Belasungkawa Atas Pemergian Anggota Maktab Amir

 

Belasungkawa Atas Pemergian Anggota Maktab Amir

Ustaz Ahmad Bakr (Abu Usamah)

(Terjemahan)

﴿مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ ۖ فَمِنْهُمْ مَنْ قَضَىٰ نَحْبَهُ وَمِنْهُمْ مَنْ يَنْتَظِرُ ۖ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا﴾

“Di antara orang-orang Mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-tunggu (giliran), dan mereka tidak merubah (janjinya)” [Al-Ahzab (33): 23].

Amir Hizbut Tahrir, para anggota Maktab Amir, Dewan Mazhalim, Pejabat Media Pusat, serta seluruh anggota Hizbut Tahrir dengan penuh dukacita mengumumkan kepada umat Islam meninggalnya anggota Maktab Amir, Ustaz Ahmad Bakr (Abu Usamah), yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi ini, 22 Rabiul Awwal 1447 H bersamaan 14 September 2025 M, pada usia 87 tahun.

Abu Usamah merupakan sebahagian daripada generasi awal Hizbut Tahrir, seorang yang telah mengorbankan hidupnya dalam memikul dakwah demi mengembalikan kehidupan Islam melalui penegakan Khilafah Rasyidah. Beliau teguh di atas kebenaran dan terus memikul dakwah hingga ke akhir hayatnya.

Beliau tidak pernah gentar dengan kezaliman para penguasa diktator mahu pun dengan dahsyatnya penjara-penjara mereka, termasuk penjara Hafiz al-Assad dan Bashar al-Assad, yang telah beliau jalani selama bertahun-tahun! Setelah keluar penjara, beliau tidak pernah berhenti atau mengalah, bahkan meneruskan perjuangannya memikul dakwah dengan kekuatan dan keteguhan seorang rijal (lelaki sejati), sementara pandangannya terus mengarah kepada fajar Khilafah dan penerapan Islam dengan akidah dan sistemnya.

Akan tetapi, Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang telah memilih baginya sesuatu yang lebih besar dan agung, dengan izin-Nya, dengan kemuliaan-Nya:

﴿فِي مَقْعَدِ صِدْقٍ عِنْدَ مَلِيكٍ مُقْتَدِرٍ﴾

“Di tempat yang disenangi di sisi Tuhan Yang Berkuasa” [Al-Qamar (54): 55].

Semoga Allah merahmatimu wahai Abu Usamah. Sesungguhnya kami berduka dengan perpisahan ini, namun kami tidak mengucapkan selain apa yang diredhai oleh Allah (swt):

﴿الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ﴾

“(Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun” (“Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami akan kembali”)” [Al-Baqarah (2): 156].

Saudaramu,
Atha’ bin Khalil Abu ar-Rasytah, secara khusus
dan seluruh anggota Hizbut Tahrir, secara umum

22 Rabiul Awwal 1447 H
14 September 2025 M

https://hizb-ut-tahrir.info/ar/index.php/ameer-hizb/ameer-cmo-site/104887.html

https://hizb-ut-tahrir.info/en/index.php/archives/ameer-webpage-on-cmo/28220.html