak agar menghantar pulang DZN ke negara asalnya India, di mana DZN dikehendaki atas dakwaan jenayah. Walaupun DZN telah berkali-kali menegaskan bahawa ucapan beliau telah dipetik dalam konteks yang salah, malah beliau telah pun memohon maaf secara terbuka jika ada pihak yang tersinggung dengan ucapannya, namun pendakwah bebas itu tetap didesak untuk meninggalkan Malaysia, khususnya oleh golongan non-Muslim dan liberal yang tidak sukakan beliau. Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad sendiri kelihatan goyah dengan tekanan yang diberikan oleh golongan yang ingin menghalau DZN sehingga beliau hampir-hampir menukar pendiriannya untuk menghantar DZN pulang. Setelah kontroversi yang memakan masa lebih kurang sebulan, Mahathir akhirnya membuat keputusan untuk tidak menghantar DZN pulang tetapi dalam masa yang sama beliau tidak lagi dibenarkan berceramah di mana-mana negeri di Malaysia.

Kita tidak menafikan bahawa DZN mungkin telah tersalah cakap dalam ucapannya, tetapi apa yang memburukkan keadaan sebenarnya ialah apabila ada pihak yang menangguk di air keruh dan memainkan api perkauman dalam rangka untuk menghalau beliau dari negara ini. Ucapan DZN jika dibandingkan dengan ucapan ramai pemimpin parti politik dan NGO di Malaysia sejak dulu hingga kini, tidak terkira sebenarnya ucapan pemimpin dalam Malaysia sendiri yang menyentuh sensitiviti perkauman yang jauh lebih berbahaya daripada apa yang diucapkan oleh DZN. Pendek kata api perkauman di Malaysia sering dinyalakan oleh banyak pihak dalam Malaysia sendiri sehingga negara ini tidak pernah sejuk daripada kepanasan isu ini. Jadi, ucapan DZN itu sebenarnya tidaklah sebesar mana pun, kecuali ia sengaja diperbesarkan untuk mencapai agenda tertentu oleh pihak-pihak tertentu. Tanpa perlu berfikir mendalam pun, kita tahu bahawa satu-satunya sebab untuk para pembenci DZN menghalau beliau keluar dari Malaysia ialah kerana konsep dakwah yang dibawa oleh beliau yang tidak disenangi oleh golongan pembenci tersebut, baik daripada kalangan non-Muslim mahupun golongan liberal. Banyak pihak termasuk Menteri Agama sendiri pernah menyatakan bahawa konsep dakwah perbandingan agama yang merupakan gaya dan trend DZN itu sebagai tidak sesuai di Malaysia atas alasan negara ini terdiri daripada masyarakat majmuk.

Dalam konteks ini, kami, Hizbut Tahrir / Malaysia ingin menyatakan:

1) DZN hanyalah salah seorang daripada ribuan pendakwah Islam yang seharusnya dibela oleh kerajaan yang mengakui diri mereka sebagai kerajaan Islam. Jika beliau melakukan kesilapan sekali pun di dalam ucapannya, maka hanya kesilapan tersebut sahaja yang perlu diperbetulkan, tetapi bukan dengan menghalaunya keluar dari negara ini. Menyerahkan Muslim kepada orang-orang kafir (untuk diperlakukan dengan cara zalim atau dibunuh oleh orang kafir tersebut) adalah haram sebagaimana sabda Rasulullah (saw),

«الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ، لاَ يَظْلِمُهُ وَلاَ يُسْلِمُهُ»

“Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain, dia tidak menzaliminya dan tidak menyerahkan saudaranya itu (kepada musuh)” [HR Bukhari];

2) DZN telah diberi keistimewaan oleh kerajaan dengan diberikan status Penduduk Tetap (PR). Keistimewaan ini tidak seharusnya diberikan kepada DZN sahaja, tetapi harus juga diberi kepada semua Muslim yang datang untuk mendapatkan perlindungan atau yang ingin tinggal di Malaysia. Ramai Muslim yang lebih malang nasib mereka berbanding DZN yang wajib dibela oleh kerajaan Malaysia seperti Muslim Rohingya, Muslim Xinjiang, Bangladesh, Indonesia, Thailand, Syria, Palestin dan lain-lain yang datang ke Malaysia kerana pergolakan politik, kezaliman pemerintah atau kesempitan hidup di tempat masing-masing. Baik DZN mahupun Muslim lain yang memerlukan pertolongan dan perlindungan dan mereka ingin tinggal di negara ini, maka mereka wajib ditolong dan dilindungi serta diterima sebagai warganegara yang sah kerana ini merupakan tuntutan Islam. Rasulullah (saw) dan para Khulafa’ ar-Rasyidin menerima semua Muslim yang datang dan ingin bertempat tinggal dalam Daulah Islam dan kesemua mereka dilayan sebagai warganegara, bukannya sebagai pendatang. Ini kerana setiap wilayah Islam adalah milik umat Islam, bukan milik kaum-kaum tertentu sahaja dan setiap Muslim berhak tinggal di wilayah Islam mana sekalipun yang dia ingini;

3) Islam bukan sahaja menerima mana-mana Muslim yang datang ke wilayahnya, malah Islam turut membuka pintu kepada semua non-Muslim yang ingin datang dan tinggal dalam Daulah Islam. Islam malah membenarkan orang-orang Kafir Harbi memasuki Daulah Islam tidak lebih dari setahun, dan jika mereka memilih untuk tetap tinggal dalam Daulah (setelah setahun), mereka dibenarkan berbuat demikian dengan syarat mereka membayar jizyah dan dengan bayaran tersebut, status mereka bertukar menjadi Kafir Zimmi dan secara automatik mereka akan menjadi warganegara Daulah. Islam telah memerintah dunia selama lebih 13 abad dan membawa keadilan serta kesejahteraan kepada masyarakat baik Muslim mahupun non-Muslim selama mereka berada di bawah aturan Islam;

4) Mana-mana pendakwah yang menggunakan metode intelektual tanpa kekerasan, berhujah dengan fakta lagi rasional, tidak seharusnya dihalang oleh mana-mana pihak. Hujah seharusnya dilawan dengan hujah, bukan dengan kekuasaan. Dakwah untuk membuktikan kebenaran akidah dan agama memang perlu dilakukan dengan  hujah (secara pemikiran). Malangnya pihak-pihak tertentu yang sudah mengalami kekalahan dan ketandusan hujah secara intelektual, telah memainkan isu perkauman dan daripada merekalah sebenarnya ketegangan mula tercetus, bukannya daripada pendakwah. Jika mereka merasa benar dan hebat dari segi intelektual, mereka seharusnya melawan hujah dengan hujah, bukannya dengan melarikan isu dengan memainkan isu perkauman atau kewarganegaraan. Begitu juga dengan pemerintah yang seharusnya menggalakkan debat atau perbincangan secara intelektual dalam rangka mencari kebenaran, bukannya menggunakan kuasa untuk menyekat dakwah atau tunduk kepada kehendak pihak-pihak yang memusuhi Islam.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, idea untuk mencari titik temu antara agama atau apa yang dikenali sebagai dialog antara agama telah diraikan oleh kerajaan, dan telah dijadikan agenda oleh pihak-pihak tertentu. Idea ini sebenarnya berasal dari kuffar Barat yang ingin melemahkan akidah umat Islam dan mereka (Barat) mahu agar umat Islam menerima idea bahawa semua agama adalah benar (pluralisme) dan umat Islam tidak boleh mendakwa bahawa Islam ialah satu-satunya agama atau akidah yang benar. Inilah agenda Barat dan malangnya idea pluralisme ini disambut baik oleh para pemimpin Muslim dan mereka yang bergelar ulama, secara sedar mahupun tidak. Orang-orang kafir dan golongan liberal yang sudah ketandusan hujah secara intelektual tidak dapat menerima hakikat bahawa agama atau kepercayaan mereka adalah salah dan Islam adalah satu-satunya agama yang benar. Atas alasan sensitiviti agama, maka dakwah untuk menyampaikan kebenaran kemudian disekat oleh pihak yang memegang kekuasaan. Walhal apa yang dilakukan para pendakwah, termasuklah DZN adalah berhujah mengenai kebenaran akidah Islam serta kebatilan akidah selain Islam, secara pemikiran, bukan dalam bentuk menghina mahupun memaksa, jauh sekali menggunakan kekerasan. Melihat kepada apa yang berlaku kebelakangan ini, nampaknya umat Islam di Malaysia bukan sahaja semakin terancam dengan idea liberalisme dan pluralisme, namun di bawah kerajaan baru ini, mereka kelihatan semakin galak membuka jalan ke arah itu!

Abdul Hakim Othman

Jurucakap Hizbut Tahrir Malaysia

Rabu, 05 Muharram 1441 H
04/09/2019 M
Ruj: HTM 1441 / 01


Press Release

What to be Understood Behind Dr. Zakir Naik’s Issue?

The issue of Dr. Zakir Naik (DZN) has caused tremendous upheaval in Malaysia, where all highest national and political leaders, Muslim and non-Muslim alike, the police, non-governmental organizations (NGOs), Muftis, intellectuals, liberalists and the people in general, are all involved in debating over this well-known preacher. The issue emanates from a speech by DZN in Kelantan on 10/08/2019 that allegedly offended and touched on the sensitivities of Chinese and Indians in Malaysia. The Pakatan Harapan (PH) government has then been forced by many parties to send DZN back to his hometown, India, where he is wanted for alleged criminal offences. Although DZN has repeatedly asserted that his speech was quoted in a wrong context, and he has even made a public apology for those who feel offended by his speech, the said preacher is still forced to leave Malaysia, especially by non-Muslims and liberalists who dislike him. The Prime Minister of Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad himself was seemingly shaken by the pressure of those who wanted to oust DZN until he almost changed his mind to send DZN home. However, after the controversy lasted for about one month, Mahathir finally decided not to send DZN back, but the said preacher is no longer allowed to deliver any speech in all states of Malaysia.

Not denying that DZN may have misspelled his words, what is worse is that some people have taken advantage and started to spark the fire in order to get him out of the country. DZN’s speech, if compared to the speeches of many political and NGOs leaders in Malaysia, which touched on the racial sensitivities, pales in comparison to the latter’s insensitive and dangerous orations. In short, racial fire in Malaysia is often ignited by the people of Malaysia themselves and the country has indeed never been cold from this issue. Thus, DZN’s speech is not at all a big issue, rather, was made big in order that specific agendas of specific parties are reached. Without even having to think hard, we know that the only reason that DZN haters, be it non-Muslims or the liberalists, are so enthusiastic in driving him out of Malaysia is due to his concept of preaching which they hate most. Many parties, including the Minister in charge of Religion himself argued that DZN’s style of Da’wah which focuses on comparative religion is inappropriate in Malaysia as this country encompasses of plural society.

On this, we, Hizb ut Tahrir / Malaysia would like to say:

1) DZN is just one out of thousands of preachers who should be safeguarded by a government that claims to be an Islamic government. Should he make a mistake in his speech, then it is only the mistake that needs be corrected, and not resort to kicking him out of the country. Handing over a Muslim to the disbelievers (to be treated unjustly or killed by them) is Haram (unlawful) as the Messenger of Allah (saw) said,

«الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ، لاَ يَظْلِمُهُ وَلاَ يُسْلِمُهُ»

“A Muslim is a brother of another Muslim, he should not oppress him, nor should he hand him over to an oppressor” [Narrated by Bukhari].

2) DZN has been given a privilege by the government as a Permanent Resident (PR). This privilege should not only be given to DZN alone but should also be given to all Muslims who come to seek protection or who wants to settle in Malaysia. Many Muslims are more in need of protection compared to DZN, such as the Rohingya Muslims, Xinjiang Muslims, people of Bangladesh, Indonesia, Siam, Syria, Palestine and others who flee to Malaysia due to political unrest, tyrannical rulers or calamities in their homelands. Be it DZN or other Muslims – those who need help and protection and they want to stay in this country, then it is an obligation for the government to help and protect them, and they have to be acknowledged as lawful citizens, as required by Islam. The Prophet (saw) and the Khulafa’ ar-Rashidin welcome all Muslims who came and wanted to live in the Islamic State and all of them were treated as citizens, not as immigrants. This is because all Muslim countries belong to the Muslims, and the Muslim lands are never specified to any specific ethnic group, and every Muslim deserves to settle anywhere he wishes in these countries;

3) Islam not only accept Muslims who come to its territory, but also opens the door to all non-Muslims who wish to come and live in the Islamic State. Islam even allows the belligerent disbeliever (Kafir Harbi) to enter the Islamic State for no longer than a year, and if they chose to remain in the State (after a year), they are allowed to do so provided they pay Jizyah (head tax) and upon payment, their status turn into a pledged/covenanted disbeliever (Kafir Dhimmi) and they automatically become citizens of the State. Islam has ruled the world for more than 13 centuries and has brought justice and prosperity to the people, Muslims and non-Muslims alike, so long as they are living under Islamic laws;

4) Any preacher who employs intellectual methods without violence, fact-based and rational arguments, should not be barred by any party. Arguments should be fought with arguments, not with authority (power). The call to prove the truthfulness of faith (Aqeedah) and religion must be done by way of arguments (thought). Unfortunately, certain parties who have lost the arguments and suffered intellectual failure have played up racial issues and it is from them that the tension actually begun, not from the preacher. If they are intellectually and morally sound, they should have fought the arguments with arguments, rather than getting away using racial and citizenship issues. Likewise, the government should encourage intellectual debate or discussion in the pursuit of the truth, rather than using power to suppress the Da’wah or to submit itself to the will of those who are against Islam.

Over the years the idea of finding the common grounds between religions or what is generally known as dialogue between religions has been entertained by the government, and become the agenda carried out by certain groups. Indeed, this idea came from the Kuffar-West whose agenda is to undermine the Aqeedah of the Muslims and they want this Ummah to accept the idea that all religions are true (pluralism) and that no Muslim can claim that Islam is the only true religion/Aqeedah. This is what the West planned for, and unfortunately this idea of pluralism is welcome by the Muslim leaders and ‘scholars’ knowingly or unknowingly. Unbelievers and liberalists who are intellectually defeated could not accept the fact that their religions or beliefs are wrong, and that Islam is the only true religion. Under the pretext of religious sensitivity, the Da’wah to convey the truth is then blocked by those in power. In fact, what is done by many preachers, including DZN, are just arguing for the truth of the Islamic Aqeedah against the superstition of non-Islamic beliefs (Aqaa’id), by way of thought, without insulting nor compelling, let alone using violence in their Da’wah. With what have been transpiring, it seems that Muslims in Malaysia are not only threatened by the ideas of liberalism and pluralism, but now under the new government, they are apparently paving the way towards spreading the ideas enthusiastically!

Abdul Hakim Othman

Spokesperson of Hizb ut Tahrir in Malaysia

Ref: HTM 1441 / 01
04/09/2019 CE
Wednesday, 05th Muharram 1441 AH