Apakah Nasihat Yang Paling Baik Untuk Pasukan Baru Najib?

KUALA LUMPUR, 9 April – Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata sebuah Majlis Penasihat Ekonomi akan ditubuhkan bagi tujuan pemulihan dan pembaharuan ekonomi negara.  Perdana Menteri berkata majlis itu akan menjadi keutamaan tertinggi kerajaan dalam usahanya mencari penyelesaian dan melaksanakan pelan jangka panjang dalam pembaharuan ekonomi.  Majlis itu akan bertindak memberi khidmat nasihat pakar yang bersifat bebas dan objektif dalam mengharungi suasana ekonomi yang cukup mencabar dan pada masa yang sama membina – Bernama

Sumber : Utusan Malaysia, 09/04/09

Apakah Nasihat Yang Paling Baik Untuk Pasukan Baru Najib?

Tiada nasihat dan ajakan yang lebih baik untuk diberikan oleh Majlis Penasihat Ekonomi yang bakal dibentuk oleh kerajaan baru pimpinan Najib kepada kerajaan di bawah pimpinan beliau melainkan menasihati dan menyeru kerajaan agar menerapkan sistem ekonomi Islam dan membuang jauh-jauh sistem ekonomi Kapitalisme. Firman Allah SWT: “Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!”.  [TMQ Fushshilat(41):33].

Inilah peluang yang sepatutnya digunakan oleh mereka yang bakal dilantik nanti untuk melaksanakan tugas yang besar menyeru pemerintah agar mengambil ajaran Islam secara keseluruhannya. Ingatilah pasukan baru Najib itu bahawa adalah menjadi kewajiban mereka untuk menerapkan ajaran Islam secara keseluruhannya.   Firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman! masuklah kamu ke dalam  Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata”. [TMQ al-Baqarah(2):208].

Rebutlah kebaikan yang besar ini dengan memuhasabah pasukan baru Najib – apakah hukum jahiliyyah legasi Lord Reid itu yang akan mereka tetap pertahankan?  Firman Allah SWT: “sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? padahal – kepada orang-orang yang penuh keyakinan – tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukuman yang lebih baik daripada Allah”. [TMQ al-Maa-idah(5):50].