Belasungkawa HTM Atas Pemergian Mohamad Shakroni bin Bungkos

Pada hari Isnin yang lepas, iaitu bersaman dengan 29hb Mei 2023, seorang lagi anggota Hizbut Tahrir (HT) telah meninggal dunia. Beliau adalah Mohamad Shakroni bin Bungkos, berusia 65 tahun. Sejak menyertai HT pada tahun 2003, beliau telah banyak menyertai aktiviti dakwah yang telah dianjurkan samada di peringkat mahaliyyah mahupun pusat. Beliau merupakan seorang yang tegas di dalam menyatakan pendapatnya. Sering terlibat dengan program-program anjuran HTM bersama umat. Di antaranya kempen kibaran al liwa dan ar rayah konvoi berkereta, kempen sempena memperingati kejatuhan Khilafah, street dakwah dan sebagainya.

Semoga Allah mengampuni dosa-dosa beliau, menerima segala amalan beliau dan menempatkan beliau bersama-sama para Solehin di syurga-Nya.