Berita Tentang Muslim Di Rusia: 10 Orang Pengembang Dakwah Ditahan

Baru-baru ini satu laporan dari Interfax melaporkan tentang penahanan 10 warga Muslim yang merupakan anggota dari parti politik Islam Hizbut Tahrir oleh pihak Penguasa Persekutuan Rusia (FSB) di kota Ufa Dyurtyuli,  Bashkortostan. Kesemua pemuda tersebut ditahan kerana terlibat dengan kegiatan untuk mempelajari Islam. Beberapa buku dan video telah dirampas hasil daripada operasi tersebut pada hari berkenaan.

 
“Ia merupakan satu kes jenayah. Pada hari ini juga, kami sedang melakukan operasi pencarian di dalam dan luar kota Ufa. Mereka akan ditahan hari ini,” kata Gennady Lipatov, wakil Menteri Dalam Negeri bahagian Bashkotostan pada hari Rabu yang lalu.

 

Hizbut Tahrir telah diharamkan oleh Mahkamah Agung Rusia pada tanggal 14 Februari 2003. Rusia telah menuduh gerakan ini sebagai kelompok pengganas dan ekstrimis. Sedangkan pada hakikatnya, semua orang mengetahui bahawa Hizbut Tahrir bukanlah sebuah gerakan pengganas ataupun ekstrimis [baca selengkapnya: http://www.syabab.com/index.php?option=com_content&view=article&id=758:para-pejuang-khilafah-diburu-terus-ketakutan-rusia-atas-khilafah-terus-berlanjut&catid=24:akhbar-dunia&Itemid=54].

 

Gerakan ini tidak pernah berhenti daripada berdakwah untuk menyampaikan kebenaran Islam dan menyeru untuk menegakkan syariah Islam (Khilafah Islamiyah) sebagai penyelesaian yang hakiki terhadap pelbagai krisis yang menimpa dunia pada hari ini. Dalam meniti untuk mencapai tujuannya, Hizbut Tahrir cuba untuk mengikut jejak langkah dakwah Rasulullah SAW yang tidak pernah menggunakan cara kekerasan (fizikal).

 

Namun, pihak penguasa tidak dapat berhujah secara intelektual dengan gerakan ini dan mengharamkan secara rasmi gerakan ini kerana berasa khuatir seruan penegakan Khilafah akan lebih meluas. Tetapi larangan ini tidak mampu untuk menghentikan seruan Islam dan Khilafah daripada terus berkembang. Perkara ini mengingatkan kita tentang sebuah hadis Rasulullah SAW:

 

ولا تزالُ طائفةٌ من أمّتي على الحقِّ ظاهرين . لا يضُرُّهُم من خالَفَهُم . حتى يأتي أمرُ الله (رواه مسلم

 

“Akan selalu ada sekelompok dari umatku yang berpegang kepada kebenaran dan mereka dimenangkan. Orang yang menentang mereka tidak akan mampu memudaratkan mereka sehingga datang urusan (kemenangan) dari Allah” [HR Muslim]

 

Semoga Allah SWT senantiasa meneguhkan iman para pengembang dakwah dan kaum Muslimin di Rusia serta di negera-negera yang lain dalam menghadapi ujian, sehinggalah kemenangan itu hadir melalui pertolongan daripadaNya. Amin.

Sumber: syabab.com