Belasungkawa HTM Atas Pemergian Mohd. Sofi bin Ariffin

Keluarga besar Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) mengucapkan takziah atas pemergian salah seorang anggotanya, Sdr. Mohd Sofi bin Ariffin (Abu Izuddin) yang telah meninggal dunia jam 6.05 pagi (1/2/2024) di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar pada usia 60 tahun (1964 – 2024). Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Sakai Darat, Muar, Johor sekitar jam 11.40 pagi hari yang sama. Beliau meninggalkan seorang balu dan 5 orang anak.

Beliau mula menyertai HTM sekitar tahun 1998 dan sangat berpegang teguh pada kebenaran yang telah sampai kepadanya dan telah banyak terlibat dengan aktiviti dakwah Hizb antaranya adalah dengan menjadi Ahli Jawatankuasa Kepimpinan Pusat juga anggota Lajnah Hubungan Strategik yang dengan usahanya telah banyak memberikan impak positif atas usaha mengembalikan kehidupan Islam ini.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau dan menerima segala amal beliau serta menempatkan beliau bersama-sama para anbiya, para syuhada dan orang-orang yang soleh. Kami di sini akan selalu merindukan kepergiannya.

Amiin ya rabbal ‘alamin.