Assabiyyah membawa malapetaka lagi

Tentera Turki masuki Iraq utara
 
TenteraTurki mengatakan, pasukannya telah memasuki Iraq utara untuk menyerang pemberontak Kurdish yang dilaporkan berlindung di kawasan tersebut.

Perdana Menteri Tayyip Erdogan mengatakan, serangan itu terbatas dalam skala dan pasukannya akan pulang secepat mungkin.

Para pegawai Iraq mengatakan, mereka tidak tahu tentang pencerobohan besar-besaran di utara, dan para pegawai Kurdish yakin, tindakan ketenteraan Turki itu terjadi di kawasan terpencil dan tidak berpenghuni.

“Target, tujuan, ukuran dan parameter operasi ini terbatas,” kata Erdogan, yang pernyataannya disiarkan di televisi.

“Pasukan angkatan bersenjata kami akan kembali dalam waktu sesingkat-singkatnya setelah mereka mencapai tujuan mereka,” ujar Erdogan, dan menyatakan, anggota Partai Pekerja Kurdistan (PKK) adalah sasaran tunggal mereka.

Seorang Pegawai Kanan Kurdish mengatakan kepada BBC bahawa mereka yakin pihak Turki membesar-besarkan operasi, yang mereka yakini “sangat, sangat terbatas”, dan di kawasan perbatasan terpencil yang tidak berpenduduk.

Tentera tambahan

Sebelumnya, televisi Turki NTV melaporkan, sekitar 10.000 tentera menyeberangi sempadan hari Khamis. Kenyataan militer Turki yang dikeluarkan melalui di laman internetnya mengumumkan, operasi dimulai Khamis pagi dengan serangan udara, dan tembakan artileri terhadap sasaran PKK di seberang perbatasan.

Pihak Tentera Turki tidak menyebutkan berapa jumlah tentera yang terlibat atau sasarannya secara persis namun laporan beberapa hari ini menyatakan tentera tambahan telah dikirim ke perbatasan.

Serangan udara dan artileri mendahului operasi darat, kata militer.

Para Pengawai Amerika yang dikutip pejabat berita Reuters tampaknya menyatakan kekhuatiran tentang skala operasi militer Turki ini.

Awal bulan ini, Turki mengatakan, pesawat-pesawatnya mengebom 70 sasaran PKK di dalam Iraq, dan ini merupakan salah satu gelombang serangan terbesar dalam beberapa bulan.

Sumber: BBC 22/02/08

Ulasan:

Dalam laporan sumber yang sama, perkembangan terbaru menyebut 5 orang anggota tentera Turki terkorban dan berpuluh tentera pemberontak Kurdish mengalami nasib yang sama. Perang ini merupakan perang yang berdiri atas dasar assabiyyah (perkauman) yang telah diharamkan oleh Islam. Rasulullah saw datang semasa konflik Aus dan Khazraj tidak dapat diselesaikan, kemudian datanglah Islam membawa cahaya perpaduan antara mereka sebagaimana disebut dalam Al-Quran.
 
“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepada mu ketika kamu dahulu [masa Jahiliah] bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hati mu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada mu, agar kamu mendapat petunjuk” [TMQ Ali Imran (3):103]
 
Mengikut komentar Ibn Kathir, Ayat ini diturunkan tentang Aus dan Khazraj. Semasa zaman Jahiliah, Aus dan Khazraj sering berperang dan menyimpan kebencian, permusuhan dan rasa sakit hati terhadap satu sama lain, menyebabkan konflik-konflik berpanjangan dan pertempuran tiada hentinya berlaku di antara mereka. Allah menganugerahkan Islam, akhirnya mereka memeluknya menjadikan mereka berkasih sayang dengan kurniaan Allah, mempunyai hubungan baik semata-mata kerana Allah dan membantu sama lain dalam kebenaran dan iman.  [Tafsir Al-Quran Al-Azim li Ibn Kathir].
 
Inilah ayat Allah yang menerangkan perpaduan sejati di antara manusia iaitu ikatan ideologi Islam sahaja yang dapat menyatupadukan manusia dengan kurniaNya. Jadi pemerintah Turki sekular dan PKK sewajibnya berpegang dengan tali Allah (ikatan) yang benar, bukannya terikat dengan semangat kebangsaan Turki yang dianjurkan oleh Mustafa Kamal, ataupun ikatan assabiyyah Kurdistan. Ingatlah hadis Nabi,
 
“Apabila dua orang Muslim telah menghunus pedang masing-masing, maka si pembunuh dan yang kena bunuh adalah ahli neraka” [HR Mutaffaqun Alaih]

Hadis ini menerangkan bahawa sesiapa sahaja dari kalangan Muslim yang berbunuhan/berperang dengan asas selain Islam kemudian membawa konflik berdarah/kematian antara mereka, maka kedua-dua mereka akan masuk ke neraka.

Tidak cukupkah khabar ancaman dari Allah untuk ditakuti oleh umat Islam? Kenapakah mereka tidak mahu mengikut khabar gembira dari Allah (yakni) jika mereka berbaik-baik dengan berpegang teguh kepada tali Allah, maka mereka sebenarnya telah menyelamatkan diri mereka dari neraka? Konflik ini Insya Allah akan dapat diselesaikan jika umat Islam mengambil Islam secara keseluruhan dan menolak sekularisme dan assabiyyah yang selama ini telah merugikan mereka sendiri dan tidak membawa kebaikan sedikit pun. Semoga dengan kedatangan seorang Khalifah nanti, maka hati-hati kaum Muslimin akan disatukan semula, sebagaimana Rasulullah dahulu telah datang dan menyatukan hati-hati orang yang terdahulu dari kita.