Bantahan Jalanan Hizbut Tahrir Di Kuala Lumpur, Malaysia Untuk Menentang Kekejaman Zionis Israel
Pada 28 Julai 2006 telah diadakan bantahan jalanan yang disertai ahli-ahli Hizbut Tahrir di Malaysia bersama-sama kaum muslimin untuk menentang kekejaman zionis Israel dan pengikutnya Amerika dan Britain semasa lawatan Condaleeza Rice untuk menghadiri mesyuarat menteri-menteri ASEAN.
Semasa lawatan, Rice hanya dapat menghiburkan menteri-menteri dengan alunan bunyi piano. Sedangkan keadaan di Gaza dan Lubnan terus diperangi, dibom serta mengakibatkan kematian orang awam.
Hizbut Tahrir dan umat Islam menyeru para pemimpin untuk menyelesaikan masalah dengan mengembalikan semula Khilafah yang akan melindungi dan mempertahankan umat dengan Islam.