Takziah dari HTM atas pemergian Ustaz Haron Din

img_20160916_153321Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tuan Guru Dato’ Dr. Harun Din di atas pemergian beliau pagi tadi. Semoga beliau ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan semoga keluarga beliau diberi ketabahan dalam menghadapi saat perpisahan ini. Tiada kata yang lebih baik dari kami melainkan yang telah diperintahkan oleh Allah SWT,

الذين اذا اصابتهم مصيبة قالوا انا لله وانا اليه راجعون

“(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh suatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kita adalah kepunyaan Allah dan kepadaNya jualah kita kembali” [Al-Baqarah (2):156]