Bakal MB Perak – nasihat untuk parti Islam

Berita 1

Media Statement by Lim Kit Siang in Petaling Jaya on Wednesday, 12th March 2008:

DAP CEC has given approval for the formation of a Perak coalition government headed by DAP or PKR but not by PAS – DAP Perak SAs to stay away from swearing-in ceremony

The decision to appoint a PAS Assemblyman Mohamad Nizar Jamaludin as Perak Mentri Besar has caused shock and consternation to DAP leaders, members and supporters.

The DAP Central Executive Committee, at its emergency meeting in Penang on Sunday, 9th March 2008, had given approval for the formation of a Perak coalition government comprising 18 DAP Assembly members, seven PKR Assemblymen and six PAS Assemblymen.

DAP is prepared to accept DAP chairman and Assemblyman for Sitiawan Ngeh Koo Ham or PKR Behrang Assemblyman Jamaluddin Mohd Radzi as Perak Mentri Besar.

As the appointment of PAS Assemblyman for Pasir Panjang Mohamad Nizar Jamaludin as Perak Mentri Besar representing the third and smallest political party in the proposed coalition has not received the mandate of the CEC, DAP Perak Assemblymen will stay away from the swearing-in ceremony for Perak Mentri Besar scheduled tomorrow.

Sumber: http://dapmalaysia.org/english/2008/mac08/lks/lks4797.htm

Berita 2

Majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak ditangguhkan atas sebab teknikal

Thu | Mar 13, 08 | 6:38:39 pm MYT

IPOH 14 Mac (Hrkh) – Majlis angkat sumpah Menteri Besar yang ke-10 yang dijadualkan jam 4.00 petang tadi ditangguhkan sementara atas sebab-sebab taknikal.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Penerangan PAS Perak, Misbahul Munir Masduki, dalam satu pertemuan dengan wartawan Harakah di pejabat PAS Negeri hari ini.

Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dijadualkan mengangkat sumpah pada hari ini jam 4.00 petang di Istana Iskandariah Kuala Kangsar.

“Saya menyeru rakyat Perak bersabar dalam menghadapi situasi ini, kemenangan yang kali pertama dicapai sudah tentu banyak ujiannya, barangkali ada hikmah disebalik itu,” ujar beliau.

Sementara itu PAS Perak berbesar hati dengan sikap yang ditunjukkan oleh DAP Pusat yang menarik balik pemulauan majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak pada hari ini.

PAS Perak juga berbesar hati kerana DAP turut membuat permohonan maaf kepada Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah serta menyatakan sokongan sepenuhnya kepada Haji Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar yang baru./wann

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=13259&Itemid=28

Ulasan:

Kedua-dua berita di atas dipetik dari laman web rasmi parti masing-masing. Sudah terang lagi bersuluh! DAP yang selama ini tidak pernah menerima apa-apa gagasan Negara Islam yang dibawa oleh PAS memang tidak pernah berselindung dengan perjuangan dan pendirian mereka. Malangnya, sebuah parti Islam yang kita harapkan tidak menggadaikan prinsip perjuangan dengan bersama barisan parti kufur, selalu terperangkap dan ‘dihina’ dengan keputusan tegas parti kufur tersebut.

Kita mengharapkan para pejuang Islam yang ikhlas sedar akan perkara ini dan tidak mengambil orang-orang kafir sebagai teman, apatah lagi teman di dalam sebuah pemerintahan, satu perkara yang tidak pernah diamal dan dibenarkan oleh Rasulullah. Firman Allah swt,

“Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah Dalam sesuatu apa pun…” [TMQ Ali Imran (3):28]

Imam Abu Jaafar Muhammad bin Jarir at-Thabari (Imam Thabari) dalam menafsirkan ayat ini menegaskan bahawa,

“Ini adalah larangan dari Allah Azza wa Jalla terhadap orang-orang mukmin agar tidak menjadikan orang-orang kafir sebagai penolong, pelindung, pendukung dan penjaga mereka. Ertinya, janganlah kalian wahai orang-orang mukmin menjadikan orang-orang kafir sebagai pelindung atau penolong kalian selain orang mukmin sendiri, baik kalian yang melindungi mereka atau agama mereka, mahupun mereka yang melindungi kalian…”

Allah juga melarang (haram bagi) orang-orang beriman berada di dalam posisi kalah terhadap orang-orang kafir. Allah sekali-kali tidak membenarkan orang beriman memberi jalan kepada orang kafir agar mereka (orang-orang kafir) berada dalam kedudukan boleh menguasai (mengalahkan/membinasakan) kita. Firman Allah,

“…dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk menguasai orang-orang yang beriman.” [TMQ an-Nisa’ (4):141]

Janganlah hendaknya kerana mengejar maslahat dunia dan ingin mengambil hati orang-orang kafir, maka ayat-ayat Allah diabaikan. Sesungguhnya kita umat Islam adalah umat yang dimuliakan oleh Allah swt, maka janganlah kita menjadikan diri kita terhina dengan berkawan dengan orang-orang kafir yang jelas-jelas bencikan Islam. Berpegang teguhlah dengan Al-Quran dan Sunnah, walaupun kerana (berpegang teguh dengan)nya menyebabkan orang-orang kafir bertambah benci kepada kita. Sesungguhnya yang kita cari adalah redha Allah swt, bukannya redha orang-orang kafir.