Belasungkawa dari HTM atas pemergian Ust Mohd Zaki Ibrahim

takziahSetelah 3 tahun dilanda penyakit angin ahmar, akhirnya beliau dipanggil oleh Allah SWT pada 14.12.2014 tepatnya jam 4.30 petang. Beliau adalah seorang yang ceria semasa hayatnya dan mudah didekati. Anak kelahiran Bukit Marak, Bachok, Kelantan ini adalah lulusan dari Universiti Malaya dan menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian pada usia 40
tahun.

Sebelum berjinak dengan Hizbut Tahrir semasa pengajian di Universiti, beliau telah aktif dengan gerakan Islam sejak usia remaja lagi. Pekerjaan terakhir beliau adalah seorang pendidik.

Di samping sikapnya yang suka bergurau, Ust Zaki merupakan seorang yang tegas dengan setiap pendirian yang diambilnya. Ketegasan beliau dalam berdakwah telah menyebabkan beliau beberapa kali ditukarkan tempat kerja hanya kerana menyelitkan suara kebenaran kepada pelajar-pelajarnya.

Ust Zaki adalah seorang yang sangat komited dengan dakwah walaupun di masa kesihatannya tidak mengizinkan. Beliau meninggalkan seorang balu dan 2 orang anak.

Semoga Allah SWT menempatkannya di kalangan al-syuhada’, solehin dan siddiqin.

إنا لله وإنا اليه راجعون.