Belasungkawa: Kematian anggota Maktab al-Amir, Syeikh Abdul Hadi Fa’ur Hasan Fa’ur (Abu Mahmud)

بسم الله الرحمن الرحيم

مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُمْ مَنْ قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُمْ مَنْ يَنْتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا

“Di antara orang-orang Mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka diantara mereka ada yang gugur dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya)” [TMQ al-Ahzab (33):23].

abdul-hadi-faur-hasan-faurAmir Hizbut Tahrir, para anggota Maktab al-Amir, Diwan al-Mazhalim dan al-Maktab al-Markazi Hizbut Tahrir umumnya berbelasungkawa menyampaikan belasungkawa kepada umat Islam atas kematian anggota Maktab al-Amir, Abdul Hadi Fa’ur Hasan Fa’ur (Abu Mahmud). Beliau dipanggil oleh Allah pada siang hari tanggal 22 Safar 1437H bersamaan 4 Disember 2015M padausia 81 tahun.

Abu Mahmud merupakan seorang anggota yang sangat aktif dalam Hizbut Tahrir sejak awal penubuhan Hizbut Tahrir lagi. Beliau menemani dua syeikh (Amir Hizb) iaitu Abu Ibrahim (Syeikh Taqiyuddin al-Nabhani) dan Abu Yusuf (Syeikh Abdul Qadim Zallum) rahimahumallah. Beliau juga menemani Amir Hizb sekarang. Beliau menjadi penopang dan pembantu mereka. Beliau bersungguh-sungguh dan serius dalam perjuangannya untuk mengembalikan kehidupan Islam dengan jalan tegaknya Daulah al-Khilafah ar-Rasyidah. Sungguh, beliau sangat ingin menyaksikan terbitnya fajar al-Khilafah sehingga dapat meraih kebaikan dan pahala sesuai dengan kehendak Allah. Namun Allah SWT telah menjemput dan memanggil beliau ke haribaanNya untuk meraih kebaikan yang lebih agung dan pahala yang lebih besar, dan kekal di sana, insya Allah.

فِي مَقْعَدِ صِدْقٍ عِنْدَ مَلِيكٍ مُقْتَدِرٍ

“ditempat yang disenangi di sisi Tuhan Yang Berkuasa” [TMQ al-Qamar (54):55].

Beliau seorang yang mukhlis hanya untuk Allah SWT dalam imannya. Membenarkan Rasulullah SAW dalam meneladani Rasul SAW. Sungguh beliau benar-benar terhormat dan kami tidak memuji seorang pun terhadap Allah, daripada,

صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُمْ مَنْ قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُمْ مَنْ يَنْتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا

“orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya)” [TMQ al-Ahzab (33):23],

Semoga Allah SWT merahmati dikau wahai Abu Mahmud dan kami sungguh sedih berpisah denganmu dan kami tidak mengatakan kecuali apa yang telah diperintahkan oleh Allah SWT,

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

“(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, “sesungguhnya kita adalah milik Allah dan sesungguhnya kepadaNya-lah kita kembali” [TMQ al-Baqarah (2):156].

Jadi (kami katakan) Inna lillahiwainnailaihiraji’un.

 

Saudaramu,

Atha’ bin Khalil Abu ar-Rasytah secara peribadi,

dan syabab Hizbut Tahrir secara umumnya.

22 Safar 1437H

4 Disember 2015M