Bagaimana TG Hj. Hadi Boleh Meletakkan Kerpercayaan Kepada Sistem Kehakiman Negara?

Kes liwat Anwar: Hadi selar anggota Parlimen Australia

KUALA TERENGGANU 19 Feb. – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyelar tindakan beberapa anggota Parlimen Australia untuk campur tangan dalam kes liwat melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. Katanya, beliau mahu perkara itu diselesaikan mengikut sistem kehakiman negara ini tanpa dipengaruhi oleh mana-mana anasir luar.  “Dari segi campur tangan asing, saya sebagai rakyat Malaysia, saya mahu negara kita menjadi sebuah negara yang berdaulat dan tidak perlulah kepada campur tangan asing apatah lagi dari negara-negara Barat, negara bukan Islam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan himpunan pemuda Islam Kuala Terengganu di Kuala Ibai dekat sini.  Baru-baru ini, 50 penggubal undang-undang Australia itu telah meminta Malaysia menggugurkan pertuduhan yang melibatkan Anwar itu.  Tindakan mereka ini dikecam hebat oleh pelbagai pihak di negara ini kerana dilihat cuba mencampuri urusan dalaman Malaysia.   Abdul Hadi bagaimanapun berkata, Pas tidak bercadang untuk mengemukakan sebarang bantahan berhubung campur tangan anggota Parlimen Australia itu. – Bernama

Sumber : Utusan Malaysia, 19/02/2010


Bagaimana TG Hj. Hadi Boleh Meletakkan Kerpercayaan Kepada Sistem Kehakiman Negara?

Sebagai Presiden Parti Islam, tidak sewajarnya Haji Hadi menginginkan kes liwat Anwar Ibrahim diadili dengan sistem kehakiman negara yang ada hari ini. Kita yakin Haji Hadi sudah semestinya memahami bahawa sistem kehakiman negara yang ada pada hari ini menggunapakai sistem ciptaan manusia, sebuah sistem kufur. Apakah ketika ditanya oleh wartawan, Haji Hadi tidak berfikir ketika mengeluarkan kenyataannya berkenaan kes liwat Anwar itu? Sewajarnya Haji Hadi perlu menjelaskan bahawa sistem yang ada sekarang adalah sistem penghakiman kufur dan tidak selayaknya umat Islam menyerahkan pengharapan dan meletakkan pergantungan mereka kepada sistem taghut ini. Seharusnya Haji Hadi mengingatkan para wartawan yang bertanya itu dengan firman Allah SWT:

“Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada taghut itu. Dan syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh”. [TMQ An Nisaa’ (4) : 60].

Sabda Rasulullah SAW: “Dari Ibnu Buraidah dari bapanya dari Nabi SAW beliau bersabda,

“Qadhi ada tiga: satu masuk surga dan dua masuk neraka. Qâdhi yang masuk surga adalah qâdhi yang mengetahui kebenaran dan memutuskan dengannya; sementara qâdhi yang mengetahui kebenaran lalu ia menyimpang darinya ketika memutuskan perkara maka dia di neraka. Demikian pula qâdhi yang memutuskan perkara dengan jahil maka dia pun masuk neraka.” (HR Abu Daud dan menurutnya sahih).

Memerhatikan hakikat ini, sudah sewajarnya umat Islam wajib menolak sistem kehakiman kufur ini. Sudah saatnya semua gerakan Islam bergerak untuk menegakkan kembali sistem Khilafah yang akan menerapkan sistem kehidupan Islam termasuklah menjalankan sistem ‘uqubat Islam bagi menangani kes-kes seperti kes liwat Anwar. Setelah itu pasti terzahir Islam sebagai rahmatan lil ‘alamin di seluruh punjuru dunia.