Berakhirnya riwayat Ariel Sharon, bukan bererti berakhirnya penderitaan Palestin
Ariel Sharon mempunyai sejarah kelam yang berlumuran dengan darah kaum Muslimin sepanjang hidupnya. Dia bertanggungjawab penuh dalam insiden pembantaian di kem Sabra & Shatilla pada tahun 1982. Pada waktu itu dia memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan Israel dan bertanggungjawab ke atas tentera Israel (IDF) yang bertindak mengepung kawasan kem tersebut sementara kumpulan militia Phalangis melakukan pembunuhan terhadap warga kem yang tidak bersenjata. Menurut Human Rights Watch, sebuah pertubuhan yang memperjuangkan hak asasi manusia, dilaporkan sekurang-kurangnya sebanyak 700-900 orang pelarian Palestin termasuk wanita, kanak-kanak dan orang-orang tua telah terkorban dalam tragedi tersebut. Di sepanjang pemerintahannya, dilaporkan seramai 1,430 orang awam Palestin telah terbunuh dek kekejamannya.
Sepanjang tempoh pemerintahannya sebagai Perdana Menteri Israel ke-11, Sharon juga telah bertanggungjawab meluluskan projek pembinaan tembok pemisah yang menjadikan Tebing Barat tak ubah seperti sebuah ‘penjara terbuka’ semenjak tahun 2002. Dia juga telah menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan kawasan-kawasan penempatan haram Yahudi di dalam wilayah Palestin yang ditawan (occupied Palestinian territory).
Berita kematiannya telah mengundang pelbagai respons sama ada dari dunia Islam mahupun kufur. Namun apa yang perlu diingat oleh dunia Islam ialah, dengan pemergian Sharon, penderitaan umat Islam di Palestin bukannya telah berakhir. Kezaliman dan penindasan oleh entiti Zionis masih berlanjutan sehingga ke hari ini. Umat Islam di Gaza dan Tebing Barat masih terus ditekan dan menderita. Mereka ibarat pelarian di bumi sendiri dan diperlakukan oleh Yahudi-Zionis semahunya, tanpa sebarang pembelaan ketenteraan oleh pemimpin Muslim seluruh dunia.
Konflik di Palestin tidak akan dapat diselesaikan dengan penyelesaian dua-negara (two-state solution) seperti yang diperjuangkan sekarang. Perjuangan membentuk negara Palestin yang wujud bersama dengan negara Israel sebenarnya tak ubah seperti mengabsahkan tindakan Israel merampas tanah Palestin, tanah kaum Muslimin dan ini adalah sebuah keharaman.
Konflik di Palestin tidak akan dapat dihentikan dengan hanya menghantar bantuan barangan keperluan semata-mata. Apatah lagi dengan tindakan boikot yang hanya melibatkan segelintir umat Islam. Penyelesaian-penyelesaian yang bersifat symptomatic sebegini, sungguhpun berniat baik, namun tidak akan sesekali dapat menamatkan penderitaan umat Islam Palestin di bawah cengkaman Yahudi-Zionis.
Umat Islam di Palestin perlu diselamatkan dengan misi ketenteraan, yang sehingga kini masih tidak dilakukan oleh para penguasa Muslim seluruh dunia. Oleh itu, kita memerlukan sebuah Negara Islam (Khilafah Islamiyyah) yang dipimpin oleh seorang Khalifah yang akan melancarkan jihad ke Palestin bagi membebaskan umat Islam daripada cengkaman Yahudi-Zionis. Rasulullah SAW pernah bersabda, “Sesungguhnya Imam (Khalifah) itu laksana perisai, orang-orang berperang dan berlindung di belakangnya” [HR Muslim].
Jatuhnya Palestin ke tangan Yahudi dahulu sesungguhnya tidak dapat dipisahkan daripada jatuhnya Khilafah. Hal ini sebagaimana kata-kata Sultan Abdul Hamid II , tatkala beliau dengan tegas menolak tawaran pemimpin Zionis, Hertzl, yang berhasrat mewujudkan penempatan di Palestin,
“Nasihati Hertzl agar jangan meneruskan rancangannya. Aku tidak akan melepaskan walaupun sejengkal tanah ini (Palestin), kerana ia bukan milikku. Tanah itu adalah milik umat Islam. Umat ini telah berjihad demi kepentingan tanah ini dan mereka telah menyiraminya dengan darah mereka. Yahudi silakan menyimpan harta mereka. Sekiranya Khilafah dimusnahkan suatu hari nanti, maka mereka boleh mengambil Palestin tanpa membayar harganya. Akan tetapi, sementara aku masih hidup, aku lebih rela tertusuknya pedang ke tubuhku daripada melihat Tanah Palestin dikhianati dan dipisahkan dari Khilafah. Perpisahan adalah sesuatu yang tidak akan terjadi. Aku tidak akan memulai pemisahan tubuh kami selagi kami masih hidup.”
Sejak runtuhnya Khilafah, umat Islam telah kehilangan perisai yang melindungi mereka. Justeru, satu-satunya cara untuk mengambil kembali tanah Palestin dan mengembalikan semula kemuliaan umat Islam adalah dengan menegakkan kembali Daulah Khilafah, yang dengannya Palestin akan pasti dibebaskan dan kaum Muslimin akan kembali gembira dengan pertolongan Allah SWT.
Inilah usaha (menegakkan Khilafah) yang telah dan sedang dilakukan oleh Hizbut Tahrir di seluruh dunia. Ayuhlah bersama dengan Hizbut Tahrir di dalam usaha yang mulia ini.