Belasungkawa HTM atas pemergian Ustaz Syafiq

Keluarga besar Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) mengucapkan salam takziah kepada keluarga arwah Ustaz Musyofik bin Abdul Syukur atas pemergian beliau ke rahmatullah pada petang Ahad, 16 Ogos lalu.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ustaz Syafiq merupakan salah seorang insan yang gigih bersama-sama Hizbut Tahrir untuk mendalami tsaqafah Islam serta berjuang ke arah mengembalikan kehidupan Islam.

Beliau turut aktif mengendalikan kelas pengajian bahasa Arab di sekitar Kuala Lumpur. Bahkan pada pagi hari pemergian beliau, beliau sempat mengendalikan kelas pengajian secara online bersama beberapa orang pelajar di bawah bimbingannya.

Jenazah telah disempurnakan, dikafankan, dan disolatkan di Masjid Abi Ayyub Al-Ansari, Batu Muda sebelum dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran.

Semoga Allah merahmati, memberi keampunan, menerima dan menggandakan amal kebaikan beliau di sepanjang hayatnya dan ditempatkan bersama para anbiya’, syuhada’ dan golongan soleh di syurga.