Brown menyertai AS dan India dalam propaganda anti-Pakistan

London UK  14 December 2008 – Semasa lawatan rasmi ke India dan Pakistan, Perdana Menteri Britain, Gordon Brown menyemarakkan lagi propaganda anti-Pakistan walaupun dikatakan dia berusaha untuk meredakan ketegangan.

 
Apabila tiba ke India, media British melaporkan bahawa beliau menerima ‘membuta tuli’ kejadian yang dilaporkan oleh India dan beliau memberikan sokongan penuh kepada India. Dan Brown juga menyalahkan Pakistan yang tidak serius dalam menghapuskan puak ekstremis.

Brown juga mengumumkan dana sebanyak 6 juta pound untuk mengatasi masalah puak ektremis di Pakistan, suatu keberlangsungan daripada program ‘McCarthyism PVE’ yang disasarkan terhadap kaum Muslimin di Britain .
 
Taji Mustafa, wakil media Hizb ut-Tahrir Britain ketika memberikan komen tentang lawatan Brown ke India berkata, “Ini adalah suatu yang lumrah yang ada pada negara-negara Barat, Brown cuba menghapuskan pandangan tentang punca keganasan yang berlaku kerana penindasan politik dan mengalihkan (puncanya) kepada suatu mitos yang digelarnya “ekstremis”. Dia tidak mengendahkan keganasan India di Kashmir – termasuklah kejadian-kejadian rogol yang dijadikan kaedah keganasan yang cukup sistematik – dan dia juga tidak mengendahkan India yang menyokong pemisah militan di Baluchistan.
 
“AS dan Britain semakin gagal di Afghanistan. Mereka tidak dapat bertahan lama di Irak dan ekonomi negara mereka semakin menuju kehancuran. Mereka lebih suka untuk mengalihkan sebahagian daripada beban perang menentang keganasan mereka kepada India . Ini termasuklah mengadakan penempatan semula penduduk Kashmir yang berpihak kepada India, membuatkan pengaruh India semakin bertambah dalam rantau tersebut, dan memaksa Pakistan supaya sentiasa menyokong AS dalam perang menentang keganasan.”
 
“Zardari dan Gilani akan sentiasa duduk diam tanpa mendedahkan propaganda dan muslihat terhadap Pakistan yang menunjukkan perlu adanya suatu kepimpinan dan sistem baru.”

[sumber: Hizbut Tahrir Britain]