BBC Menemuramah Aktivis HT Tentang Usaha Larangan Dakwah Khilafah di Ukraine
BBC bertanya tentang jumlah aktivis Hizbut Tahrir di Krimia, Ukraine. Fazlya mengatakan bahawa berapa banyaknya jumlah anggota Hizbut Tahrir bukanlah hal yang utama, tetapi bagaimana pemikiran Hizbut Tahrir berpengaruh pada masyarakat.
“Saya hanya mampu mengatakan bahawa jumlahnya ribuan dan kami memiliki sokongan dan simpati daripada rakyat.
“Cukup untuk seluruh dunia mengetahui bahawa prinsip-prinsip demokrasi seperti kebebasan bersuara di Ukraine adalah berlawanan dengan perkara tersebut,”
“Ini bukan rule of law yang menjamin kebebasan warganegara, tetapi secara keseluruhan, tidak dapat menerima perbezaan pendapat pun.”
Seperti yang diberitakan sebelum ini, Bill Moskal sedang berusaha agar Hizbut Tahrir tidak bersuara lagi melalui pengharaman Hizbut Tahrir. Namun, Fazlya menjelaskan bahawa belum ada pengharaman terhadap Hizbut Tahrir, tetapi G. Moskal memperkenalkan beberapa undang-undang yang bertujuan untuk mencegah ekstrimisme, iaitu istilah tanpa definisi hukum. Dengan penafsiran yang longgar, ia akan membuka pintu yang lebih luas terhadap tuntutan untuk setiap perbezaan pendapat.
Fazlya juga menjelaskan tentang halangan dan tentangan yang menimpa Hizbut Tahrir di sepanjang perjuangan parti serta berkenaan thariqahnya (jalan menuju matlamat) sebagai sebuah parti politik yang ditubuhkan oleh Syeikh Taqiyuddin An-Nabhani pada tahun 1953.
“Sejak ditubuhkan sejak lebih daripada 55 tahun, parti (ini) telah dianiaya dan difitnah. Puluhan ribu anggota parti di seluruh dunia dipenjarakan, ramai daripada mereka syahid akibat penyeksaan. Namun semua itu tidak mencegah Hizbut Tahrir daripada menjadi sebuah gerakan global.
Dalam menyebarkan gagasan mereka kepada jutaan umat Islam, Hizbut Tahrir memiliki banyak pengalaman dalam menerima tekanan selama bertahun-tahun sebelum ini.”
Oleh kerana itu, jika penindasan mula menimpa Hizbut Tahrir di Ukraine, ia tidak akan menggagalkan kegiatan Hizbut Tahrir, sebaliknya ia hanya akan menyemarakkannya lagi. “Hari ini, beberapa penindasan dan penyeksaan telah menimpa Hizbut Tahrir. Tetapi di mana-mana belahan dunia, sejak parti ini mula bergerak, penganiayaan kejam tersebut gagal untuk memutuskan keanggotaannya dan menghalang keberadaannya.”
Dalam hal penindasan terhadap Hizb, dalam benak hati kaum Muslimin Krimea Tatar, Ukraine pada waktu ini “layak” untuk menjadi penyambung rejim Tsar Rusia dan Soviet Union di mana selama lebih daripada 200 tahun mereka telah melakukan pembunuhan terhadap kaum Muslimin Krimea.
Bukan hanya 70000 atau 30000 anggota Hizbut Tahrir yang berdiri menentang pembunuhan ini, bahkan kesemua masyarakat Tatar Krimea menentangnya. Di samping itu, kita tidak boleh juga melupakan kaum Muslimin Ukraine secara keseluruhan. “Saya tidak berfikir bahawa mereka bersikap ambil peduli terhadap pencerobohan terhadap saudara mereka yang seagama. Dari segi pemikiran, hal ini akan menghasilkan kesan yang serius, baik di dalam mahupun di luar Ukraine di mana ia benar-benar merosakkan imej mereka di mata dunia, dan meletakkan mereka setaraf dengan para algojo dari Andijan, Islam Karimov dan yang seumpama dengannya.”