BR1M Umpan Pilihanraya
Mungkin sebahagian kecil daripada masyarakat akan terpengaruh tetapi rata-ratanya boleh menilai muslihat politik UMNO itu. Muhyiddin dengan bangganya mengatakan bahawa kerajaan telah memperuntukkan sehingga RM4 bilion kepada lebih empat juta ketua isi rumah yang menurutnya bukanlah jumlah yang kecil. Padahal, sudah berapa banyak harta dan wang rakyat yang telah dan yang akan terus dibolot oleh kerajaan untuk projek-projek MEGA atas alasan pembangunan. Contohnya petroleum yang kekayaannya dibolot oleh Petronas. Sedangkan mengikut pandangan Islam, minyak adalah milik umum yang keuntungannya mesti dikembalikan kepada rakyat selaku pemilik sebenar harta tersebut dan Petronas hanya mengambil bayaran kos atas usaha mencarigali, memproses, menyimpan, penyelidikan, pembangunan dan memasarkan manakala untung bersih harus disalurkan kepada rakyat samada dalam bentuk tunai atau yang lain.
Lebih memeritkan lagi, rakyat dibebankan dengan pelbagai bentuk cukai yang dikenakan oleh kerajaan bermula daripada cukai ke atas barang keperluan sehinggalah pengangkutan. Apakah Pak Din buta atau sengaja membutakan diri dengan semua ini. Mungkin kerana kehidupan Pak Din yang serba-serbinya percuma kerana ditanggung sehinggakan bebanan dan keperitan hidup yang dikenakan oleh kerajaan kepada rakyatnya sendiri, selamanya tidak akan pernah beliau rasai.
Melihat kepada gambar seorang warga emas Naning Ramain yang dipapah untuk menerima replika BR1M itu sudah cukup untuk memadamkan kata-kata penafian Pak Din di atas. Apa perlu warga emas itu diusung dan dipapah untuk sekadar mendapat RM500? Padahal, duit itu boleh dihantar terus ke rumahnya. Ini semua gara-gara ingin menunjukkan bahawa kononnya semua rakyat menyokong usaha kerajaan itu sehingga sana-sini diadakan majlis penyampaian rasmi BR1M dan dihadiri dan disampaikan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan BN. Apa yang pastinya rakyat akan terus di gula-gulakan menjelang PRU-13. Oleh kerana itu, rakyat perlu sedar bahawa adalah menjadi tanggungjawab bagi setiap pemerintah untuk menguruskan kebajikan dan keperluan hidup rakyatnya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Wanita pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Orang Gaji adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu”. [HR Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad]. Lihat juga : SN160 – BAGAIMANA DAULAH ISLAM MENJAGA KEBAJIKAN
Rujukan: