Berdasarkan Syariah dan Akal, Khilafah Rasyidah adalah Penyelesaian kepada Persekutuan Hindu-Yahudi

Pada 25 Februari 2026, Perdana Menteri Negara Hindu, Narendra Modi, telah menyampaikan ucapan di parlimen entiti Yahudi. Ucapan beliau mengesahkan kebenaran al-Quran mengenai permusuhan keras kaum Yahudi dan Musyrikin Hindu terhadap orang-orang beriman. Allah (swt) berfirman:
﴿لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِّلَّذِينَ آمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا﴾
“Sesungguhnya kalian akan dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang beriman ialah kaum Yahudi dan kaum Musyrikin” [Al-Ma’idah (5): 82].
Sesungguhnya, permusuhan bersangatan kaum Yahudi dan Musyrikin Hindu terbukti jelas dalam ucapan Modi.
Modi berpihak kepada entiti Yahudi dalam keganasannya melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, dengan berkata,
“India berdiri bersama ‘Israel’, dengan teguh, dengan penuh keyakinan, pada masa ini, dan masa-masa seterusnya.”
Maka, amat jelas bahawa Negara Hindu berdiri bersama entiti Yahudi, ketika ia meneruskan penyembelihan di Gaza, dan meluaskan perangnya melampaui Gaza ke Tebing Barat, Lubnan, Syria, Qatar, Yaman, dan Iran.
Modi kemudian menyerang keganasan (terrorism), yang merupakan selindung bagi perangnya terhadap Islam, jihad, dan umat Islam. Modi berkata,
“Tiada apa yang boleh mewajarkan keganasan. India juga telah menanggung perit keganasan untuk sekian lama. Kami mengingati serangan Mumbai 26/11 dan nyawa tidak berdosa yang terkorban, termasuk warga ‘Israel’. Seperti anda, kami mempunyai dasar yang konsisten dan tidak berkompromi iaitu sifar toleransi terhadap keganasan, tanpa dwistandard.”
Bersembunyi di sebalik istilah keganasan, kaum Yahudi dan Hindu telah menjajah tanah umat Islam, membunuh para mujahidin, menyembelih anak-anak, merogol wanita, dan memerangi Deen mereka.
Modi kemudian membuat seruan lantang untuk membanteras keganasan, yang merupakan usaha global tuannya, Trump, untuk memerangi Islam, jihad dan Khilafah. Modi berkata,
“Membanteras keganasan memerlukan tindakan global yang berterusan dan terselaras.”
Di sini, Modi tidak ketinggalan menyebut tentang Perjanjian Abraham (Abraham Accords), yang dibina atas agama baru, agama Abraham, di mana Deen Islam yang agung mahu direndahkan, setaraf dengan syirik Kristian dan Yahudi. Modi berkata,
“Beberapa tahun lalu, apabila anda memeterai Perjanjian Abraham, kami memuji keberanian dan visi anda.”
Modi kemudian menyebut tentang persekutuan lama antara Yahudi dan Musyrikin Hindu menentang umat Islam secara umum, dan tentera terkuatnya, Tentera Pakistan, secara khusus. Modi menyebut tentang seorang Jeneral Yahudi yang membantu India menentang Pakistan pada abad lalu, apabila dia berkata,
“Sumbangan kepahlawanan Leftenan Jeneral J.F.R. Jacob semasa perang 1971 dengan Pakistan diketahui ramai.”
Modi juga secara langsung menyebut hubungan keselamatan yang kuat antara entiti Yahudi dan Negara Hindu, dengan berkata,
“Pertahanan dan Keselamatan adalah satu lagi tonggak penting perkongsian kami. Pada November tahun lepas, kami menandatangani MoU Kerjasama Pertahanan. Dalam dunia yang tidak menentu hari ini, perkongsian pertahanan yang kukuh antara rakan kongsi yang dipercayai seperti India dan ‘Israel’ adalah amat penting.”
Umat Islam telah pun menderita akibat perkongsian jahat ini. Pada 7 Mei 2025, Pakistan menembak jatuh drone buatan ‘Israel’ yang dilancarkan oleh India ke dalam ruang udaranya, susulan siri serangan India di seluruh negara itu sehari sebelumnya. Malah saluran berita India TV9 Hindi melaporkan pada 7 Februari 2024 bahawa drone India, yang dikilangkan di bandar Hyderabad, India, akan membantu memenuhi “keperluan Israel.”
Wahai kaum Muslimin dan tenteranya!
Para penguasa umat Islam sama sekali tidak akan menyekat persekutuan jahat yang kian kukuh antara Yahudi dan Musyrikin Hindu. Secara intelek, para pemerintah ini adalah golongan nasionalis, maka apabila mereka bercakap tentang “pembinaan negara” (nation-building), mereka tidak mempunyai visi melangkaui sempadan nasional yang telah memecahbelahkan dan melemahkan umat Islam selama ini. Mereka tidak akan pernah terfikir tentang “pembinaan Ummah” (Ummah building), yang menuntut penghapusan sempadan nasional dan penyatuan umat Islam sebagai satu negara terbesar di dunia.
Secara politik, para penguasa ini adalah ejen dan pengikut Amerika, sekutu bagi kedua-dua entiti Yahudi dan Negara Hindu. Oleh itu, tugas para penguasa ini adalah untuk mengekang tentera umat Islam di saat umat Islam disembelih oleh entiti Yahudi di Barat, dan Negara Hindu di Timur.
Dengan hakikat ini, masih wujudkah keraguan dalam fikiran kita bahawa para penguasa umat Islam ini mesti diganti dengan kepimpinan Islam, yang memerintah dengan Islam, menyatukan umat Islam dan memerangi musuh-musuh Islam?
Wahai Tentera umat Islam!
Secara rasional, penyatuan umat Islam adalah sebuah keperluan mendesak pada hari ini. Di atas semua itu, penyatuan umat Islam merupakan kewajipan syariah ke atas kalian. Allah (swt) berfirman:
﴿وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا﴾
“Dan berpeganglah kalian semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kalian bercerai berai” [Ali Imran (3): 103].
Al-Hafiz Ibn Katsir menyatakan dalam Tafsirnya bahawa,
“Dia (Allah) memerintahkan umat Islam untuk menjadi satu jemaah dan Dia melarang mereka daripada berpecah-belah.”
Ayat yang diberkati ini adalah dalil syariah bahawa umat Islam wajib berkumpul dan bersatu dalam satu entiti tunggal. Pada zaman Rasulullah, kaum Ansar telah memberikan Nusrah (bantuan ketenteraan) mereka untuk tegaknya pemerintahan Islam, menyatukan umat Islam dalam satu entiti dan membolehkan umat Islam mengalahkan Yahudi dan Musyrikin pada waktu itu.
Pada zaman sekarang, orang-orang beriman yang ikhlas dalam kalangan kalianlah yang akan menutup lembaran kehinaan dan pengkhianatan di tangan Yahudi dan Musyrikin Hindu untuk selama-lamanya.
Hizbut Tahrir berjuang di tengah-tengah kalian, dan dalam kalangan kalian, serta mengetahui kebaikan di dalam diri kalian secara langsung. Ia mengesahkan kepada kamu bahawa sudah tiba masanya untuk kalian memberikan Nusrah kepada Hizbut Tahrir untuk penegakan semula Khilafah Rasyidah.
Ditulis untuk Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir oleh
Musab Umair – Wilayah Pakistan
https://hizb-ut-tahrir.info/en/index.php/2017-01-28-14-59-33/articles/analysis/29190.html