Atas nama demokrasi 223,000 rakyat Iraq dibunuh

223,000 rakyat Iraq terbunuh sejak 2003

BAGHDAD 24 Mac – Satu kajian bersama oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan kerajaan Iraq Januari lalu menyimpulkan bahawa antara 104,000 hingga 223,000 rakyat negara ini terbunuh dalam
keganasan sejak pencerobohan tentera Amerika Syarikat (AS).

Sementara itu, laman web bebas Iraq Body Count pula melaporkan, hampir 90,000 kematian dicatatkan setakat ini.

Menurut laporan berasaskan insiden yang dilaporkan oleh media itu, lebih 25 peratus daripada jumlah itu didapati terkorban sepanjang tahun lalu sahaja.

Lebih menggemparkan, sebuah institut tinjauan pendapat di Britain pada September lalu menganggarkan jumlah kematian penduduk awam Iraq mungkin mencecah sehingga 1.2 juta orang.

Angka itu selaras dengan jumlah yang dilaporkan oleh majalah perubatan terkemuka, The Lancet.

Sementara itu, sewaktu AS meng- umumkan bahawa sejumlah 4,000 askarnya menemui ajal di negara Teluk, statistik menunjukkan bilangan askar Iraq yang terbunuh adalah tiga kali angka tersebut.

Laman web www.icasualities.org yang hanya berdasarkan laporan media menunjukkan, sekitar 8,000 anggota pasukan keselamatan Iraq terkorban sejak serangan pertama pada 20 Mac 2003 itu.

Bagaimanapun, kerajaan Iraq pada tahun lepas melaporkan angka korban ialah 12,000 orang.

Tidak ada konsensus mengenai bilangan sebenar korban jiwa penduduk awam memandangkan banyak kematian tidak dilaporkan oleh media.

– AFP

Sumber: Utusan Malaysia 25/03/08

Ulasan:

Semasa rejim AS menceroboh Iraq Mac 2003, alasan yang diberi oleh Bush laknatullah adalah kerana Iraq mempunyai senjata pemusnah besar-besaran. Kemudian, setelah senjata tersebut tidak pernah ditemui, Bush menjustifikasi pencerobohan Iraq kerana ingin menghapuskan Saddam Hussien yang diktator. Setelah Saddam Hussien digantung, AS tetap tidak keluar dari Iraq dan meletakkan agennya untuk memerintah di Iraq. Waktu ini, alasan yang diberi oleh AS adalah untuk memulihkan demokrasi di Iraq. Akhirnya alasan untuk memulihkan demokrasi di Iraq ini masih dipergunakan hingga kini untuk menjustifikasikan pendudukan tentera Amerika di bumi Iraq.

Nah, bagi pencinta demokrasi, atas alasan menghapuskan diktator dan membawa demokrasi ke Iraq, AS telah mengorbankan ratusan ribu saudara-saudara kalian di Iraq. Atas alasan demokrasi, tentera AS yang lengkap bersenjata masih tetap tinggal di Iraq. Atas alasan demokrasi, AS mengaut sehabisnya kekayaan minyak Iraq. Dan pelbagai lagi kejahatan dan pembunuhan ke atas umat Islam yang dilakukan oleh AS di bumi yang dibuka oleh Khalifah Umar Al-Khattab ini. Semuanya dilakukan kerana mereka ingin membawa masuk dan memulihkan demokrasi di Iraq!

Inilah wajah kufur Amerika. Mereka akan masuk ke mana-mana negeri umat Islam dan mereka akan menyatakan sokongan secara terang-terangan kepada mana-mana pemimpin umat Islam yang memperjuangkan demokrasi. Hanya pemimpin pencinta demokrasi akan dicintai oleh Amerika, manakala bagi umat Islam yang berjuang untuk menegakkan sistem Khilafah akan dicop sebagai ekstremis, radikal, teroris dan diisytiharkan sebagai musuh oleh mereka.

Masanya akan tiba di mana sistem pemerintahan Khilafah akan kembali semula dan menggantikan sistem demokrasi-kufur ini. Dan pada waktu ini, Amerika akan dikalahkan dan sistem kufur-demokrasi yang mereka bawa yang diagung-agungkan oleh segelintir umat Islam ini akan turut berkubur, dengan izin Allah.